dear myza

assalamualaikum..

wah lamanya tak update blog. rindu rinduuuuu. disebabkan dah lama sgt3 tak berceloteh kat blog saya ni..hari ni saya nak update panjang3. okay tak adalah panjang sgt pun. mungkin entry ni panjang disebabkan banyak gambar yg saya ingin kongsikan. 


tahun ni ramai sgt kawan2 sekolah menengah saya ketemu jodoh. ilham,shahrul,fairuzah dan juga myza. kenduri ilham saya tak dapat nak hadir disebabkan faktor jauh dr rumah saya. kenduri shahrul plak ada saya post kan di entry sebelum ni. yup hanya 1 gambar tu..kes tunggu gambar dr noddy tak dapat2 sampai lah skg. jd itu je yg mampu dikongsikan. yg terbaru ni fairuzah dah dinikahkan pada 9 nov yg lepas dan keesokannya myza plak selamat bergelar puan..hehe


entry ni khas untuk sahabat saya sharifah hamizah


saya ingat lagi masa tahun 2006, ktrg semua dah dimaklumkan awal2 oleh ustazah zaimah bahawa ada pelajar baru bakal masuk. hari pertama dia daftar, saya tak kenal dia lagi tp sampailah pada malam harinya. nampaklah seorang budak baru dok sorang2 kt surau. masa tu lepas habis ngaji kot ke lepas perjumpaan aspuri sementara nak tunggu waktu isyak. saya,biah dgn waid pergi lah kat budak baru tu. yela baru masukkan tentu dia tak kenal sape2. then bermulalah sesi perkenalan antara ktrg. fuh ktrg borak tu dah macam kenal lama tau tak. mula2 je dia sipu2 malu tp dah lama2 tu haa hambek kau. saya sangkakan ktrg yg banyak bercerita sekali budak tu yg sapu..haha. 


sekarang budak tu dah kahwin. dah selamat jadi bini orang. 





masa majlis nikah myza..saya ikut turut serta sekali. eh tp bukan nikah juga tau..hehe. myza pesan minta saya amek gambar dia masa nikah nanti. so saya pun nak sangat pergi. alang2 tu boleh amek berkat sekali kan..haha. noddy,hana dgn fadilah jd bridesmaid myza. saya tak dapat join sekali sbb ingatkan saya busy dgn test minggu depannya tp tiba2 test2 tu dah diawalkan. sobbb 
tp tak apa lah yg penting saya dapat juga hadirkan diri. tolong mana yg patut. ktrg lah saksi dimana saat2 myza bertukar gelaran dr cik ke puan. ktrg datang awal ke rumah myza sehinggalah bergerak ke masjid untuk dinikahkan. hisyam dgn faisal plak dah terus ke masjid.

10 nov 2012- majlis akad nikah














                        










11 nov 2012- majlis kenduri 




esoknya plak majlis kenduri sebelah pengantin perempuan di pandan perdana. ramai sgt kawan2 batch saya datang ke majlis myza. boleh dikatakan mini reunion gen20 juga lah hari tu..hehe. dapat juga jumpa kawan2 yg jarang saya jumpa sebelum ni macam kembar amalina amanina,wahida,zarfarie dan lagi2 lah. haa nak tau sape yg datang meh tengok gambar ktrg masa kenduri tu. meriah je majlis myza dgn ktrg2 ni..hihi syok sendiri jap. lagi meriah bila daud,hisyam,nas dgn faisal buat persembahan kat majlis tu. so mmg mini reunion lah ktrg time tu..haha



























tengok betapa meriah kan dgn kehadiran ktrg ke majlis myza tu..hehe. mana tak gembira tengok kawan sendiri kahwin dan dapat jumpa kawan2 yg lain.

kepada myza 
"tahniah atas perkahwinan kau. semoga kekal ke jannah dan dapat anak2 yg soleh dan solehah. jangan nakal2 mcm dulu. jangan panjat2 bumbung dah nanti anak kau terikut..haha ^_^"

kepada persahabatan "semoga ukhwah yg terjalin ini berkekalan dan diredhai Allah ^_^"


next insyaAllah kenduri kawan ktrg akan datang plak bakal menjadi tempat mini reunion ktrg lagi..hehe. dengar khabar ada 2 kenduri next year..nantikan. hehe

sila like yea :D

1 comments:

Twins said...[Reply to comment]

congrats to myza even aku tak kenal dia sgt..bestnya korang dapat jumpa kwn2 lama balik:)