terima kasih utk makan malam ini


asam pedas setiawangsa..siapa pernah makan kat sini? bg yg pernah okay tak asam pedas dia?
kalau bg saya sendiri not bad la. boleh tahan ummm jugak lah tp tak setanding kat muar punya. saya ni boleh dikatakan penggemar asam pedas jugak lah. kdg2 bila terlalu pedas memakan diri sendiri plak. asyik bertemu dgn en.toilet je..haha. orang tak tahan pedas biasa lah tu

malam ni bersamaan 7 sept..ini kali kedua saya makan kat sini. kes tak tahu nak pergi makan kat mana. so sini jela yg terlintas. banyak kedai makan kat area sini cuma tak tahu mana tempat yg paling best. lagi2 saya bawak orang dr mesir yg dah lama tak balik malaysia. so berat jugak peranan tu..cewahhh. tak silap restoran ni pernah masuk jalan-jalan cari makan kot. kiranya mmg famous lah kan..
akhirnya malam ni dapat jugak saya berjumpa dgn seorang kawan baik saya masa sekolah menengah dulu. lepas spm terus ktrg tak berjumpa. alang2 dia balik malaysia ni jumpa lah kejap kan

agak segan jugak nak jumpa ni. masa sekolah dulu mana pernah borak depan2. cara borak ktrg..erk tak perlu kot cerita kat sini..haha. zaman budak2 lagi masa tu tak matang lagi..haha
nasib baik lah dia berkenan jugak dgn asam pedas ni. risau jugak kalau2 tempat saya bawak ni tak sedap kan. yela target org tu nak gemukkan badan balik malaysia ni..haha. cukup2 lah tu kasi can saya pulak nak besarkan badan. mana aci dulu dia kecik macam saya je. ni da terlebih tinggi. banyak makan calciyum perisa strawberi ke apa..haha

anyway sgt seronok dapat jumpa balik. macam2 benda diborakkan. bak kata org tu "tak cukup 1 malam borak ni"..insyaAllah kalau ada rezeki lagi. boleh lah kita jumpa lagi. next time turn saya pulak okay? ;D




sila like yea :D

0 comments: