apabila abg menyusukan adik


apabila si abg menyusukan si adik. erk???


gara-gara si abg menyerupai spt ibu mereka. terpaksa lah si abg melayani kerenah adiknya. entah ada susu ke tak..tak tahu lah. tak tau ke mana si ibu mereka pergi. mungkin dah tak ada. lama giler si ibu tak balik rumah. 
haiwan pun spt manusia kan. hidup tanpa ibubapa mmg kurang kasih sayang. macam jugak baby kucing2 saya ni. kesian tengok drg. si abg ni lah tempat drg menumpang kasih. sampai dijadikan tempat menyusu walaupun susu tak ada..

ini lah yg dikatakan pengorbanan seekor abg..hehe

sila like yea :D

oh boon siew!

saya student uitm johor. saya merupakan pelajar yg rajin merajinkan diri ke library um
erk kenapa saya rajin sgt ni?


ini semua kerana buku ini lah saya balik kl semata-mata untuk cari maklumat mengenai boon siew. gara-gara kat internet tak banyak maklumat yg ada. asyik cerita benda yg sama je. so saya geram berusaha jugak untuk cari buku tersebut.

library uitm saya tu sudah tentu lah tak ada. library pun dah kecik..sgt tak best untuk mencari buku2 kat sana. dah bermacam tempat saya pergi semata-mata buku ni. library uthm pun saya dah redah tp tak jumpa jugak. last2 saya jumpa kat internet buku ni ada di library za'ba um

ingat nak pergi minggu lepas tp tak berkesempatan. dugaan betul nak cari buku boon siew ni. mmg susah nak jumpa. sbb tu la buku ni pun terletak di library za'ba. mmg dijaga dan dikawal giler lah buku ni. hanya rujukan saja dibenarkan. nak pinjam mmg tak boleh. disebabkan tak boleh nak pinjam tak pasal2 jadi penyalin buku yg terhebat selama 2 jam..

hanya mampu salin apa yg penting je. kang salin semua lebih baik saya jadi penulis buku tu terus kan? haha
prosedur nak masuk library tu pun agak rumit. lagi2 orang luar. nasib baik saya teringat kad matrik saya ada dalam beg yg saya bawak. kalau tak ada harapan lah nk masuk. mmg sgt ketat seyh. nak cari buku tu pun kena isi borang dan hanya seorang saja yg dibenarkan masuk ke ruang rak buku tu..
sgt3 terjaga kan?



sila like yea :D

tahniah adikku



22 mac lepas result dah pun keluar. Alhamdulillah adik saya, addin akmal, mendapat keputusan yg cemerlang dgn membolot 7A dlm spm baru2 ni. TAHNIAH akk ucapkan. siapa tak bangga kan tgk adik sendiri berjaya. sesuai lah dgn usaha adik saya selama ni. dok depan tv pun boleh belajar lagi kalau saya mmg tak kemana lah buku kalau dah depan tv ni..hehe


tak lupa juga TAHNIAH buat adik sepupu saya, amirah hillmy, berjaya membolot semua A dlm spm. lagi hebat. aishh tak da pulak gambar budak ni sbb amat payah untuk bergambar dgn dia..hehe. apa2 pun tumpang gembira dgn kejayaan mereka ni.

selamat menempuh perjuangan di alam ipt pulak dan semoga berjaya ^_^


p/s: baru lepas balik dr ekspo selangkah ke uitm

sila like yea :D

2 mac itu

walau ia telah basi untuk diceritakan tp saya tetap mau cerita jugak sbb ia merupakan hari yg sgt bermakna buat saya. kenapa??
sbb tarikh hari itu 2 mac merupakan birthday saya lah..hehe



pertemuan kami bertiga lah merupakan salah satu hadiah yg bermakna buat saya. lebih2 lagi pd hari jadi saya. saya sayang persahabatan antara kami ni. bila diingatkan bagaimana perkenalan kami mmg unik. kami hanya berkenal melalui forum group di friendster saja. kami berborak seolah2 sudah kenal lama. walaupun saya berbeza kos dr mereka, itu bukan penghalang untuk kami akrab kan..

Alhamdulillah walaupun saya dah tercampak kat segamat tu kami masih berhubung dan pada 2 mac itu kami berpakat untuk keluar bersama. alang2 tu kongsikan kegembiraan saya bersama mereka..hehe

walaupun ia sekadar pertemuan yg singkat tp cukup bahagia buat saya. seriusly sgt rindukan mereka. mereka ni lah semangat saya untuk saya teruskan hidup kat kelantan dulu. ada je masalah mereka ni lah mangsa untuk temani saya hilangkan segala kestressan yg ada..hehe
terima kasih awak2 berdua. terima kasih untuk persahatan ini. terima kasih untuk frame yg sgt comel itu jugak

pada 2 mac itu jugak saya dpt berjumpa dgn seseorang kenalan sejak dr zaman myspace..hehe. terima kasih sudi jumpa saya walaupun sekejap dan terima kasih untuk diari yg comel itu.
tak lupa jugak kepada seorang classmate saya,faatihah, atas mug spongebob itu
walaupun 2 mac telah lama berlalu tp masih ingat akan tarikh itu

sila like yea :D

kisah baru

"aku minta maaf awal2. jangan terkejut dgn perubahan diri aku nanti"

kata-kata kat atas ni pernah saya katakan pd kawan yg agak rapat dgn saya dulu.
sejak mula semester baru ni, saya dapat rasakan hidup saya kat segamat ni dah berubah spt yg saya jangkakan. tak tahulah kawan saya yg lain perasan atau tidak perubahan sikap saya ni. semua ni kerana apa yg berlaku pd saya tahun lepas. saya tak lagi spt dulu. saya lebih berhati2 dlm mempercayai seseorang. "untuk apa hargai sesuatu yg tak kenal erti penghargaan"

untuk sem baru ni saya pindah ke rumah baru untuk mulakan kisah baru saya ni. Alhamdulillah housemate baru saya ni terima kehadiran saya dgn baik. senang je nak masuk dgn drg wlpn hari pertama tu tidur rumah kawan baik saya,pija, gara2 malu dgn housemate punya pasal..HAHA
wlpn ktrg ni kos yg sama tp kelas lain2 tu yg tak berapa kenal sgt dgn housemate saya ni tp skrg housemate saya dah jadi classmate saya..hee senang sikit nak pergi kelas sama2 kan.

Alhamdulillah keputusan saya ni satu keputusan yg baik untuk saya dan harap ianya berkekalan. seronok duduk dgn drg ni. drg layan saya pun dah macam lama kenal je. sgt baik.
bila dah mula hidup baru ni, saya lebih memikirkan diri saya sendiri. bukan hanya pentingkan diri sendiri tp saya fikir apa yg terbaik untuk saya. saya dah tak peduli apa orang ingin katakan. itu mulut mereka, mereka mampu bersuara dan mengata apa saja yg mereka ingin katakan. apa yg penting diri saya perlu diutamakan.

saya dah serik dgn apa yg berlaku pd saya!
apa2 sekalipun hidup perlu diteruskan walau macamana pun halangan yg terpaksa kita rintangi

sila like yea :D

dapat hadiah

dah lama tak berceloteh kat blog ni sejak masuk semester baru. dah macam cerita basi nk diceritakan tp tak berkesempatan nak update. so entri kali ni hanya entri yg ringkas untuk entri yg panjang akan datang (entah bila nk update pun tak tahu la)



walaupun 2 mac telah lama berlalu tp terharu sangat ada kawan still bg hadiah sempena 2 mac lepas. happy sangat3 ^___^

nak tahu hadiah apa yg saya dapat? siapa yg bagi?

haa nanti kan entri khas sempena 2 mac yg lepas..hehe

sila like yea :D

teman baik tertua

dayah & diyana

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

merekalah teman baik tertua saya. saya bersyukur dikurniakan teman spt mereka. Alhamdulillah persahabatan kami mencecah berbelas tahun. moga persahabatan kami terus berkekalan ke syurga.

oleh kerana dek kerinduan yg melanda setelah sekian lama tak lepak bersama. selasa lepas dapat jugak ktrg luangkan masa bersama-sama.
tak ubah spt dulu asal jumpa je mesti nak bertengkar mulut..haha. penat jugak nak melayan tp bertengkar mulut ini lah lagi merapatkan ktrg.
oh yea ktrg bukan hanya bertiga tp berempat. lagi seorang sahabat ktrg berada di aussie skrg. tentu lagi seronok kalau azura ada sekali. mesti lagi banyak gaduh..haha

haa nampak kan gambar kat atas tu drg berkaraoke?
wlpn saya tak berapa nak minat sangat karok ni tp layan kan aje lah

dayah: ish tak pernah aku karok lagu nasyid
saya: kau diam. peminat nasyid ada kat sini. hahaha

siapa suruh ajak peminat nasyid ajak karok kan dah ada lagu nasyid dlm list..haha
so lagu terakhir ktrg nyanyi ialah "akrab persahabatan"
sesuai kan lagu tu dgn pertemuan ktrg ni..HAHAHA

sila like yea :D