kisah baru

"aku minta maaf awal2. jangan terkejut dgn perubahan diri aku nanti"

kata-kata kat atas ni pernah saya katakan pd kawan yg agak rapat dgn saya dulu.
sejak mula semester baru ni, saya dapat rasakan hidup saya kat segamat ni dah berubah spt yg saya jangkakan. tak tahulah kawan saya yg lain perasan atau tidak perubahan sikap saya ni. semua ni kerana apa yg berlaku pd saya tahun lepas. saya tak lagi spt dulu. saya lebih berhati2 dlm mempercayai seseorang. "untuk apa hargai sesuatu yg tak kenal erti penghargaan"

untuk sem baru ni saya pindah ke rumah baru untuk mulakan kisah baru saya ni. Alhamdulillah housemate baru saya ni terima kehadiran saya dgn baik. senang je nak masuk dgn drg wlpn hari pertama tu tidur rumah kawan baik saya,pija, gara2 malu dgn housemate punya pasal..HAHA
wlpn ktrg ni kos yg sama tp kelas lain2 tu yg tak berapa kenal sgt dgn housemate saya ni tp skrg housemate saya dah jadi classmate saya..hee senang sikit nak pergi kelas sama2 kan.

Alhamdulillah keputusan saya ni satu keputusan yg baik untuk saya dan harap ianya berkekalan. seronok duduk dgn drg ni. drg layan saya pun dah macam lama kenal je. sgt baik.
bila dah mula hidup baru ni, saya lebih memikirkan diri saya sendiri. bukan hanya pentingkan diri sendiri tp saya fikir apa yg terbaik untuk saya. saya dah tak peduli apa orang ingin katakan. itu mulut mereka, mereka mampu bersuara dan mengata apa saja yg mereka ingin katakan. apa yg penting diri saya perlu diutamakan.

saya dah serik dgn apa yg berlaku pd saya!
apa2 sekalipun hidup perlu diteruskan walau macamana pun halangan yg terpaksa kita rintangi

sila like yea :D

0 comments: