geng generasi dua puluh


Sahabat ...
di saat kita nikmati kebersamaan banyak hal yang terlewat kan begitu saja
keceriaan, gurau dan tawa semuanya mengalir begitu saja 
waktu yang tersisa seolah tak mampu menampungnya dan waktu yang sangatlah singkat membuat ku teringat kepada mu sahabat ..

Semua kenangan - kenangan itu tak terasa ,pergi meninggalkan segala kegembiraan 
serta canda dan tawa mu satu persatu hilang sekejap mata 
ada beribu senyum saat terlintas memory yang dulu kala 

Sahabat ...
semua yang pernah kita jalani hari demi hari , waktu demi waktu telah kita lalui semuanya.

Banyak hal yg pernah terjadi karena itulah jalan hidup yang kita miliki 
kadang benci, kesal ,dan kecewa serta rasa senang dan sayang 
sungguh luar biasa , apa yang telah kita lalui bersama ..

Ya Tuhan ...
jagalah dan lindungilah
sahabat-sahabat ku 
kerana mereka adalah sahabat terbaikku selamanya


ramai lagi yg tak ada dalam video ni antaranya:
myza,kembar amalina dan amanina,aqilah nordin,ashisha,atikah zaki,fatin yusrina,putri,azizi,koja,raihan,sakie,atikah nasa,shafiq karim,alif zain, fique,dayah yusuf,dayah,dai,muaz, dan lain2 la



sila like yea :D

iftar dan reunion

alhamdulillah akhirnya dapat juga berjumpa dgn kawan2 sekolah dulu. sekian lama tak jumpa kini bersua kembali. pada mulanya saya mmg nak pergi iftar ni tp disebabkan soal kerja saya ni..saya terpaksa batalkan niat. tp bila difikirkan balik "rezeki boleh dicari tp kawan sejati sukar dicari"
so saya batalkan kerja saya pd hari minggu lepas dan balik ke kl semata-mata untuk hadirkan diri menyertai program gen20 ni. mira zatie pun beriya2 nak saya pergi. "kalau kau pergi aku pergi. kalau kau tak pergi aku pun tak pergilah"..aishh buat ayat tacing dah kawan saya sorang ni..hehe

rata-rata yg hadir kawan2 yg saya jarang jumpa. banyak betul perubahan drg. kebanyakannya makin kurus. saya je yg dari dulu kurus dan kecik..haha. makin ramai lah geng kurus saya..hehe
kesimpulan yg saya dapat dr program ni setelah berjumpa kawan2 lama..tahun ni bakal 2 kenduri akan diserbu oleh kami semua..haha
gembira dengar berita dr drg. doakan yg terbaik dan berkekalan jodoh tu..hehe. bila nak turn saya ek? haha































syukur dikurniakan mereka dalam hidup saya. 5 tahun tempuhi bersama di alam persekolahan membuahkan kemanisan dalam persahabatan. 

sila like yea :D

realiti baru


Menghirup udara segar pada ruangan baharu dengan bersisakan kekuatan semalam yang hancur luluh. Senyum. Sakit dan tawar rasanya. Dia berazam untuk memulakan langkah lebih jitu tetapi dia tahu kemampuan dan kekuatan batinnya yang serba terbatas dan tiada daya. Justeru, dia ambil keputusan sekali lagi untuk menjadi si penakut yang berlari kencang daripada berhadapan dengan realiti. Realiti yang menakutkan dia. Realiti yang melukai dia. 

Andai dia memilih mematungkan diri bermakna dia perlu menyeksa dirinya daripada mengecapi rasa bahagia. Ya, untuk apa dia terus berkabung, memakai pakaian putih pada dirinya sedang dia bisa sahaja bangkit meninggalkan manusia cabuk yang telah menjadikan cinta dan hatinya seperti sampah! Untuk apa mengenang sebuah kisah kasih yang bertukar kasihan?




Terdiam.
Kata-kata tidak terhadam dengan begitu baik.
Hati begitu lusuh sekali hingga cebisan-cebisan lembik itu nyaris mustahil dilekatkan semula.
Ingin menyendiri hingga kekuatan kembali lagi.

Terasa ada sesuatu menuruni lurah tubir mata.
Dia tahu, hatinya sedang merintih penuh tragis hingga mata simpati bersama-sama.




sila like yea :D