parti kicap 8 jun 2012

sekitar malam sesi perdajalkan mira dan yana, 8 jun 2012


 mangsa pertama, mira ahmad 1 jun

 mangsa kedua (hujung kanan), yana 7 jun

 yeahh dah kena simbah



 yeahh kena lagi 





 kek birthday dah sampai..wee

 oh terbaik yaww



 haa nampak tak tangan kat belakang tu dah get ready? haha

 yeahhh dah kena telur pulak

"kami sangat wangi ketika ini", mira dan yana..hehe


sila like yea :D

hero ku





inilah hero saya. tanpa dia saya lemah nk hadapi liku-liku kehidupan. tanpa dia saya tak mampu untuk berada di tempat saya sekarang. berjayanya saya ini..berjayalah hero saya sediakan segala kelengkapan untuk diri saya dan adik-beradik yg lain.


inilah en.raif saya. seorang ayah yg garang dan tegas tp tersangat3 baik. sabar melayan kerenah anak2nya yg nakal. lebih2 lagi saya yg selalu buat dia risau. almaklumlah seorang je anak perempuan dia. 


saya: abah, akk nak pergi rumah kawan kat jb
abah: bila nak pergi? berapa lama?
saya: dah sampai pun. ahad balik
abah: hah!


hee ni lah salah satu kejadian yg pernah berlaku. nak pergi rumah kawan saya,dayayuya, dah sampai sana baru bagitau. mau tak risaunya kan ayah saya..hehe


ayah saya pun kadang2 suka jeles kan anak dia yg berada diperantauan ni. macam kat gambar atas ni
entah kenapa satu pagi ni ayah saya semangat call saya


abah: akk buka fb tak?
saya: kejap lagi baru nak buka. kenapa?
abah: dapat tak gambar abang bg semalam?
saya: dah. gambar pizza
abah: gambar abah makan pizza. hantar gambar tu kt fb abah
saya: tak ada pun. kejap lagi akk tengok balik


beberapa minit kemudian en.raif call lagi


abah: ada tak gambar?
saya: baru nak buka. laptop lembab sikit
abah: ok


beberapa minit selepas itu


abah: dah buka?
saya: dah. tak ada pun gambar tu. gambar pizza je ada
abah: tengok kat fb abang.
saya: ok. kejap


minit minit kemudiannya..


saya: ni ada gambar
abah: dah hantar? macamana nak masukkan gambar tu kt fb abah
saya: dah. upload macam biasa jela
abah: akk masukkan 
saya: okay




erk sgt pelik pagi tu. en.raif ni bukannya main sgt fb sebelum ni tp pagi semangat betul nak suruh saya tengok tu. motif nak jeles kan saya la tu. pergi makan pizza tanpa saya..cis
hahaha


tp nasib baiklah hari sebelumnya tu saya dah pergi makan makanan bajet orang kaya dulu..hehe makan kt secret recipe je mampu. jd tak ada lah jeles sangat sbb duit en.raif jugak saya guna..hehe
nah tengok plak gambar saya makan spagetti bolognese. abaikan air yg sangat mahal tepi tu..haha




selamat hari bapa en.raif
sayang kamu ^_^



sila like yea :D

sesi pedajalkan


dr perbualan mereka inilah tercetusnya idea

saya: edurra, birthday mira 1 jun kan? yana 7 jun. jom kenakan drg nak?
edurra: jom2

haa nak sgt kan baling2 tepung jadi kuih. meh ktrg realisasikan impian krg tu..haha.sebelum cuti gawai lagi ktrg dah rancang benda ni. lama giler kan? maklumlah nk kenakan kaw2 punya. ktrg telah pakat dgn beberapa budak kelas yg lain utk menjayakan rancangan ni. lokasi kejadian ktrg telah memilih rumah leeya. rumah drg berhadapan dgn taman permainan jd senang la ktrg nk buat serangan hendap tu. macam2 rancangan yg dibuat untuk kumpulkan ktrg semua ni. ktrg gunakan alasan produk yg dijual oleh mira untuk kumpulkan ktrg semua. mira plak mmg excited bila nak buat sale ni. haa lg senanglah kan nak tarik dia.

yana plak pada asalnya serahkan pada leen untuk tarik dia ke rumah leeya tp plan terpaksa ditukar. yana pergi jalan2 kat melaka dgn kawan2 dia dulu. jd saya lah yg bertanggungjawab untuk tarik si yana ni. menggerutu jugak saya nak guna alasan apa nak ajak dia keluar ni. macam2 kisah rekaan saya buat tak bg kantoi punya pasal..haha. leen dgn dayah dah pergi rumah leeya awal lg untuk sediakan bahan2 serangan. balik saja yana dr melaka

saya: yana, teman aku jap
yana: pergi mana?
saya: ikut jela (masa ni tak ada idea lg nk menipu apa)
yana: okay tp aku nak mandi jap tau
saya: okay aku tunggu. edurra ajak jumpa budak kelas d. pasal produk drg la kot. leen pesan kat aku suruh bawak kau. leen ada msg kau?
yana: tak ada pun.
saya: aku tak tau lah drg pergi mana ni. dr petang td tak balik. nak jumpa ni pun aku tak tau kat mana. aku msg leen dgn dayah langsung tak balas. call tak angkat. aku dah janji dgn mek jue dgn safa nak kuar pergi makan ni. kesian safa dr pukul 9 lagi tunggu (ok menipu disitu)

sebelum tu petang semalam saya dgn leeya keluar beli barang2 untuk sesi pedajal ni. beli lah bahan2 makanan,serangan dan jugak kek. nak tau kek apa yg mangsa2 ni suka pun senang je nak tau. kelas jumaat pagi tu..tak sah kalau saya tak sebut perkataan lapar..hehe. teha pun bg saya roti coklat dia. terharu seyh. tak lama lepas tu mira dtg duduk belakang saya. dah alang2 saya dpt rezeki free pagi2 tu apa salahnya saya offer pd orang lain jgk kan. so saya offer pada mira

mira: tak apa. aku tak makan roti coklat
saya: semua coklat ke kau tak makan?
mira: tak semua lah. aiskrim coklat
saya: kek coklat? kek coklat?
mira: tak makan jugak

okay dah dapat korek rahsia dah. hee tgk senang kan nk dapat informasi pasal si mangsa ni..haha. then saya tanya pd leen plak kek kegemaran yana. kebetulan citarasa mangsa2 ni sama. tambah senanglah tugas saya nak beli kek..haha
macam2 jugak perkara lawak yg terjadi sepanjang rancangan ni. antaranya:

1) edurra asyik msg saya je "yana dah otw?" oleh krn nak tau saya terus msg yana. bila yana maklumkan dia dah otw cepat2 saya msg edurra dgn dayah. "dayah,aku da msg yana. dia otw. jgn msg dia". tak lama lepas tu leen plak msg saya "tyn,jgn msg yana. ada no 01422 msg dayah bagitau benda ni" saya pun balas msg leen "alamak da termsg pun. ouh yeke? dia cakap apa?"...tapi tak lama lepas tu baru saya teringat 01422 tu no maxis saya rupanya...hahaha. itulah padahnya bila tak hafal no sendiri. "dia" yg saya maksudkan tu ialah saya sendiri. perghh boleh tahan sengal jugak saya kan. hahaha

2) sementara nak tunggu yana sampai rumah. mira dah siap nk pergi rumah leeya. tp memandangkan rancangan ktrg jarak tempoh mira dgn yana sampai di lokasi kejadian tak nak terlalu lama. edurra suruh nazira duduk dalam toilet. serius lama giler nazira duduk dlm toilet tu tanpa buat apa2 pun. bila saya msg edurra dah nak gerak dr rumah. time tu la kot edurra baru ketuk pintu toilet suruh nazira keluar..hahaha. ini paling lawak sekali

3) lokasi utama ktrg untuk serang mangsa2 ni ialah di buaian taman permainan tu. so ktrg kena pastikan mangsa ni duduk di buai. kalau si yana ni mmg excited orgnya bila nampak buai. jd tak perlu risau pasal dia. ktrg pun ada sesi bergambar dulu sebelum mira mulakan operasi ceramah pasal produk dia. saya cepat2 offer buai pada mira. "mira duduklah kat buai ni" dia pn "ada ke? nak2" mmg excited gaya dia..haha. saya yg berada di belakang tak habis "okay lagi sekali".."sekali lagi". yg si mangsa kat depan punya semangat posing. mmg giler kamera betul..haha. ktrg yg kat belakang ni plak dah berundur sikit bg laluan untuk serang hendap. apa lagi leen dgn dayah cepat2 amek bahan serangan terus simbah drg.

kalau nak diceritakan kisah donggeng rekaan saya kat sini mau panjang lebar entri ni. mmg byk giler saya menipu si yana ni. dia plak pergi tadah je dgn cerita2 saya tu. haa lantak kau lah yana..hahaha asalkan plan ni tak kantoi dgn kau..hehe
nak tau tak apa bahan2 yg ktrg gunakan?

1) tepung yg dah berkurun
2) telur yg dah berminggu2 lamanya
3) kicap yg dah berzaman kurunnya. serius ini barang paling lama
4) meggi
5) ais berpacket2

mmg terbaiklah kan. kaw2 punya adunan kuih yg ada. mmg jd kuih la mangsa2 ni. serius tak sanggup nak bau. busuk giler dgn bau kicap tu lagi. hanyir bau telur lagi...fuh mmg terbaikkkkkkkk lah
sampaikan mangsa2 tergamam tak tau nak buat apa dah. tp tergamam pun si mira tak habis membebel. dr start kena serang sampailah sesi makan plak lepas tu.
eloklah tu jiran leeya buat majlis berinai, ktrg kat sini majlis mandi kicap..hahaha

lepas drg bersihkan badan baru ktrg melantak plak makanan2 yg ada. akhirnya segala benda yg dirancang membuahkan hasil yg sgt berpuas hati. terima kasih pd crew2 yg terlibat dlm menjayakan program ni. mmg terhutang budi sgt3
kpd si mangsa..happy belated birthday. harap kenangan ni satu kenangan yg tak dapat krg lupakan..hehe

apa2 pun semoga persahabatan yg terjalin ni tiada akhirnya. sayang krg semua ^_^

inilah rupa mangsa2 mira ahmad dan yana shaari selepas diserang. jgn dekat sama drg..bau yg sgt tak dapat ditahan oleh hidung. hahaha

crew2 yg terlibat:
saya,leen,dayah,edurra,nazira,julia,leeya,seha,ain roslan,jue,safa dan juga teha

crew yg membantu dr jauh:
hana tiara dan hanis

sila like yea :D

happy birthday housemate



happy birthday yana,
semoga Allah merahmati kamu dan cepat-cepat kahwin tau..hehe
sorry masa birthday kau ktrg semua buat dek dgn kau. langsung tak wish depan-depan sampaikan kau merajuk dan terasa dgn ktrg. sbb ktrg dah rancang sesuatu yg hebat utk kau. serius sedih betul muka kau. aku tgk pun sedih..haha
harap kau dapat terima hadiah tak seberapa dr aku ni dan harap jugak persahabatan kita semua kekal sampai bila-bila ^_^

siti nur liyana shaari

sila like yea :D