"belajar agama kan? patut lebih tau"

dah lama tak bebel panjang-panjang kat blog ni. asyik post yg ringkas-ringkas je. kekangan masa dan perasaan malas yg membuak menyebabkan sunyi sepi je blog ni tanpa post yg terbaru. so hari ni nak rajinkan diri update panjang-panjang. saya lebih suka post sesuatu drpd pengalaman dan pendapat saya sendiri. jadi post ni hanya sekadar perkongsiaan ilmu

rata-rata semua orang pernah melawat atau menziarah rumah orang lain kan. tak kiralah saudara kita sendiri,sahabat handai ataupun sesiapa saja. dalam islam pun menggalakkan kita menziarahi antara satu sama lain dan islam juga menyuruh kita memuliakan tetamu yg hadir. tapi harus diingatkan islam ada menetapkan adab2 tetamu sbg panduan untuk kita. tak kiralah adab sbg tuan rumah mahupun adab sbg tetamu.

1) meminta izin
sebelum kita nak menziarah ke rumah orang, kita perlulah meminta izin drpd tuan rumah dulu. agar dia tahu akan kedatangan kita dan membuat apa yg perlu. bg pihak tuan rumah pula jika kita hidup beramai-ramai dalam satu rumah tu lebih-lebih lagi  kehidupan student yg menyewa ni..perlulah memaklumkan kpd ahli rumah yg lain ttg tetamu yg bakal tiba. dah namanya menyewa berkongsi satu rumah mereka juga ada hak untuk tahu.

2) hormati tuan rumah
bila dah datang rumah orang ni jangan lah kita buat macam rumah sendiri. jaga batas-batas kita sebagai tetamu. jika tuan rumah mengizinkan kita melakukan sesuatu baru kita lakukan. walaupun tuan rumah ada mengatakan "buat macam rumah sendiri je". itu hanya sekadar manis mulut je. bukannya buat betul-betul spt rumah sendiri. tak ada istilah "rumah aku rumah aku, rumah kau rumah aku"

3) jaga pertuturan
dah namanya kat rumah orang. perlulah bg kita sbg tetamu menjaga pertuturan kita. tidak salah untuk bergelak ketawa, bergurau sesama sendiri tp haruslah kita kawal 'volume' suara kita agak tidak mengganggu penghuni rumah yg lain. hormatlah ahli rumah yg lain. mana tahu ada diantara ahli rumah tu sedang solat,belajar atau menyiapkan tugasan yg diberikan. tidakkah menganggu mereka?

4) hadkan masa
Kadang-kadang keseronokan bertemu kawan-kawan lama membuatkan kita tidak sedar bahawa kita telah berada di rumah tuan rumah agak lama. ia mungkin menimbulkan rasa tidak senang atau tidak selesa kepada tuan rumah. lebih-lebih lagi jika ruang rumah agak terhad. dalam islam juga ada mengajar kita supaya segera pulang setelah dijamu. jika tujuan kunjungan kita ingin belajar atau buat tugasan bersama-sama mungkin tidak cukup 2 atau 3 jam berada di rumah tuan rumah tp kalau dah berhari-hari tidakkah ia memberatkan tuan rumah? perlu diingat bukan rakan kita sahaja yg tinggal di rumah tu. ada penghuni lain juga. adakah mereka bersenang hati dgn kehadiran kita yg terlalu lama ni?


baiklah ni saja dulu beberapa adab tetamu yg ingin saya kongsikan. harap perkongsian ini dapat sama-sama kita praktikkan.

"belajar agama kan? patutnya kau lebih tahu!"


oh yea..sebelum terlupa. saya ingin bertanya

makan didalam masjid salah satu adab ketika berada di masjid ke?

"belajar agama kan? patutnya kau lebih tahu!"




p/s:tulisan merah itu teguran dr seorang rakan yg menegur kealpaan saya suatu ketika dulu, kadang-kadang kata-kata yg kita lontarkan akan memantul semula pada kita


sila like yea :D

3 comments:

----- ----- said...[Reply to comment]

"Tak semua Orang yang belajar Agama itu tahu semua benda seperti Nabi Muhammad S.A.W dan orang yang belajar Agama itu bukan Maksum "


yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
NINJA

yoo Mee said...[Reply to comment]

doa dlm khidupan harian,hidup lebih berkat..TQ

sup3rc0w.blogspot.com <----Something might be new for you.visit me :)

atyn said...[Reply to comment]

@----- -----yeahhh betul tu sokong dgn awak ^_^