kenangan itu

kenangan itu
mengingatkan kembali detik perkenalan kita

kenangan itu
mengingatkan kembali bagaimana kita rapat

kenangan itu
mengingatkan senda gurauan kita suatu ketika dulu

kenangan itu
membuatkan saya mempercayai kamu

kenangan itu
membuatkan saya bersemangat ketika mengalami kejatuhan

kenangan itu
membuatkan hari-hari saya tersenyum kerana kamu

kini 

kenangan itu
membuatkan saya hanya senyum keseorangan diri tanpa kamu

dan kini

kenangan itu
hanya sebuah cerita antara saya dan kamu

sila like yea :D

kenapa perangai kita buruk?

Jom Muhasabah : Kenapa Perangai Kita Buruk ?

Sungguh sakit jika kita kawan kerana kepentingan tertentu dan bukan kerana Allah.. Kalau kawan kerana nak sesuatu, ianya takkan kekal dan takkan terasa ikhuwahnya.. Ukhuwah dalam islam bukan terbina berdasarkan kepentingan tertentu tetapi ikhlas kerana Allah..

Ingatlah kalau orang benci kita, maka kita kena bersyukur kerana dia akan sedarkan kita bahawa kita pernah benci orang, kalau orang kutuk kita ingatlah bahawa kita pernah kutuk orang, kalau orang mengumpat kita, kita juga pernah mengumpat orang, kalau orang tipu kita, kita pernah tipu orang, kalau orang amek kesempatan dkat kita, kita pun pernah amek kesempatan dekat orang..

Kalau kita fikir mcm ni kita akan nampak aib diri kita berbanding asyik dok kutuk2 orang2 yang buat jahat kat kita mcm2 tadi..

Pandang aib kita, kita akan nampak satu satu aib kita yang banyak sangat, kalau asyik pandang aib orang, lama kelamaan hati kita menjadi keras dan kita asyik teringin nak puji diri dengan kebaikan yang sgt sikit berbanding aib kita yang sgt byk.. Ya Allah..

Cuba kita fikirkan, kenapa kita selalu pandang silap salah orang lain? Kalau orang nak nasihat kita nak tegur keburukan kita, mulalah kita kutuk dia ''ustaz'' lah ''tunjuk baiklah'' dan mcm2.. Kalau yang banyak ibadah pulak pandang orang lain dengan pandangan yang hina sebab tak banyak ibadah, kenapa?? Kalau orang banyak mengaji, kemain ngutuk2 orang yang tak pegi ngaji, kenapa? Ya Allah..

Kenapa manusia mcm ni? Kenapa kita selalu alpa, lalai dan leka? Semua ni gangguan SYAITAN yang tak nak kita masuk syurga.. Nak kita teman n join dia masuk neraka wal 'iyazubillah..

Bila kita ngaji, oh baru kita nampak Allah SWT berfirman : ''Sesungguhnya SYAITAN adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka '' Fatir: 6 ..dan banyak lagi ayat Qur'an jelas2 memberitahu MUSUH kita sbg orang islam dan org mukmin ialah syaitan..

Bila kita belek Qur'an lagi, rupanya Allah SWT berfirman jugak : Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. ) Tahrim : 9 ..

Jom kita benci syaitan, jadikan dia MUSUH kita yang utama... Jangan benci saudara islam kita.. Jangan gaduh2..Jom bersatu menentang MUSUH kita yang sebenar..

Wallahu alam..
 
dipetik dari fb muhammad hafeez al-habshi

sila like yea :D

till jannah



"Friendship is like a violin, the music may stop now and then, but the strings will last forever." 


credit to myzaali

sila like yea :D

eh jangan salahkan orang lain

hidup ini pelbagai ujian,dugaan dan rintangan yg perlu kita lalui. hidup sesama manusia ini pelbagai ragam yang kita temui. ibarat slogan astro "macam-macam ada"
tidak perlu mengata pada orang lain, kita lihat diri kita sendiri. adakah kita cukup sempurna? adakah kita memiliki segala kebaikan dan kelebihan? adakah kita tidak punyai sekecil kelemahan pada diri kita?

tentu tidak bukan?
Allah ciptakan hambaNya dgn pelbagai karenah,sikap,ragam dan sifat tersendiri. mungkin kelebihan itu ada pada kita tp tidak pada mereka. mungkin kelemahan itu ada pada kita tp tidak pada mereka.
persoalannya perlukah kita berbangga diri dgn kelebihan yg ada pada kita dan melemahkan lagi kelemahan yg ada pada mereka?
dan persoalannya lagi perlukah kita meletakkan kelemahan kita itu kepada orang lain? yakinkah kita kelemahan itu bukan kelemahan kita?
jika kita terlalu yakin, ini menggambarkan kita tidak mampu menerima kelemahan yg Allah ciptakan untuk kita.

itulah sikap kita sbg ciptaan Allah yg lemah ini. kita sering menunding jari kepada orang yg berada disekeliling kita dan sering bersikap iri hati sesama sendiri. kenapa jadi begini?
ini kerana kita sukar untuk melihat kelemahan yg ada pada diri sendiri. ahli keluarga atau rakan-rakan yg mengenali kita merupakan cermin kepada diri kita. jika ada yg menegur kelemahan kita, tidak usah melenting kepada dia.
malah bersyukurlah kerana masih ada yg menyayangi kita untuk melihat kita memperbaiki kelemahan itu dan menjadi insan yg lebih baik. bukan itu lebih beruntung?
jangan meminta orang lain menerima diri kita seadanya jika kita sendiri tidak mampu terima diri seadanya

sila like yea :D

kamu pertama dihatiku



lagu ini saya ingin tujukan kepada ibu saya, HANNAH AHMAD sempena hari ibu ini. terima kasih ibu untuk kasih sayang yg ibu berikan. maafkan segala dosa akak pada ibu. doakan kejayaan akak
love you very much


kenapa saya post di blog?
hee saya tau ibu saya akan baca. ibu saya merupakan pembaca setia blog saya. kalau saya post yg sedih2 ada je ibu tanya apa masalah saya. kalau saya post jiwang2 ada je soalan dr ibu "siapa pakwe akak?"
hehe

sila like yea :D

tunang hujung tahun

Alhamdulillah berkat keizinan Tuhan selama beberapa tahun perkenalan kami. perkenalan yg pada mulanya sbg seorang kawan yg tidak pernah sangkakan ia menjadi perkenalan yg serius. akhirnya kami telah membuat keputusan untuk menjalinkan satu ikatan yang sah di sisi Tuhan..InsyaAllah. doakan kebahagian kami bersama dan jodoh ini berkekalan hingga ke syurga. siapa sangka dia lah yg terbaik dan akan menyempurnakan lagi hidup ini..

yeayy 
tidak sabar hujung tahun ni
tidak sabar menunggu detik itu
tidak sabar menanti saat bahagia itu
dan
tidak sabar melihat keluargaku turut gembira di saat itu


sebab tak sabar nak bertunang dan lepas tu kahwin..
yepieeee



---> post ini bagi pihak abang saya..hehe


saya lambat lagi nak kahwin ni. mungkin umur 25 nanti kot..hahaha. nak dapatkn kerja dulu lepas tu baru kahwin. eh tak salahkan plan untuk masa depan? 
so kepada jodohku..sila masuk meminang ketika saya berumur 25 tahun yea. kasi peluang saya nak cari kerja dulu tau. sebelum nak masuk meminang tu kena bodek hati en.raif saya dulu sbb en.raif saya sgt garang tau orangnya..haha. ada berani? hehe

oh yea tak silap abang dgn bakal kakak ipar saya tu drg berkenalan dr blog. sweet kan?
agak2 ada tak di kalangan pembaca blog saya ni bakal jodoh saya? sebok nak sweet2 jugak
hahaha 


mood merapu sudah datang :P

sila like yea :D

"belajar agama kan? patut lebih tau"

dah lama tak bebel panjang-panjang kat blog ni. asyik post yg ringkas-ringkas je. kekangan masa dan perasaan malas yg membuak menyebabkan sunyi sepi je blog ni tanpa post yg terbaru. so hari ni nak rajinkan diri update panjang-panjang. saya lebih suka post sesuatu drpd pengalaman dan pendapat saya sendiri. jadi post ni hanya sekadar perkongsiaan ilmu

rata-rata semua orang pernah melawat atau menziarah rumah orang lain kan. tak kiralah saudara kita sendiri,sahabat handai ataupun sesiapa saja. dalam islam pun menggalakkan kita menziarahi antara satu sama lain dan islam juga menyuruh kita memuliakan tetamu yg hadir. tapi harus diingatkan islam ada menetapkan adab2 tetamu sbg panduan untuk kita. tak kiralah adab sbg tuan rumah mahupun adab sbg tetamu.

1) meminta izin
sebelum kita nak menziarah ke rumah orang, kita perlulah meminta izin drpd tuan rumah dulu. agar dia tahu akan kedatangan kita dan membuat apa yg perlu. bg pihak tuan rumah pula jika kita hidup beramai-ramai dalam satu rumah tu lebih-lebih lagi  kehidupan student yg menyewa ni..perlulah memaklumkan kpd ahli rumah yg lain ttg tetamu yg bakal tiba. dah namanya menyewa berkongsi satu rumah mereka juga ada hak untuk tahu.

2) hormati tuan rumah
bila dah datang rumah orang ni jangan lah kita buat macam rumah sendiri. jaga batas-batas kita sebagai tetamu. jika tuan rumah mengizinkan kita melakukan sesuatu baru kita lakukan. walaupun tuan rumah ada mengatakan "buat macam rumah sendiri je". itu hanya sekadar manis mulut je. bukannya buat betul-betul spt rumah sendiri. tak ada istilah "rumah aku rumah aku, rumah kau rumah aku"

3) jaga pertuturan
dah namanya kat rumah orang. perlulah bg kita sbg tetamu menjaga pertuturan kita. tidak salah untuk bergelak ketawa, bergurau sesama sendiri tp haruslah kita kawal 'volume' suara kita agak tidak mengganggu penghuni rumah yg lain. hormatlah ahli rumah yg lain. mana tahu ada diantara ahli rumah tu sedang solat,belajar atau menyiapkan tugasan yg diberikan. tidakkah menganggu mereka?

4) hadkan masa
Kadang-kadang keseronokan bertemu kawan-kawan lama membuatkan kita tidak sedar bahawa kita telah berada di rumah tuan rumah agak lama. ia mungkin menimbulkan rasa tidak senang atau tidak selesa kepada tuan rumah. lebih-lebih lagi jika ruang rumah agak terhad. dalam islam juga ada mengajar kita supaya segera pulang setelah dijamu. jika tujuan kunjungan kita ingin belajar atau buat tugasan bersama-sama mungkin tidak cukup 2 atau 3 jam berada di rumah tuan rumah tp kalau dah berhari-hari tidakkah ia memberatkan tuan rumah? perlu diingat bukan rakan kita sahaja yg tinggal di rumah tu. ada penghuni lain juga. adakah mereka bersenang hati dgn kehadiran kita yg terlalu lama ni?


baiklah ni saja dulu beberapa adab tetamu yg ingin saya kongsikan. harap perkongsian ini dapat sama-sama kita praktikkan.

"belajar agama kan? patutnya kau lebih tahu!"


oh yea..sebelum terlupa. saya ingin bertanya

makan didalam masjid salah satu adab ketika berada di masjid ke?

"belajar agama kan? patutnya kau lebih tahu!"




p/s:tulisan merah itu teguran dr seorang rakan yg menegur kealpaan saya suatu ketika dulu, kadang-kadang kata-kata yg kita lontarkan akan memantul semula pada kita


sila like yea :D

dear you,






tidak mampu untuk bohong pd diri sendiri. rindu saat spt dulu

sila like yea :D