tiup tiup debu

Assalamualaikum..

lama rasanya tak membebel di blog kesayangan ni. entah kenapa skrg makin malas nak update. banyak perkara berlaku tp kemalasan membatasi segalanya. okay tajuk diatas tak ada kaitan dgn apa yang saya nak bebelkan di ruang ni. sebab saya sendiri pun tak tahu nak merapu apa.

baiklah sempena bulan ramadhan ini, walaupun telah masuk fasa kedua..saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan semua..tak kira samada beragama islam atau bukan islam. *eh ada tau non-muslim cuba berpuasa spt kita..moga Allah beri hidayah kepadanya. insyaAllah



ramadhan tahun ni ada kesempatan sambut bersama family tercinta setelah beberapa tahun sambut bersama kawan-kawan di universiti. bila usia dah meningkat ni kenangan sambut ramadhan dgn kawan-kawan di sekolah mahupun universiti tak lekang dari ingatan. macam-macam perkara berlaku. ada manis ada pahit. yang pahit tu cubalah dilupakan. untuk apa kenang yg pahitkan? seeloknya yang pahit itu dijadikan pengajaran.

nak bercerita tentang pengalaman puasa sebelum ni. kenangan di sekolah sangat manis. rindu suasana di asrama. seawal pagi dah bangun pergi bersahur kat dewan makan. nak sahur tu mmg nak tp nak turun pergi dewan makan tu..mak aihhh malasnya. kadang2 selepas prep malam beli nasi goreng siap2 kt koop. esok pag sahur itu je. errr kebarangkalian untuk sakit perut tu mungkin ada..haha kot2 hampir basi ke kan nasi tu. tapi saya bernasib baik dapat adik-adik dorm yg baik hati. depa ni la tolong ambilkan bekal untuk kakak dorm kesayangan depa ni..hahaha *acah senior sgt
eh buli ke?? mana ada buli..mintak tolong je..kehkeh

masa sekolah dulu punya la dok sorok daripada pengetahuan budak laki bila kita ni diberi cuti khas. kalau kantoi dgn drg ni..wuuu malu seyh. nak pergi makan tengahari tu punya la makan cepat2 sebelum drg ni balik dari surau. kesopanan dan kesusilaan mmg tak ada la time tu..hehe. 

korang pernah kantoi tak puasa dgn laki tak? macamana perasaan korang time tu? malu tak?

okay ini kisah saya..
paling saya ingat masa form 5..sebelum boleh balik rumah budak kelas saya 5.2,5.3 dan 5.4 ada kelas tambahan untuk subjek sains dgn ustaz dollah. eurghhh sgt tak logik buat kelas tambahan time tu. mana tak nya orang lain semua da seronok sampai rumah. kami ni jela terjegat kt sekolah tu lagi dan ketika kelas itu la teruji perasaan malu saya.

saya duduk port paling baik punya belakang hujung sekali. port paling baik untuk tidur la senang cerita..hehe. bila dah 3 kelas bergabung mmg padat la kelas jawabnya. fokus pun mmg awal2 lagi dah lari. tengah2 mengantuk tu..tiba-tiba..kedengaran beberapa suara mencadangkan kerja gila..

identiti dirahsiakan..

A : aku lapar la
B : kau tak puasa ke?
A : tak
B : aku pun tak. lapar jugak ni. tak makan lagi
C : aku ada limau
A : jom makan
C : kau gila? bau 1 kelas nanti
A : tak ada punya..haha krg cover la

(terus si A ni kopek buah limau tersebut tanpa perasaan bersalah)

disebabkan terlalu rakus dan taksub nak makan dlm kelas. dalam kerakusan itu dan kekecohan beberapa orang di antara kami..tiba-tiba

laki 1 : limau siapa tergolek ni?

pantas semua budak laki yg poyo-poyo khusyuk dengar apa ustaz dollah ngajar terus bersemangat toleh ke belakang. begitu juga dgn ustaz dollah dan ketika itu saya baru je angkat kepala dari tidur..terus pandang ke depan lantas diajukan soalan oleh seorang budak laki 

laki 2 : limau kau ek fatin? ...sambil tersengeh-sengeh

apabila budak laki lain dengar nama saya disebut. masa tu seolah-olah semua mata pandang tepat ke arah saya

"oitttt aku puasa la!!!"

drg yg buat kerja gila ni boleh pulak buat-buat tak tahu dok tahan gelak...cisss kureng punya kawan. hahaha
dan baru saya sedar masa tu hanya saya saja yg berpuasa dalam kelompok tu..dah tak pasal-pasal sampai ke rumah ada budak laki dok bahan saya kata tak payah tunjuk muka penat sangat lah..heh sengal..hahaha

sila like yea :D