hero ku





inilah hero saya. tanpa dia saya lemah nk hadapi liku-liku kehidupan. tanpa dia saya tak mampu untuk berada di tempat saya sekarang. berjayanya saya ini..berjayalah hero saya sediakan segala kelengkapan untuk diri saya dan adik-beradik yg lain.


inilah en.raif saya. seorang ayah yg garang dan tegas tp tersangat3 baik. sabar melayan kerenah anak2nya yg nakal. lebih2 lagi saya yg selalu buat dia risau. almaklumlah seorang je anak perempuan dia. 


saya: abah, akk nak pergi rumah kawan kat jb
abah: bila nak pergi? berapa lama?
saya: dah sampai pun. ahad balik
abah: hah!


hee ni lah salah satu kejadian yg pernah berlaku. nak pergi rumah kawan saya,dayayuya, dah sampai sana baru bagitau. mau tak risaunya kan ayah saya..hehe


ayah saya pun kadang2 suka jeles kan anak dia yg berada diperantauan ni. macam kat gambar atas ni
entah kenapa satu pagi ni ayah saya semangat call saya


abah: akk buka fb tak?
saya: kejap lagi baru nak buka. kenapa?
abah: dapat tak gambar abang bg semalam?
saya: dah. gambar pizza
abah: gambar abah makan pizza. hantar gambar tu kt fb abah
saya: tak ada pun. kejap lagi akk tengok balik


beberapa minit kemudian en.raif call lagi


abah: ada tak gambar?
saya: baru nak buka. laptop lembab sikit
abah: ok


beberapa minit selepas itu


abah: dah buka?
saya: dah. tak ada pun gambar tu. gambar pizza je ada
abah: tengok kat fb abang.
saya: ok. kejap


minit minit kemudiannya..


saya: ni ada gambar
abah: dah hantar? macamana nak masukkan gambar tu kt fb abah
saya: dah. upload macam biasa jela
abah: akk masukkan 
saya: okay




erk sgt pelik pagi tu. en.raif ni bukannya main sgt fb sebelum ni tp pagi semangat betul nak suruh saya tengok tu. motif nak jeles kan saya la tu. pergi makan pizza tanpa saya..cis
hahaha


tp nasib baiklah hari sebelumnya tu saya dah pergi makan makanan bajet orang kaya dulu..hehe makan kt secret recipe je mampu. jd tak ada lah jeles sangat sbb duit en.raif jugak saya guna..hehe
nah tengok plak gambar saya makan spagetti bolognese. abaikan air yg sangat mahal tepi tu..haha




selamat hari bapa en.raif
sayang kamu ^_^



sila like yea :D