mungkin hanya sekadar sebuah cerita




sudah cukup sudah
cukup sampai disini saja
daripada batin terseksa
lebih baik ku pergi saja...


biar hati ini saja yg tahu apakah yg bermain di sebalik cerita 'aku dan dia' ini

sila like yea :D

melarikan diri di pasir gudang

minggu lepas berlangsungnya 1 program yg meminta untuk melarikan atau memenatkan diri di sekitar pasir gudang iaitu cabaran orienteering 1 Malaysia. ah senang cerita explorace lah..
ni baru kali ke-3 wujudnya program explorace ni. Alhamdulillah saya antara peserta yg agak awal lah kan sertai program ni. program ni anjuran 1 uitm. kiranya seluruh uitm terlibat dgn program ni dan ipt2 lain jugak turut serta. dalam 1515 peserta lah kesemuanya. ramai giler kan? so persaingan pun mmg agak sengit. peluang nak menang tu sgt3 lah tipis..

tp Alhamdulillah lah group saya mampu pecahkan rekod johan bg kategori wanita sebelum ni. johan tahun lepas drg kutip markah 420 dan group saya berjaya kutip 430..haha beza 10 je kot!!! tak payah nak gembira sgt lah kan. HAHA
tp ok apa..biar kalah bermaruah drpd terbatal macam tu jek..hikhik
penat seyh nak pergi mencari check-point tu wlpn ada peta dan kompas. tgk peta pn dah tak paham apatah lagi nak gunakan kompas...haha. puas jugak saya terbalik-balikkan peta nak pahamkan kedudukan skrg. last2 berjaya jugak memahamkan diri baca peta tu

overall sgt best program explorace ni. sgt mencabar dan saya sgt3 suka aktiviti macam ni. mmg dah lama tak bersukan sejak kesihatan diri tak berapa nak ok sgt ni. wlpn time tu terasa kesakitannya tu tp tetap teruskan. saya mmg seorang yg degil dlm bab2 yg saya minat ni!! hehe dan padahnya hanya saya sendiri yg tanggung.

ok lah malas nak ulas panjang. layan saja gambar2 kami di bawah ni
oh yea program ni pun bukan explorace semata-mata tp turut disertai dgn program lain spt forum 1 Malaysia,majlis makan malam bersama menteri pengajian tinggi dan khidmat masyarakat

1st day

zenith team

flamingo team

princess hana team



2nd day


with pododo team


pododo team

menunggu turn untuk melarikan diri

serius ini mmg muka kepenatan setelah berjaya mengumpul 4 check-point dlm masa sejam 17 saat

with julia sebelum gerak ke majlis makan malam

3rd day


motif lidah ikut tema? hehe

nampak tak kerajinan disitu? haha

haa yg ni lagi nampak kerajinan mereka..haha


dah kalah balik lah kan..hehe


nak tau apa yg saya dapat drpd program ni? haa tunggu next entri yea ;)

sila like yea :D

eh siapa ni??

hana tiara, leen, dayah, yana, atyn

amacam besar tak gambar kat atas? hehe

just nak perkenalkan..inilah housemate baru saya ^_^
memandangkan sem ni saya berpindah ke rumah sewa baru. dgn mereka inilah saya hidup bersama
saya tenang dan bahagia dgn kehidupan baru saya. lagi2 disamping mereka. wlpn usia perkenalan ktrg masih terlalu muda tp saya selesa dgn mereka..

sila like yea :D

2 hari suku yg memeritkan

luka diluaran boleh dilihat tp luka didalam hanya diri sendiri yg ketahui betapa peritnya untuk menghadapi


okay ayat di atas tak ada kena-mengena dgn tajuk pun..hehe.
hari ni dah masuk 2 hari saya kena penyakit keluar masuk toilet ni iaiti cirit..hehe boleh bayangkan tak macamana sakit tu? mesti geli kan? haha ada saya kesah. mesti krg pun pernah kena CB ni jugak kan..

tak tahu lah apa punca sebenar saya kena cb ni. mungkin drpd salah makan hari rabu lepas. balik je dr kelas terus saya beli nasi goreng kampung dgn sambal belacan kat 1 restoran ni. mungkin sbb dr sambal belacan dia kot yg terlalu pedas atau sambal yg entah bila buat pun tak tahu. lepas makan tu terus rasa tak sedap je perut ni. ingat masuk angin sbb saya pun makan agak lewat sikit tp tak ada lah terlalu lewat sgt. lepas maghrib jugak saya makan.

pukul 3 pagi tu terus rasa memulas je perut ni sampai lah ke pagi esoknya. dah terpaksa tak pergi kelas semalam. mmg tak tahan lah sakitnya. ptg semalam hajat nak pergi jumpa doktor. housemate tlg temankan tp klinik tutup plak. malam punya plak ingat dah ok tp tiba2 sakit balik. asal saya makan je mesti nak keluar balik. last2 pukul 10 malam saya terus pergi hospital. seorang classmate saya mek jue sudi temankan saya pergi hospital. kesian dia dah lah tak boleh bau hospital ni tp sanggup jugak teman saya. sangat terharu seyh. 

tak pasal2 kena masuk air semalam. erk berderau kot bila doktor suruh masuk air dulu sebelum balik. saya ni penakut jarum2 ni. rasa nak cabut lari pun ada semalam..haha
pagi ni perut still lagi meragam. disebabkan tak puas hati jumpa doktor semalam (paham2 jela hospital kerajaan) saya pergi plak klinik swasta. kali ni berpuas hati sikit sbb doktor tu check betul2 dan tak pasal2 jugak kena cucuk lagi sekali. perghhh nak pengsan rasanya bila dgr cucuk2 ni..wahaha

balik dr klinik terus ke uitm sbb ada presentation. serius masa present tu rasa macam nk pitam je. kepala pening sgt. tahan je drpd termuntah. saya tak pikir apa2. dlm fikiran saya "cepatlah habisssss...nak pergi toilet niiiiii" 
classmate saya pun ada tegur nampak sgt muka saya pucat. ah lantak lah apa nak jadi pun. yg penting toilet harus diserbu..hahaha
ahli group plak boleh buat lawak time present...adoi tahan je dr gelak lebih kang lain plak yg jadi. hahaha
harap2 sakit ni pulih malam ni jugak!!
sbb esok saya nak pergi explorace...weee

saya dah semangat ni nak explorace. jgn cuba2 untuk mematahkan semangat saya..


terima kasih kpd mereka yg mengambil berat ttg saya
mek jue, housemate, pija, classmate dan akid ^_^

sila like yea :D