bangganya dgn diri ini kan

hari ini 19 dec 2012 merupakan hari terakhir untuk sem terakhir ini. skg tumpu pada final exam plak or erti kata lain masa berakhirnya mata panda ktrg. life student degree memang tak sah kalau tak bermata panda menyiapkan assigment2 yg bertimbun. diharapkan zaman ini berakhir dgn jayanya. lepas exam sem ini dgn lulusnya. 

oh yea bila sebut pasal ni..cemerlang atau tidak result kita, perlu bersyukur dgn kurniaan yg Allah beri. mana yg dpt result yg cemerlang gemilang dan terbilang tu tahniah di ucapkan. mana yg kurang tak apa dunia masih belum berakhir. mungkin kita kurang berjaya dalam soal pelajaran mana tahu rezeki kita pada kearah lain. takdir Allah siapa yg tahu..

life degree ni macam2 dugaan, cabaran, pengalaman yg saya tempuhi. sgt berbeza dgn zaman diploma dulu. paling ketara dr segi soal pelajaran. dah namanya ijazah kan..tentu lah belajar. masa diploma dulu saya dikurniakan kawan2 yg saling membantu dalam soal pelajaran. ktrg sama2 dapatkan result yg cemerlang, sama2 belajar, sama2 berbincang dan sama2 berkongsi. tak seorang pun yg kedekut ilmu, membangga dgn keputusan yg diperolehi dan tak ada yg mengharap kejatuhan org lain..
tp dunia degree ni sangat berbeza. pantang ada orang lain yg dapat lebih dr kita mulalah rasa iri hati. kalau iri hati yg kearah baik sikit tu ok lah kan. berusaha utk berjaya mcm dia jugak tp kalau dah kearah negatif tu tak tahu nak kata apa. then bila dah berjaya tu..ada jugak yg mendoakan kejatuhan orang lain. mungkin diri dia terlalu perfect, pandai, hebat..sbb tu la kot suka tengok orang lain jatuh.

saya ada kawan cgpa 4.0 setiap sem masa diploma dulu. wlpn dia ada kelebihan cgpa yg hebat dia tak pernah lokek ilmu. bukan dia sorang je..kawan2 saya yg lain yg result gempak2 semua tak pernah berlagak dgn kelebihan drg tu. saya masih ingat lagi sewaktu sem 3 diploma. test statistik saya gagal. ramai terkejut. saya pun mmg dah boleh agak. bab formula2 ni mmg saya lemah. masa tu rasa sedih jugak. kawan2 yg lain result semua tinggi2. sampai lecturer panggil saya tanya kenapa dgn saya.

masa tu ada jugak perasaan lemah semangat. yela gagal kan tp kawan2 saya tak henti2 berikan sokongan dan semangat untuk saya. kawan2 saya bertungkus-lumus jugak lah ajarkan saya. tak nak bagi saya gagal untuk test 2 nanti. nak dipendekkn cerita..kawan saya yg 4.0 tu jumpa saya "tyn, miss nak jumpa kau" masa tu mmg cuak giler. lecturer panggil saya lagi. yela dulu dipanggil sbb gagal kan. tiba2 kawan saya tu sambung lagi "tahniah tyn. kalah aku"
yup saya masih ingat lagi kata2 tu. saya pelik kejap disebabkn perasaan cuak yg menggunung tu saya abaikan ucapan tahniah tu. fikiran masih terpinga2. terus saya jumpa lecturer. sampai je bilik lecturer terus miss cakap "saya nak fotostat test kamu yea nak buat contoh boleh? tp kamu tengoklah dulu test kamu ni"
ya Allah terkejut sgt masa tu. tak sangka saya boleh dapat result macam tu. paling highest antara batch diploma sem 3 business studies. syukur sgt..

cerita ni bukan untuk membanggakan tp sekadar ingin bercerita pengalaman saya mempunyai kawan yg baik hati menolong kawannya yg jauh ketinggalan. kejayaan tu bukan hasil usaha saya seorang tp berkat sokongan parent dan kawan2 yg tak henti2 ajarkan saya. wlpn result test 2 saya lebih tinggi dr kawan2 yg ajarkan saya..drg tak rasa dengki pun dgn saya. malah lagi gembira melihat kawannya berjaya spt mereka. 
mmg cgpa saya sgt kurang dr kawan2 yg lain tp drg tak pernah melihat saya dgn kekurangan. cgpa drg 3.7 keatas mmg hebat. alhamdulillah akhirnya ktrg sama2 dapat habiskan zaman diploma dgn cemerlang wlpn saya tak cemerlang spt mereka.

tp saya tak jumpa suasana tu alam ijazah ni. yg saya jumpa dengki-mendengki, iri hati, pentingkan diri, bangga membangga dgn kurnian yg Allah beri. tak semua macam ini tp ada lah berapa kerat. masih ada yg sudi berkongsi ilmu. ajar saya mana yg tak faham. tak lokek dgn ilmu yg ada. yela ilmu itu datangnya dr Allah. tak salah disebarkan. wlpn kita hanya sampaikan sedikit ilmu..jika ilmu itu masih diamalkan oleh orang yg kita ajar dan orang itu ajarkan pada orang lain. kita jugak akan dapat keberkatan dgn ilmu yg disampaikan. tak rugi..

kelebihan yg ada pada diri itu perlu disyukuri bukan untuk dibanggakan. walau kita hebat macamana pun tp perasaan bangga tu membuak dalam diri kita dan mengharap kejatuhan orang lain. percayalah tak ada yg akan hormat kita. tak percaya?
okay kita amek contoh yg mudah. kita semua tahu Rasullah merupakan makhluk Allah yg paling terpuji, sempurna akhlaknya. tp ada baginda membangga diri?
tidak bukan!
Rasullah sangat merendah diri. wlpn Allah janjikan syurga untuk baginda tp baginda tak henti2 minta keampunan dr Allah. dgn sifat merendah diri ini. seluruh umat menghormati baginda. bukan setakat umat islam tp kaum yahudi jugak turut menghormati baginda.

ini kan kita hanya manusia biasa. perlu ke nak membangga diri dan perlu diingatkan bila-bila masa je Allah boleh tarik kelebihan tu. meskipun berjaya di dunia ini tp tak berjaya di akhirat tak ada gunanya 

tak apa lah biar orang mendoakan sesuatu yg buruk untuk kita tp kita tak perlulah berbuat seperti itu jugak. apa bezanya antara kita dgn dia kalau sama2 buat benda yg sama. kita doakan yg baik2 je untuk dia okay?!
doakan semoga kelebihan yg ada pada diri dia, dia gunakan dgn sebaiknya. dapat result yg cemerlang dan peroleh kerja yg gaji lumayan. bahagia dunia dan akhirat..

akhir kata dr saya..
"percayalah dgn rezeki dan takdir Allah"

sila like yea :D

4 comments: