rezeki perut

salam ramadhan krg. belum terlambat lagi kan nak wish..hikhik. macamana puasa tahun ni okay? kalau saya puasa kali ni dugaan sikit. lebih-lebih lagi bengkak gusi..hadoiii perit sesangat. sampai hari puasa kedua terpaksa puasa setengahari je. sangat tak tahan dah. memikirkan nak drive ke segamat lagi so terpaksa lah makan ubat. kang tak fokus lagi bahaya drive dlm keadaan sakit ni.

okay lah tak nak bercerita pasal tu lebih. 2 hari baru-baru ni alhamdulillah rezeki perut saya berbuka dgn pemberian drpd orang..hikhik. hari selasa lepas saya dgn shuhada pergi bazar segamat baru spt biasa. memandangkan bazar kat situ paling besar. kebetulan saya teringin nak berbuka dgn nasi minyak lauk burung puyuh spt yg saya beli hari sebelumnya. err sebenarnya tak tahu nak berbuka apa. tu je yg menarik perhatian saya..huhu. kiranya 2 kali lah saya beli tempat yg sama. tiba-tiba pakcik penjual tu tegur

pakcik: awak duduk mana?
saya: taman pelangi
pakcik: pakcik taman sri pelangi
saya: haa saya duduk situ lah
pakcik: no uma berapa? student kan?
saya: no xx..aah student
pakcik: uma sebelah pakcik kan?
saya: rasanya yela kot. saya perasan jugak pakcik semalam tp takut salah orang
pakcik: pakcik dah agak dah. macam kenal. tunggu kejap yea

pakcik: nah amek ni drpd pakcik. pakcik jual yea. selamat berbuka


erk 6 ketul ayam seyh pakcik tu bagi. banyak betul. maybe dia ingat housemate saya yg lain ada sekali kot tu yg bg banyak. padahal saya dgn shuhada je kat uma ni..huhu masak lah ktrg nak abes kn ayam-ayam tu. tp tak apa lah rezeki jangan ditolak..hehe
tak sangka jugak pakcik tu cam muka saya. saya pun jarang jumpa pakcik tu. kadang2 tu je jumpa. maybe pakcik ni cam saya sbb saya selalu lap kereta petang2 kot..haha
dah kereta park kat luar uma. lap2 kereta ni mmg jiran boleh nampak lah. segan jugak tp ah bedal je janji kereta wry tu bersih..hehe

bukan setakat tu je rezeki perut saya..hehe. esoknya pulak owner uma sewa lama saya ajak berbuka kat uma dia. tak sangka jugak owner masih ingat saya ni wlpn saya dah keluar dr uma sewa dia tu. lagi tambah terharu auntie masak asam pedas kegemaran saya..waa. sangat3 terharu sbb saya pernah request kat dia ajar saya buat asam pedas melaka memandangkan auntie orang melaka. tak sangka auntie ingat lagi asam pedas tu..huhu
auntie lah owner uma sewa paling terbaik pernah saya jumpa. ada krg pernah jumpa owner uma yg selalu bersihkan uma krg? ada krg pernah jumpa owner uma yg sediakan segala2nya keperluan dalam uma tu? termasuk bantal,rice cooker,iron dan sebagainya? tentu susahkan
sebenarnya sayang sangat nak tinggal uma sewa tu. yela saya dgn auntie dah rapat. selalu borak2 dgn dia. tp saya terpaksa jugak pindah. Allah saja yg tahu macamana perasaan saya masa tu. bila kenang balik macamana susahnya saya pastikan uma tu saya dapat duduk dgn kawan2 saya dr machang dulu. 3 kali ulang-alik kl segamat semata2 nak pastikan yg saya betul2 dapat. family saya dgn owner pun dah rapat. dah macam sedara je tp takdir dah tentukan saya terpaksa keluar uma tu demi kebaikan saya jugak. kenapa saya pindah tu biar saya dan beberapa kawan yg tahu. tak perlu kot saya bagitau kat sini.

rezeki perut saya bersambung pulak pd esok paginya. auntie ajak saya tidur uma dia..sahur kat uma dia terus memandangkan banyak lagi makanan tak habis. huhu mmg rezeki betulkan.
saya pun mmg rindu uma tu. masa berbuka kat uma tu pun saya dapat lakukan spt yg lakukan bersama housemate saya yg lama dulu. rindu mmg rindu tp untuk saya datang ke uma tu tanpa sebab agak berat jugak lah. hurm entah lah pendamkan jela perasaan ni..huhu

apa2 pun syukur sangat2 dgn rezeki yg diberikan oleh Allah. semoga jiran dan auntie murah rezeki. dan juga peroleh keberkatan atas pemberian ni ^_^





sila like yea :D

frienziezz




Friendship... 
is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything

sila like yea :D

kenangan group oren

bila tak cuti..nak cuti. tp bila dah cuti tak tau nak buat apa. tak apalah untuk cuti sem kali ni saya hanya mau rehatkan diri je kt rumah. lagipun hanya cuti seminggu malas plak rasanya nak keluar sgt. so aktiviti kat rumah dok melayan youtube jela. tgh dok layan video-video kat youtube tertengok video nasyid perempuan dan terus teringat kenangan masa lampau era zaman sekolah lagi,2007..
dan terus cari balik album gambar yg tersimpan elok dalam almari. yeahhh jumpa pun gambar tu

alololo tomeinya awek-awek ni..hikhik. serius bila ingat balik aduh malunya. entah macamana boleh termasuk dalam group nasyid ni. gara-gara ex-adik dorm saya pergi tulis nama saya. tak semena-mena..saya, ed dgn yan pun terjebak sekali. macam-macam yg terjadi sepanjang latihan ktrg ni. dgn tangan saya lebamnya. vokalis-vokalis hilang suara saat-saat hampir pd tarikh pertandingan. fuh mmg sgt down time tu tp mujur ada kawan-kawan yg dtg beri semangat pada ktrg. lebih-lebih lagi group nasyid lelaki.

nampak jugaklah semangat 1 pasukan sekolah disitu..hehe. kenangan untuk ktrg jugak..ktrg berjaya memenangi tempat ketiga dlm pertandingan nasyid tu. biar pun hanya no 3 tp bangga tau sebab dah bertahun-tahun nasyid perempuan kalah..hahaha. start dr kebangkitan ktrg lah group nasyid seterusnya makin meningkat naik. tahun berapa entah dapat johan. wewitt hebatlah junior-junior saya masa tu.



al-wardah SAMER 2007

p/s: zaman pipi tak tembam lagi..huhu

harap-harap ustaz tak ada simpan video nasyid ktrg tu. wuu malu seyh. saya sendiri malu nak tengok..haha
sbg ganti saya letak video nasyid group laki boleh? haha persembahan drg mantop. 






perasan tak tema ktrg sama? dah namanya dr kain yg sama..haha

sila like yea :D

entrepreneurship day

kenangan 11 jun yg lalu..dimana kami diberi tugas untuk melakukan perniagaan untuk hari keusahawanan untuk subjek entreprenuer. semua student yg mengambil subjek ent530 terlibat dalam program. saya pun tak terkecuali. ada markah seyh. so wajiblah join. group saya memilih business tudung. Alhamdulillah sepupu saya sudi support stok-stok tudung untuk dijual. tak ada banyak sgt modal yg terpaksa kami keluarkan. kiranya hanya untung angin jela tp walaubagaimana pun itu dah cukup. syukur dgn rezeki yg Tuhan berikan. dapatlah jugak duit sampingan kan.
malas nak ulas panjang layankan saja gambar-gambar kami ni. sudah cukup menggambarkan kemeriahan hari keusahawan tu..hehe


























sila like yea :D