2 hari suku yg memeritkan

luka diluaran boleh dilihat tp luka didalam hanya diri sendiri yg ketahui betapa peritnya untuk menghadapi


okay ayat di atas tak ada kena-mengena dgn tajuk pun..hehe.
hari ni dah masuk 2 hari saya kena penyakit keluar masuk toilet ni iaiti cirit..hehe boleh bayangkan tak macamana sakit tu? mesti geli kan? haha ada saya kesah. mesti krg pun pernah kena CB ni jugak kan..

tak tahu lah apa punca sebenar saya kena cb ni. mungkin drpd salah makan hari rabu lepas. balik je dr kelas terus saya beli nasi goreng kampung dgn sambal belacan kat 1 restoran ni. mungkin sbb dr sambal belacan dia kot yg terlalu pedas atau sambal yg entah bila buat pun tak tahu. lepas makan tu terus rasa tak sedap je perut ni. ingat masuk angin sbb saya pun makan agak lewat sikit tp tak ada lah terlalu lewat sgt. lepas maghrib jugak saya makan.

pukul 3 pagi tu terus rasa memulas je perut ni sampai lah ke pagi esoknya. dah terpaksa tak pergi kelas semalam. mmg tak tahan lah sakitnya. ptg semalam hajat nak pergi jumpa doktor. housemate tlg temankan tp klinik tutup plak. malam punya plak ingat dah ok tp tiba2 sakit balik. asal saya makan je mesti nak keluar balik. last2 pukul 10 malam saya terus pergi hospital. seorang classmate saya mek jue sudi temankan saya pergi hospital. kesian dia dah lah tak boleh bau hospital ni tp sanggup jugak teman saya. sangat terharu seyh. 

tak pasal2 kena masuk air semalam. erk berderau kot bila doktor suruh masuk air dulu sebelum balik. saya ni penakut jarum2 ni. rasa nak cabut lari pun ada semalam..haha
pagi ni perut still lagi meragam. disebabkan tak puas hati jumpa doktor semalam (paham2 jela hospital kerajaan) saya pergi plak klinik swasta. kali ni berpuas hati sikit sbb doktor tu check betul2 dan tak pasal2 jugak kena cucuk lagi sekali. perghhh nak pengsan rasanya bila dgr cucuk2 ni..wahaha

balik dr klinik terus ke uitm sbb ada presentation. serius masa present tu rasa macam nk pitam je. kepala pening sgt. tahan je drpd termuntah. saya tak pikir apa2. dlm fikiran saya "cepatlah habisssss...nak pergi toilet niiiiii" 
classmate saya pun ada tegur nampak sgt muka saya pucat. ah lantak lah apa nak jadi pun. yg penting toilet harus diserbu..hahaha
ahli group plak boleh buat lawak time present...adoi tahan je dr gelak lebih kang lain plak yg jadi. hahaha
harap2 sakit ni pulih malam ni jugak!!
sbb esok saya nak pergi explorace...weee

saya dah semangat ni nak explorace. jgn cuba2 untuk mematahkan semangat saya..


terima kasih kpd mereka yg mengambil berat ttg saya
mek jue, housemate, pija, classmate dan akid ^_^

sila like yea :D