setelah hampir 10 tahun terpisah

Alhamdulillah tahun ni saya dapat jumpa kawan2 sekolah. masa bulan puasa program iftar dgn kawan2 sekolah menengah. then raya ni reunion dgn kawan2 sekolah rendah jgk. akhirnya dapat jgk saya sertai reunion ex-skwm. reunin sebelum2 ni asyik tak dapat join ni. so kali ni nak jugak join wlpn tarikh tu saya dah start kelas balik. saya sanggupkan jugak balik kl sekejap semata-mata nak jumpa kawan2 lama saya.

sedar tak sedar dah 10 tahun ktrg tinggalkan zaman sekolah rendah. so kiranya 10 tahun jugak la saya tak jumpa drg ni. hanya beberapa kerat jela yg pernah jumpa sebelum reunion ni. lagi2 dayah. tak payah cakap tiap2 tahun jumpa dia..haha. dayah tu kawan saya paling lama tu. nak nama 1 kawasan rumah..hehe

reunion kali ni disupport oleh hakym. kiranya rumah dia temput pertemuan ktrg. masa mula2 sampai..ya Allah segannya nk jumpa drg. yela 10 tahun kan tak jumpa. serius saya dah tak berapa cam drg. dayah tu lain la. habis sekolah rendah sambung sekolah menengah wangsa melawati je. so dia masih la berhubung dgn beberapa budak wangsa ni tp saya ni terus ke rawang. mmg tak contact sesiapa la. lagi2 geng2 saya masa sekolah rendah dulu tu tak datang. terpikir jugaklah nak lepak dgn siapa la nanti. tp rasa terharu sgt..drg kenal saya lagi..hehe. "ni fatin budak sport kan?" "fatin yg kecik2 dulu kan?"
siapa tak happy kan orang masih kenal kita. cuma saya jela tak cam drg da. bila drg sebut nama "o0o baru ingat"..muka semua dah lain2. paling tak boleh saya cam..mastura dgn hakimah.

selesai makan ktrg ada sesi mengimbau kenangan lama. hakym bukak gambar2 lama masa sekolah dulu. haha kelakar je..rindu kat kawan2 yg lain. masa reunion ni lah baru ktrg tau rupanya ktrg batch ke3 kt sekolah tu. kiranya masa ktrg darjah satu..time tu ada darjah 1,2 dgn 3 je. boleh dikatakan antara paling senior lah kan..hehe. skg ni ktrg masih cuba cari balik kawan2 yg lain dan harap next reunion dpt jumpa ramai lagi kawan2 yg lain









sila like yea :D

0 comments: