setiap yang manis pasti ada pahitnya

pejam celik pejam celik dah sampai ke pengakhiran tahun 2012. banyak kisah manis dan pahit saya tempuhi sepanjang tahun ni. tahun 2012 ni banyak mengajar saya.

sebelum ni saya agak mudah mempercayai seorang kawan. saya jenis seorang yg pandang positif kpd seseorang. yela tak baik bukan berburuk sangka terhadap seseorang tp bila mana kepercayaan tu dirobek mmg tidak akan sesekali saya mempercayai seseorang tu. sebelum ni jugak saya hanya merasakan kenangan2 yg manis bersama kawan2. maksud saya sesuatu yg baik..

mungkin disebabkan keikhlasan dan kejujuran dalam persahabatan membuatkan kami semua terima kebaikan dan keburukan kawan kami dengan baik. mungkin jugak 5 tahun kami hidup bersama di asrama banyak mengajar kami perangai dan sikap kawan kami. tak dinafikan ada yg kurang ada yg serba baik. wlpn ada yg kurang kami menerima dengan hati terbuka. mmg tak dinafikan jugak ada yg bercakap belakang tp tidak sampai terlalu mengkhianati kawan sendiri

betul lumrah hidup ni. tak semuanya kita akan terima yg baik. pasti terselit cabaran dan kepayahan. tak pernah selama ni saya terfikir ditikam dan dikhiana sendiri oleh seseorang yg saya percaya. saya tak sangka kepercayaan yg selama ni saya sematkan dalam diri akhirnya saya termakan dengan kepercayaan itu sendiri. tak semua orang boleh terima keburukan kita!
ya, itu yg aku sematkan dalam hati aku bila terjadinya peristiwa ni kat diri saya sendiri. 

setiap yg berlaku pasti ada hikmah bukan?
saya percaya dgn kata itu. saya terima peristiwa ni dalam hidup saya. ni sbg satu langkah untuk saya perbaiki diri dan lebih berhati2 untuk mempercayai seseorang. setiap yg manis pasti ada pahitnya. terima kasih jugak kerana tindakan mereka ini membuatkan diri ni lebih cekal hadapi ringtangan

sila like yea :D

1 comments:

saifudin abu izzudin said...[Reply to comment]

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...