layan perut 3 hari 2 malam

selagi masih ada cuti selagi itu saya akan gunakan masa cuti sebaiknya. so baru2 ni saya bercuti ke johor bharu plak..wah banyak berjalan kan kau tyn!
semuanya bermula selepas saya twitt yg saya teringin nk bercuti tp tak tahu nak pergi mana. tiba2 one of my classmate, dayayuya, reply "tyn jom dtg jb. tidur rumah aku" lebih kurang gini la twitt dia. so apa lagi saya pun mintak kebenaran kt parent saya then drg bagi..wee~

maka berangkatlah saya ke jb pd 18 feb lepas. bertolak pd jam 9.30 pagi dan sampai kt jb dalam 2.30 petang. wee jejak jugak saya kat jb akhirnya. haha terlebih excited plak wlpn sblm ni pernah je pergi jb tp tu pun masa zaman sekolah rendah kot. haha dah berabad tak ke sana. sampai je di stesen larkin daya culik saya bawak ke rumah dia..hehe
lepas makan terus daya bawak saya jalan2 di sekitar bandar jb. wah baikkan penculik saya? siap bawak jalan2 tu..ekau ada? haha
habis pelusuk bandar jb dia bawak saya sampaikan saya dah naik pening jalan jb tu..haha. petang sabtu ni sempat lah jugak saya lepak tepi pantai stulang dan pantai lido dgn daya sambil lihat permandangan singapore. disebabkn hujan mencemburui ktrg. ktrg pun gerak ke taman merdeka pulak. serius taman merdeka tu sangat cantik dan terjaga. saya nak photoshoot kawen nt kat sana boleh? bolehlah bolehlah..hehe




bila malam sabtu tu bermula lah misi ktrg. jalan2 layan perut
nak tau tempat mana yg menjadi idaman perut ktrg?


Hutan Bandar Bistro TNB


apa yg best kat sini?
dah tentu chicken chop dia. bukan calang2 chicken chop tau. black pepper dia sangat sedap. lagi best ada 3 slice ayam woo. mmg banyak. saya pun mencanak nak habiskan semua. last2 fries saya tak mampu nak habiskan. mmg kenyang giler lah perut ni. daya cerita kedai ni sentiasa penuh..bukan je orang malaysia tp orang singapore pun ramai serbu kedai ni. masa tu pun saya berebut meja dgn seorang kakak ni..hee siapa yg dapat dulu dia lah yg dapatkan. waiter dia pun sekali serve bawak 4 5 pinggan. wow terpegun kejap.
mana tak ramainya..3 slice ayam tu hanya RM5 je. murah kan? so apa lagi meh la try merasa chicken chop RM5 ni. pasti berbaloi lah perut krg..hehe. oh yea time tu jugak daya suruh saya merasa otak2 ayam. okay itu la kali pertama saya makan otak2 ayam. agak jakun sikit..hehe


Kacang Pool Haji


misi ktrg bersambung pulak pd keesokannya harinya. family daya ajak breakfast di medan selera berdekatan dgn balai bomba. kali ni daya nak perkenalkan makanan famous kt jb iaitu kacang pool.
okay yg ni pun 1st time jugak. serius selama ni tak tahu pun apa itu kacang pool. mula2 agak takut sikit nak makan. yela takut tak kena dgn selera saya kan tp bila dah makan tu..hee tambah lagi 1 roti kot. serius sgt sedap. sampai skrg ni terngiang2 kuah kacang dia. mmg kena pergi jb balik ni nak makan kacang pool tu!!!


lepas melayan perut kat haji pool pagi tu. eh haji pool? ah lantak lah tiba2 dah terkeluar panggilan tu..hehe. family daya terus bawak saya pergi JPO. ala outlet baru tu yg jual barang2 branded dgn harga yg agak murah. erk tp bg saya yg bukan anak sultan,anak datuk mahupun anak ceo ia tetap mahal bg saya..haha. sebelum ni asyik dgr je orang sebut jpo ni kt fb dan akhirnya saya sampai jugak ke sana..wee~



dah alang2 sampai apa salahnya kan beli apa2 kat sana tp saya hanya mampu beli tshirt yg berharga below RM25. tu je yg termampu..haha. lepas penat jalan2 kat jpo tu. perut mulalah buat hal untuk diisi. kemudian bergerak lah ktrg ke gelang patah


Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga


haa nampak tak tulisan cina tu? mesti krg ingat tu restoran cina kan?
mmg pun owner tu org cina tp cina muslim. masakan dia dah tentu halal. jd tak risau. antara2 menu yg menjadi pujaan perut kami ialah ikan kerapu stim lemon,tauhu claypot,udang black pepper,sayur kailan dan telur dadar.
serius mmg sedaplah masakan dia. restoran ni pun berdekatan dgn pelabuhan tanjung pelepas. sambil makan tu sambil tengok kapal berlabuh. tambah lagi best bila makan sambil suasana angin pantai. sejuk je rasa. fuh mmg nyaman dan tenang lah


petang tu plak daya bawak saya jalan2 di puteri habour. tempat bot2 tu. saja amek angin petang wlpn tak berangin pun time tu..sob~


dan malamnya bersambung lagi misi melayan perut. kali ni pekena nasi lemak pulak.

Restoran Malam Indah Selalu

suasana restoran ni pun sama spt restoran yeo tu..tepi laut.
nasi lemak dia sangat sedap sampaikan saya dgn daya tambah nasi separuh. lagi sedap nasi lemak tu dimakan bersama lauk kegemaran daya iaitu kupang.
besar2 giler kupang dia. puas makan. nak tengok gambar kupang tu? mesti buat krg terliur punya lah..hehe



esok paginya rancang nak pergi berjogging lah konon tp harapannnn..hehe

masing2 penat stok bangun lambat je ktrg berdua. selagi daya tak bangun selagi tu saya sambung tidur. serius penat sangat time tu..lagi penat perut..hehe
dalam 11 lebih pagi isnin tu daya bawak saya jalan2 kat jb city square. teman daya cari pendrive kat popular. tak pasal2 saya pun turut bershopping jugak. haa amek kau banyak barang nk kena bawak balik!
sebelum saya balik ke kl tu sempat jugak lah saya beli otak-otak jb. RM14 utk 50 batang. org kata otak-otak jb sedap. tak salah kan saya tapau bawak balik kl..
haa bertambah lagi barang nk kena bawak balik! haha

ni lah sedikit sebanyak kenangan saya di jb. insyaAllah ada masa lagi saya nak pergi jb lagi sbb kacang pool!!!!
terima kasih banyak2 kpd tourist guide saya,dayayuya dan juga family dia krn sudi terima pelancong dr kl ni menyinggah sebentar di teratak mereka. wah kelasss ayat kau tyn! hehe
difahamkan percutian saya ke jb ni bukan saja dirancang oleh daya, rupanya kawan2 daya pun turut sama bantu susun jadual untuk saya. terharu sangat. wlpn tak kenal tp sudi membantu. terima kasih byk2 ^_^




sila like yea :D

1 comments:

Daya Yuya said...[Reply to comment]

yeaaaa . sonok kan tyn kat JB ? dapat makan banyak-banyak . nti dtg lg tau . mkn kacang pool lagi okay . hikhikhik :DD