pstt~ nak mengumpat ni


mengumpat?
apa itu mengumpat?
best sgt ke sesi mengumpat ni?

kes mengumpat atau mengata orang memang kes biasa berlaku dlm kehidupan manusia ni. kdg2 macam dah jadi perkara biasa. Kat mana2 je kita pergi kat situ ada je kes ni..kdg2 kita yg tak nak ngumpat ni pun terjebak sekali..betul tak? nak tutup telinga pn dah tak boleh. bila seorang dah start mengumpat mula lah syaitan mainkan peranan menghasut dan mengapikan orang di sekeliling dia untuk turut sama dalam sesi umpatan tu..

bila kita menceritakan atau menyebut keburukan dan kekurangan seseorang kpd org lain. bukankah itu sama spt menikam seseorang dr belakang? kita jatuhkan maruah seseorang dan membuka keaiban dia kpd org lain. cuba kita meletakkan diri kita di tempat org yg diumpatkan itu. apakah perasaan kita? tentu marah dan kecil hati bukan?
kemudian timbullah pergaduhan antara si pengumpat dan yg diumpat. seronokkah kita membangkitkan kemarahan org lain?
bila si mangsa melontarkan kemarahannya kerana tidak dapat menahan kesabaran. mulalah si pengumpat mencari lagi kesalahan si mangsa. hei sedar atau tidak siapakah punca kemarahan seseorang itu? itulah jadinya bila kita hanya melihat kesalahan org lain tanpa cermin diri sendiri

dalam Al-Quran pun ada menyebut perbuatan mengumpat ni spt memakan daging saudara sendiri. Allah ada berfirman "janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yg lain, adakah seseorang dr kamu suka memakan daging saudara yg mati (jika demikian keadaannya mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya"

pernah tak terlintas apakah yg mendorong seseorang itu melakukan perbuatan mengumpat ni?

1) menghilangkan kemarahan
apabila seseorang itu marah pd seseorang kemudian disebut kejahatan dan kelemahan org itu pd org lain. lagi teruk bila dicampur dgn perasaan hasat dan dengki

2) menjaga hati kawan
kononnya ingin menjaga hati si yg diumpat. khuatir bila berterus terang menegur kesilapan dan si diumpat tidak dapat menerima teguran itu. kemudian menceritakan kpd org lain. hei adakah itu menjaga hati namanya?

3) menjaga hati org yg mengumpat
bila seseorang kawan marah dan mengumpat org lain. org yg dok mendengar ni pun turut serta menambahkan lg cerita yg dia tahu mengenai keburukan org yg diumpat tu. ish batu api betul kan?

4) menunjukkan kebaikan diri sendiri
bila dok sakan menceritakan keburukan org lain sudah tentu akan wujud membandingkan diri sendiri dgn org yg diumpatkan itu. kononnya diri sendiri ni lebih baik lah

5) hasat dengki atau iri hati
ini terjadi bila kita tidak senang dgn nikmat yg Allah bg pada seseorang. mulalah nak bercerita pasal org tu kononnya kita lebih berhak untuk dapatkan nikmat tu

6) menghina orang
cara paling mudah untuk kita menjatuhkan seseorang ialah dgn cara mengumpat ni lah. ceritakan keaiban org tu kat org lain dan org yg mendengarnya pun mulalah akan pandang serong terhadap org yg diumpat tu.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


tahukah kita?
Dosa mengumpat bukan saja besar malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun si pegumpat betul2 bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

kita semua sedia maklum bila ada org mengumpat pasal kita. dah tentu kita dapat pahala percuma drpd mereka. memang sangat rugi org yg mengumpat ni. tak percaya?

Abu Ummah al-Bahili meriwayatkan, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui"

jadi kesimpulannya, hindarkan lah diri kita drpd mengumpat sesama kita ni. sama2 memperbaiki diri kearah kebaikan
meskipun ianya kenyataan..perlu ke mengumpat di belakang? hukum tidak menghalalkan cara lah. kan lebih elok menegur kesilapan org tu dgn cara yg elok
sudah2 lah tu mengumpat. andai anda rasa seronok mengumpat ni..terpulanglah pd anda sendiri. dosanya anda sendiri tanggung. org yg diumpatkan tu memang tak akan rugi apa2

sila like yea :D

2 comments:

alinhO said...[Reply to comment]

wallah..
pnjg nye tazkirah...
bole amek part.time job da..
jdi sazah yg comei..
hehehe..
bgOs la k.ftin..
ske bce!

atyn said...[Reply to comment]

@alinhOhaha x layak pun la jd ustazah..
hancusss..hehe
ni skdr renungan bersama ;)