kenapa perangai kita buruk?

Jom Muhasabah : Kenapa Perangai Kita Buruk ?

Sungguh sakit jika kita kawan kerana kepentingan tertentu dan bukan kerana Allah.. Kalau kawan kerana nak sesuatu, ianya takkan kekal dan takkan terasa ikhuwahnya.. Ukhuwah dalam islam bukan terbina berdasarkan kepentingan tertentu tetapi ikhlas kerana Allah..

Ingatlah kalau orang benci kita, maka kita kena bersyukur kerana dia akan sedarkan kita bahawa kita pernah benci orang, kalau orang kutuk kita ingatlah bahawa kita pernah kutuk orang, kalau orang mengumpat kita, kita juga pernah mengumpat orang, kalau orang tipu kita, kita pernah tipu orang, kalau orang amek kesempatan dkat kita, kita pun pernah amek kesempatan dekat orang..

Kalau kita fikir mcm ni kita akan nampak aib diri kita berbanding asyik dok kutuk2 orang2 yang buat jahat kat kita mcm2 tadi..

Pandang aib kita, kita akan nampak satu satu aib kita yang banyak sangat, kalau asyik pandang aib orang, lama kelamaan hati kita menjadi keras dan kita asyik teringin nak puji diri dengan kebaikan yang sgt sikit berbanding aib kita yang sgt byk.. Ya Allah..

Cuba kita fikirkan, kenapa kita selalu pandang silap salah orang lain? Kalau orang nak nasihat kita nak tegur keburukan kita, mulalah kita kutuk dia ''ustaz'' lah ''tunjuk baiklah'' dan mcm2.. Kalau yang banyak ibadah pulak pandang orang lain dengan pandangan yang hina sebab tak banyak ibadah, kenapa?? Kalau orang banyak mengaji, kemain ngutuk2 orang yang tak pegi ngaji, kenapa? Ya Allah..

Kenapa manusia mcm ni? Kenapa kita selalu alpa, lalai dan leka? Semua ni gangguan SYAITAN yang tak nak kita masuk syurga.. Nak kita teman n join dia masuk neraka wal 'iyazubillah..

Bila kita ngaji, oh baru kita nampak Allah SWT berfirman : ''Sesungguhnya SYAITAN adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka '' Fatir: 6 ..dan banyak lagi ayat Qur'an jelas2 memberitahu MUSUH kita sbg orang islam dan org mukmin ialah syaitan..

Bila kita belek Qur'an lagi, rupanya Allah SWT berfirman jugak : Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. ) Tahrim : 9 ..

Jom kita benci syaitan, jadikan dia MUSUH kita yang utama... Jangan benci saudara islam kita.. Jangan gaduh2..Jom bersatu menentang MUSUH kita yang sebenar..

Wallahu alam..
 
dipetik dari fb muhammad hafeez al-habshi

sila like yea :D