apa cerita ni?


eh eh kat mana kami ni???


p/s: entri ini disambung setelah mendapat kesemua gambar dr nadia zaim :)


sila like yea :D

lima dan sepuluh? apa tu?



tersenyum apabila terjumpa balik button ni. teringat balik sewaktu form 3 dulu. 


"uit awak, simpan lagi tak button ni? kalau hilang denda!! haa boleh bawak kepada kes tacing ni..haha"




sila like yea :D

beraya di segamat

walaupun ktrg yg amek intersesi ni kurang cuti hari raya itu tak bermakna ktrg tak dapat beraya kan..
habis je paper banking operation esok harinya teha jemput datang ke rumah dia. hee rumah teha lah yg paling dekat. dapat jugak ktrg beraya di segamat..huhu
terima kasih teha jemput ktrg datang beraya. makanan yg disediakan sangat sedap. 2 3 kali jugak tambah..hehe. sebelum balik tu dgn muka tak malunya "teha boleh tak tyn nak tapau sikit kek coklat?"
kek coklat teha sangat sedap okay. teha ni tau2 je favourite kawan dia ni..hee. ingat nak amek sikit je tp tiba2 teha bagi 1 bungkus. erk segan jgk tp dalam hati gembira dapat kek coklat..hehe
terima kasih teha

dan tak sah kalau tak ada sesi bergambar kan..









                          




sila like yea :D

terima kasih utk makan malam ini


asam pedas setiawangsa..siapa pernah makan kat sini? bg yg pernah okay tak asam pedas dia?
kalau bg saya sendiri not bad la. boleh tahan ummm jugak lah tp tak setanding kat muar punya. saya ni boleh dikatakan penggemar asam pedas jugak lah. kdg2 bila terlalu pedas memakan diri sendiri plak. asyik bertemu dgn en.toilet je..haha. orang tak tahan pedas biasa lah tu

malam ni bersamaan 7 sept..ini kali kedua saya makan kat sini. kes tak tahu nak pergi makan kat mana. so sini jela yg terlintas. banyak kedai makan kat area sini cuma tak tahu mana tempat yg paling best. lagi2 saya bawak orang dr mesir yg dah lama tak balik malaysia. so berat jugak peranan tu..cewahhh. tak silap restoran ni pernah masuk jalan-jalan cari makan kot. kiranya mmg famous lah kan..
akhirnya malam ni dapat jugak saya berjumpa dgn seorang kawan baik saya masa sekolah menengah dulu. lepas spm terus ktrg tak berjumpa. alang2 dia balik malaysia ni jumpa lah kejap kan

agak segan jugak nak jumpa ni. masa sekolah dulu mana pernah borak depan2. cara borak ktrg..erk tak perlu kot cerita kat sini..haha. zaman budak2 lagi masa tu tak matang lagi..haha
nasib baik lah dia berkenan jugak dgn asam pedas ni. risau jugak kalau2 tempat saya bawak ni tak sedap kan. yela target org tu nak gemukkan badan balik malaysia ni..haha. cukup2 lah tu kasi can saya pulak nak besarkan badan. mana aci dulu dia kecik macam saya je. ni da terlebih tinggi. banyak makan calciyum perisa strawberi ke apa..haha

anyway sgt seronok dapat jumpa balik. macam2 benda diborakkan. bak kata org tu "tak cukup 1 malam borak ni"..insyaAllah kalau ada rezeki lagi. boleh lah kita jumpa lagi. next time turn saya pulak okay? ;D




sila like yea :D

setelah hampir 10 tahun terpisah

Alhamdulillah tahun ni saya dapat jumpa kawan2 sekolah. masa bulan puasa program iftar dgn kawan2 sekolah menengah. then raya ni reunion dgn kawan2 sekolah rendah jgk. akhirnya dapat jgk saya sertai reunion ex-skwm. reunin sebelum2 ni asyik tak dapat join ni. so kali ni nak jugak join wlpn tarikh tu saya dah start kelas balik. saya sanggupkan jugak balik kl sekejap semata-mata nak jumpa kawan2 lama saya.

sedar tak sedar dah 10 tahun ktrg tinggalkan zaman sekolah rendah. so kiranya 10 tahun jugak la saya tak jumpa drg ni. hanya beberapa kerat jela yg pernah jumpa sebelum reunion ni. lagi2 dayah. tak payah cakap tiap2 tahun jumpa dia..haha. dayah tu kawan saya paling lama tu. nak nama 1 kawasan rumah..hehe

reunion kali ni disupport oleh hakym. kiranya rumah dia temput pertemuan ktrg. masa mula2 sampai..ya Allah segannya nk jumpa drg. yela 10 tahun kan tak jumpa. serius saya dah tak berapa cam drg. dayah tu lain la. habis sekolah rendah sambung sekolah menengah wangsa melawati je. so dia masih la berhubung dgn beberapa budak wangsa ni tp saya ni terus ke rawang. mmg tak contact sesiapa la. lagi2 geng2 saya masa sekolah rendah dulu tu tak datang. terpikir jugaklah nak lepak dgn siapa la nanti. tp rasa terharu sgt..drg kenal saya lagi..hehe. "ni fatin budak sport kan?" "fatin yg kecik2 dulu kan?"
siapa tak happy kan orang masih kenal kita. cuma saya jela tak cam drg da. bila drg sebut nama "o0o baru ingat"..muka semua dah lain2. paling tak boleh saya cam..mastura dgn hakimah.

selesai makan ktrg ada sesi mengimbau kenangan lama. hakym bukak gambar2 lama masa sekolah dulu. haha kelakar je..rindu kat kawan2 yg lain. masa reunion ni lah baru ktrg tau rupanya ktrg batch ke3 kt sekolah tu. kiranya masa ktrg darjah satu..time tu ada darjah 1,2 dgn 3 je. boleh dikatakan antara paling senior lah kan..hehe. skg ni ktrg masih cuba cari balik kawan2 yg lain dan harap next reunion dpt jumpa ramai lagi kawan2 yg lain









sila like yea :D

bunga api di bunga raya

spt yg dijanjikan saya akan post entri untuk adegan seterusnya pd malam itu. selesai berbuka dan celebrate birthday edurra. ktrg balik ke rumah masing2 tp saya,sue,dalila dgn teha balik ke rumah daya untuk tumpang solat maghrib. lagipun adegan seterusnya bertempat di taman bunga raya. sebab tu la tajuk entri pun "bunga api di bunga raya"

adegan ni mmg saya dah lama nak terfikir nak buat. masa balik rumah kg. tiqa minggu sebelumnya tu. saya beli stok bunga api awal2..haha. yea saya seorang pengecut main mercun so bunga api jela yg mampu..haha
sejak kena kerja dgn mercun katak masa kecik2 dulu dah trauma main mercun ni. balik kg. pn hanya main bunga api dan juga pop-pop..haha. kes kena jaga adik2 sedara la!

bila semua dah selesai solat isyak..so apa lagi ktrg mulakan la aktiviti ktrg ni. nak lagi best si qila pasang lagu raya time main ni. fuh mmg best sgt masa tu. berpuasa di perantauan kan terasa nikmat nak raya tu..hehe.
habis jugak lah satu kotak bunga api tu. lantaklah macam budak2 kecik je kan main ni tp ktrg tak kesah janji ktrg sgt happy woo..

pasti kenangan ni akan menjadi salah satu kenangan yang paling best dalam hidup saya dan begitu jugak dgn kawan2 saya yg lain. sepanjang intersesi ktrg sama2 pergi kelas,sama2 berbuka,sama2 belajar,sama2 jawab quiz dan jugak test,sama2 siapkan assignment,sama2 korbankan masa raya dgn assignment dan jugak final yg akan menjelma..sedangkan mereka yg lain seronok menikmati cuti semester. drpd intersesi ini la ktrg sama2 dpt lebih mengenali ragam dan perangai sesama ktrg. wlpn ktrg ada berbagai2 ragam dan karenah..ini bukan penghalang bg ktrg untuk teruskan persahabatan ni ^_^













sila like yea :D

walaupun ia kisah lama

fuh lama betul entri ni dalam simpanan draft. gara-gara kononnya sibuk dgn intersesi la..hehe. so malam ni kena jugak publishkan. lantak la walaupun ini cerita lama punya. err tak ada lah lama sgt pun..

Alhamdulillah sebulan ktrg tempuhi ramadhan di segamat. gara-gara ambil intersesi untuk cuti sem ni. macam2 kenangan yg saya dapat berpuasa dgn kawan2 di sana. ada jugak ktrg masak ramai2 dan berbuka bersama2 tp untuk kali terakhir sebelum ktrg balik bercuti hari raya. ktrg plan berbuka beramai2 1 kelas di segamat seafood. kebetulan tarikh tersebut jatuh pada hari jadi edurra. alang2 tu ktrg sambut sekali hari jadi dia dan apa yg paling best ktrg dapat jumpa kek yg sangat sesuai dgn dia..hehe











kisah hari itu belum berakhir lagi. selepas usai berbuka dan solat maghrib ada adegan lain plak. haa nak tau apa agenda tu? sila ke entri seterusnya.yea..hihi

sila like yea :D

teguhkan hati, teruskan langkah


hari demi hari
 menggorak langkah ke hadapan
meninggalkan perkara yg lalu
tanpa perlu memandang ke belakang
biarpun perit..biarpun pedih 
hidup perlu diteruskan

tak semua apa yg diimpikan akan diperolehi buat selama-lamanya
kadangkala perlu melepaskannya kpd yg lebih berhak
mungkin ia sekadar pinjaman dr Tuhan
untuk kita merasai kemanisan itu

kadangkala kepahitan mengajar erti ketabahan dan kekuatan


sila like yea :D