teman baik tertua

dayah & diyana

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

merekalah teman baik tertua saya. saya bersyukur dikurniakan teman spt mereka. Alhamdulillah persahabatan kami mencecah berbelas tahun. moga persahabatan kami terus berkekalan ke syurga.

oleh kerana dek kerinduan yg melanda setelah sekian lama tak lepak bersama. selasa lepas dapat jugak ktrg luangkan masa bersama-sama.
tak ubah spt dulu asal jumpa je mesti nak bertengkar mulut..haha. penat jugak nak melayan tp bertengkar mulut ini lah lagi merapatkan ktrg.
oh yea ktrg bukan hanya bertiga tp berempat. lagi seorang sahabat ktrg berada di aussie skrg. tentu lagi seronok kalau azura ada sekali. mesti lagi banyak gaduh..haha

haa nampak kan gambar kat atas tu drg berkaraoke?
wlpn saya tak berapa nak minat sangat karok ni tp layan kan aje lah

dayah: ish tak pernah aku karok lagu nasyid
saya: kau diam. peminat nasyid ada kat sini. hahaha

siapa suruh ajak peminat nasyid ajak karok kan dah ada lagu nasyid dlm list..haha
so lagu terakhir ktrg nyanyi ialah "akrab persahabatan"
sesuai kan lagu tu dgn pertemuan ktrg ni..HAHAHA

sila like yea :D

0 comments: