realiti baru


Menghirup udara segar pada ruangan baharu dengan bersisakan kekuatan semalam yang hancur luluh. Senyum. Sakit dan tawar rasanya. Dia berazam untuk memulakan langkah lebih jitu tetapi dia tahu kemampuan dan kekuatan batinnya yang serba terbatas dan tiada daya. Justeru, dia ambil keputusan sekali lagi untuk menjadi si penakut yang berlari kencang daripada berhadapan dengan realiti. Realiti yang menakutkan dia. Realiti yang melukai dia. 

Andai dia memilih mematungkan diri bermakna dia perlu menyeksa dirinya daripada mengecapi rasa bahagia. Ya, untuk apa dia terus berkabung, memakai pakaian putih pada dirinya sedang dia bisa sahaja bangkit meninggalkan manusia cabuk yang telah menjadikan cinta dan hatinya seperti sampah! Untuk apa mengenang sebuah kisah kasih yang bertukar kasihan?




Terdiam.
Kata-kata tidak terhadam dengan begitu baik.
Hati begitu lusuh sekali hingga cebisan-cebisan lembik itu nyaris mustahil dilekatkan semula.
Ingin menyendiri hingga kekuatan kembali lagi.

Terasa ada sesuatu menuruni lurah tubir mata.
Dia tahu, hatinya sedang merintih penuh tragis hingga mata simpati bersama-sama.




sila like yea :D

0 comments: