kenangan group oren

bila tak cuti..nak cuti. tp bila dah cuti tak tau nak buat apa. tak apalah untuk cuti sem kali ni saya hanya mau rehatkan diri je kt rumah. lagipun hanya cuti seminggu malas plak rasanya nak keluar sgt. so aktiviti kat rumah dok melayan youtube jela. tgh dok layan video-video kat youtube tertengok video nasyid perempuan dan terus teringat kenangan masa lampau era zaman sekolah lagi,2007..
dan terus cari balik album gambar yg tersimpan elok dalam almari. yeahhh jumpa pun gambar tu

alololo tomeinya awek-awek ni..hikhik. serius bila ingat balik aduh malunya. entah macamana boleh termasuk dalam group nasyid ni. gara-gara ex-adik dorm saya pergi tulis nama saya. tak semena-mena..saya, ed dgn yan pun terjebak sekali. macam-macam yg terjadi sepanjang latihan ktrg ni. dgn tangan saya lebamnya. vokalis-vokalis hilang suara saat-saat hampir pd tarikh pertandingan. fuh mmg sgt down time tu tp mujur ada kawan-kawan yg dtg beri semangat pada ktrg. lebih-lebih lagi group nasyid lelaki.

nampak jugaklah semangat 1 pasukan sekolah disitu..hehe. kenangan untuk ktrg jugak..ktrg berjaya memenangi tempat ketiga dlm pertandingan nasyid tu. biar pun hanya no 3 tp bangga tau sebab dah bertahun-tahun nasyid perempuan kalah..hahaha. start dr kebangkitan ktrg lah group nasyid seterusnya makin meningkat naik. tahun berapa entah dapat johan. wewitt hebatlah junior-junior saya masa tu.



al-wardah SAMER 2007

p/s: zaman pipi tak tembam lagi..huhu

harap-harap ustaz tak ada simpan video nasyid ktrg tu. wuu malu seyh. saya sendiri malu nak tengok..haha
sbg ganti saya letak video nasyid group laki boleh? haha persembahan drg mantop. 






perasan tak tema ktrg sama? dah namanya dr kain yg sama..haha

sila like yea :D

0 comments: