itu ini begitu begini

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

pernah dengar lirik ni? ni merupakan lagu terbaru mirwana feat altimet. saya suka dengar lagu ni..lebih2 lagi saya tertarik dgn lirik yg kat atas ni.
setiap lirik dalam lagu punyai maksud tersendiri kan dan bagi saya untuk lirik yg ni pun ada maksud yg cuba disampaikan..

lumrah dalam hidup kita..setiap manusia punyai pandangan dan persepsi yg berbeza. kadang2 membuatkan perbezaan persepsi ni punca tidak kesefahaman dikalangan kita. persoalan haruskah berlaku perselisihan faham?
hurm ada baik dan buruknya perselisihan faham ni. bagi saya sendiri kalau dr segi positif kita akan dapat mengenali seseorang tu dgn lebih dalam lagi. kita cuba terima pandangan dia walaupun ia sangat bertentangan dgn pandangan kita dan kita cuba berfikiran positif. mengapa dia berkata begitu?
andai kita dapat menerimanya dgn hati yg terbuka..insyaAllah tidak akan berlaku pertengkaran diantara kita tp jika kita berfikiran yg negatif. ingin menyatakan "ah betul apa aku cakap"
sifat yg terlalu yakin ini lah punca keegoan diri dan berlakunya perselisihan faham.

alamak kawan tak perlu lah macam ni..
adatlah setiap orang berbeza caranya. kalau kita ikhlas dgn seseorang tu..kita akan cuba terima cara seseorang tu dan andai kita tidak senang dgn cara seseorang tu cuba tegur dia dgn cara yg baik. tidak semua orang sempurnakan. Allah ciptakan manusia dgn pelbagai ragam. jadi apa salahnya kalau kita saling melengkapi, bantu-membantu, nasihat-menasihati..
bukan dgn cara mencari kelemahan seseorang itu je..

sekadar pengajaran yg dapat saya pelajari atas apa yg berlaku terhadap diri saya..

sila like yea :D

0 comments: