ferrari vs perodua kancil?!

Assalamualaikum..


lama tak berceloteh kat sini. alang-alang sampai office awal sempat lah kita update sikit. katanya ada orang rindu..hehe

hari makin hari hidup kita makin mencabar. cabaran tu perlu kita harungi juga. untuk tempuhi cabaran tu perlu lah ada matlamat yg ingin kita capai.

dari dulu saya berpegang dgn satu prinsip. kata-kata tu selalu menjadi motivasi untuk diri saya.

"kita tidak perlu membandingkan pencapaian kita dengan pencapaian orang lain tetapi kita hanya perlu membandingkan pencapaian kita dengan matlamat yang telah kita sendiri tetapkan"

sampai sekarang kata-kata ini sebati dalam hidup saya. saya bukan lah pelajar pintar suatu ketika dulu. saya bukan hebat orangnya. saya bukan orang serba boleh. tanpa usaha layu lah saya. tanpa usaha menjunam lah saya dengan impian omong kosong ingin berjaya seperti orang lain.

saya tidak ambil peduli tentang kejayaan orang lain. okay itu tipu ada lah jgk cemburu tu kan..
tp saya lihat potensi diri adakah saya setaraf dengan mereka?

keputusan SPM saya cukup menjadi bukti prinsip yang saya pegang ini. mungkin bagi orang "alaa 2A je pn nak kecoh apa" tp dengan 2A tu lah saya diberi peluang untuk meneruskan impian saya. matlamat saya ketika itu akaun mesti kena dpt A dan diikuti dengan matematik. Alhamdulillah Allah bg rezeki buat saya. berbekalkan 2A ini saya dpt meneruskan minat dlm bidang akaun tetapi bila tang upu tiada rezeki. serong sikit ke arah lain. tetapi ia tidak mematahkan semangat saya. tak dpt kos akaun tu lain cerita yang penting matlamat saya capai. so kena lah cuba mencari apa yg sesuai dgn diri ni. 

dipendekkan cerita Dia telah menetapkan saya bakal menceburi bidang kewangan. wlpn pada awalnya tiada keinginan langsung gara-gara tidak paham apa yang dipelajari tapi apa kan daya memang itu rezeki saya. bila dah belajar finance ni. apa dlm fikiran adalah "satu hari nanti aku akan kerja di bahagian finance di company biasa" so ini lah matlamat saya bila graduate nanti.
tapi apa yang belajar lebih kpd sistem perbankan. haha satu kerja yang saya tidak minat. langsung tak minat nak masuk bank ni. apa ni investment semua ni? haha tak paham lah saya..hee
gaji kerja bank ni memang best tp stress pun boleh tahan best jugak.

sudah bergraduasi mula lah proses mencari kerja. tengok kawan-kawan finance yang lain semua kerja hebat-hebat. RHB..CIMB..BANK RAKYAT..HSBC..HONG LEONG BANK. senang cerita semua bank lah ada..
wah hebatnya mereka. cemburunya dgn tawaran gaji yg mereka perolehi dan aku hanya bekerja di syarikat biasa. jawatan pun level diploma saja wlpn punyai ijazah. dikala diri menggenang nasib diri. terbandingkan diri ni dengan mereka..oh ini bukan prinsip saya.
itu lah dikatakan rezeki setiap orang berbeza. wlpn gaji tidak lah seperti mereka tapi saya bersyukur kerana tidak perlu melalui dugaan tekanan kerja seperti mereka hadapi. saya seronok bekerja disini.



saat anda merasa anda jauh ketinggalan dr mereka. fikirkan apa yg anda inginkan. mungkin orang lain inginkan ferrari tapi matlamat anda hanya lah perodua kancil. tumpukan lah pada perodua kancil. peduli kan ferrari mereka. tentu anda berasa bahagia..

oh saya pula? saya tumpu honda jazz sekarang. wooh smart kan honda jazz tu. moga tercapai impian saya ni..hehe

ok kita jumpa lagi nanti nak mula kan tugas




sila like yea :D

0 comments: