kak husna ^_^


1 disember 2012

hari ni saya mulakan awal disember saya dgn menghadiri satu majlis kahwin untuk ambik berkat..hehe bila saya dapat jemputan dr kak husna bersemangat giler nak pergi. dah booked tarikh tu saya harus balik kl. dah lama tak jumpa. rasa rindu pun ada..hihi tu pasal nak sangat pergi kenduri ni.

kak husna merupakan kakak senior sekolah menengah saya dulu. batch 2003..masa tu saya baru je masuk samer tu. biasalah bila sekolah asrama ni adat adik kakak angkat tu perkara biasa..tp kak husna bukan kakak angkat saya. kami berdua ada hubungan persaudaraan. satu moyang kira duapupu kami ni. kat samer tu la baru ktrg tau yg sebenarnya ktrg ni sedara-mara. padahal saya ada jugak pergi beraya kat kg kak husna kt merbok. dulu zaman budak..tau beraya rumah orang nak duit raya je. yg aku fikir tu semua kawan2 arwah nenek..haha tak fikir langsung belah merbok tu sedara. teruk...teruk..

bila ingat balik detik jejak kasih ktrg kat samer tu macam kelakar je. masa tu saya form 1 lagi. skema+blur+lampi semua ada lah. satu hari tu abah dgn ibu datang lawat saya. masa ibu pergi solat kejap ibu terjumpa sepupu dia kat surau atau lebih tepat lagi mak kak husna. then ibu ceritalah kat saya. saya pun cubalah cari wlpn saya tak kenal kakak2 form 5. form1 kan cuak lagi takut nak tegur kakak senior..haha

tp ibu tak ingat nama ayah kak husna..ingat nama mak je,jamilah. mmg payahlah nak cari. last2 saya minta bantuan dr seorang kakak form 5 ni, kak amalina, memandangkan dia pun agak rapat dgn adik2 form 1 ni dan kelas dia (5.2) pun prep kt kelas saya. jadi senanglah nak deal..hehe. lama jugak nak cari. cari punya cari tak jumpa jugak. tak puas hati call ibu tanya nama ayah dia lagi sekali. ibu cakap "hassan kot"..bila dah dapat tau cepat2 saya bagitau kak ama. mungkin lagi senang la kot nak cari bila tau nama ayah ni. sbb dikalangan form 5 ada 2 orang je nama ayah hassan..kak hasni dgn kak husna. so jumpa sudah kakak yg dicari.

satu malam ni tgh prep tiba2 2 orang kak form 5 yg tak dikenali datang ke kelas saya. tiba2 terdengar suara kak ama "haa kak na tu haa fatin" sambil tunjuk ke arah saya. kakak 5.2 yg lain pun ada menyakat "dah macam jejak kasih dah kak na ni". masa tu rasa malu sangat. sangat,sangat dan sangat. so senyum,sengeh dan diam jela. tanya je jawab sepatah. form 1 kan tak berani..haha
saya ingat lagi ayat pertama dr mulut kak husna "fatin kan?"..nampak tak sesi jejak kasih kat situ? haha. 

bila ktrg dah kenal2 tu baru saya teringat raya tahun lepasnya (2002) saya ada pergi beraya kg dia. masa tu saya baru je sampai kat kg dia. then family kak husna plak nak berangkat ke kg belah ayah dia. saya nampak dia tgh angkat dua beg adik2 dia plak main lari2 kat depan dia. terus dia jerit "adikkkkkk"..serius muka dia time tu garang giler.

terdetiklah dalam hati masa kenal2 tu "erk kakak garang ni habislah"..haha. tp garang2 dia pun bila dia dengan saya baik je. ingat lagi ada sekali tu saya jalan sebelah dia. dia plak tgh borak dengan kawan dia. then terdengar kawan dia cakap kat dia "dah nampak tp bukannya nak tegur".  rupanya saya malu dengan dia. dia pun malu dengan saya..haha. saya malu nak tegur dia. dia pun malu nak tegur saya. saya malu sbb saya tak pernah ada kakak. jadi agak tak biasa lagilah kan..hehe

sejak tu saya agak dikenali oleh kakak2 form 5 masa tu. drg pun suka mengusik saya. paling best bila kat dewan makan lah. drg nampak saya kat belakang terus panggil saya ke depan beratur dengan drg. tak ke best di layan spt itu..hehe tp paling malu bila kak wan selalu jumpa saya bagitau kak husna nak jumpa. bila saya pergi jumpa kak husna..dia blur. macam tu jugak kawan2 dia sakat dia macam saya kena. tiba2 kak husna datang kat saya.."awak nak jumpa akk yea?" damn apa perlu dibuat masa tu..haha

orang kata muka ktrg sama. ramai jugak yg tegur. macamana muka comel kak husna macam tu jugak lah muka comel saya..haha. yela dr baka yg sama kan..haha tp macam susah jugak kn nk jumpa sedara jauh muka lebih kurang sama ni. masa tu pertama kalinya saya dapat rasa kan perasaan mempunyai kakak. anak tunggal perempuan kan apa boleh buat..huhu

disebabkan masa saya form 1..saya dilayan baik oleh kakak2 senior. lagi kakak2 form 5..so bila saya jadi senior di sekolah tu. saya cuba layan baik adik2 junior. saya set dalam mind saya..kalau orang boleh layan baik dengan kita, kenapa kita tak boleh layan orang lain dengan baik jugak. lagi2 hidup di asrama bagai adik beradik antara senior dan junior ^_^

sila like yea :D