tenang dan bebas

sedang membayangkan berada di puncak gunung sambil jerit
"wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"
dan sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan. betapa tenangnya diri ini


mengharapkan ketenangan yg dirasai ini berkekalan. tidak ada lagi perkara yg mengganggu kehidupan saya. ya! saya rasa tenang dan bebas drpd diperhatikan oleh sebahagian drpd mereka..
saya tak kisah apa pun kata mereka yg penting diri sendiri perlu diutamakan..

sila like yea :D

kelas tiramisu


sifu : hana mutalib (nana)
anak murid 1 : yayan
anak murid 2 : atyn comel
tempat : rumah nana
bayaran : free

yeah saya baru je menghadiri satu kelas membuat tiramisu bersama kawan sekolah saya dulu atau erti kata lain nak menyibuk je nak join kelas tu. saje nak tengok cara buat tiramisu ni sbb tu saya hanya jd anak murid 2 je. hahaha
kelas ni sangat best sbb free tak payah bayar walaupun....

yan: aku nak charge atyn ni sbb barang guna duit aku
saya: eh kau kan nak belanja aku dulu
yan: ouh okay (ayat pasrah)

setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. so ini lah hikmahnya saya menyibuk kelas tu. dapat jugak yan langsaikan hutang dia kat saya yg dah berkurun abad tu..hahaha
okay lah saya tak nak tunjuk cara2 nak buat tiramisu ni sbb gambar yg saya amek penuh dgn tangan yan je. spoil betul..haha
so sila lah ke blog
hana mutalib untuk mengetahui cara buat tiramisu ni. sangat sedap uh wa cakap luLink

sila like yea :D

yg ini post terakhir




untuk hari ni je dah 3 entry saya update. dah tak tau nak buat apa hari ni so update blog jela kan. mungkin ni post yg terakhir untuk hari ni kot..err mungkin jela? haha

dah lama nak update pasal ni tp asek dalam simpanan draft je so tiba lah masanya untuk dipublishkan. ni merupakan aktiviti terakhir saya dan beberapa classmate saya sebelum pulang bercuti. malam tu ktrg menguasai panggung seyh. hanya berapa kerat je yg ada dalam panggung tu. sgt syokkk jerit lah sekuat mana yg nak. tak ada orang nak marah..hehe


p/s: "jangan biarkan ia terbuka" hehe

sila like yea :D

akhirnya tercapai


dah lama giler nak makan chocolate indulgence ni. sejak dr awal sem lepas lagi sampai lah dah habis sem tak pergi2 pun secret recipe kat segamat tu. takat lalu je mampu..adoi
walaupun dah plan baiknya dengan pija tp tetap tak sempat jugak..

so disebabkan keinginan membatasi segalanya. pada petang jumaat minggu lepas..terus saya tweet kawan baik saya sejak dr zaman kanak2 lagi. siapa lagi kalau bukan hidayah awaludin..
walaupun dia penat baru balik dr kerja tp dia sanggupkan jugak teman kawan dia yg sorang ni pergi wangsa walk semata-mata nak makan benda alah ni..
walaupun dia tak berapa minat kek2 ni tp dia tetap setia menemani kawan dia yg sorang ni makan kek (tp laju gak dia bedal kek saya..haha)
saya tau dia tak akan kecewakan kawan2 dia sebab tu saya sayang dia lebih3..hehe

tp saya tak dapat bayangkan bagaimana rupa dia sewaktu balik dr wangsa walk. berlari2 meredah hujan yg sgt lebat itu dgn berbaju kurung...haha

saya: aku sayang ko dayah
dayah: baru nak sayang lettu. habis lencun aku ni haa. nasib kau tu kawan aku..haha

sila like yea :D

friendship bbq party

amacam terliur tak tengok?



haa yg ni dah siap di panggang. jemput lah makan..hehe




dr petang semalam sampailah ke malam..saya ada bbq party bersama mereka. ktrg ni tak sah cuti kalau tak ada aktiviti untuk luang masa bersama..tapi siapa mereka tu?
dah tentu lah mereka2 dibawah ni..meh jenguk siapa insan2 bertuah tu..hee










ni hanya sebahagian drpd gambar2 yg ktrg sempat ambil. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ktrg luangkan masa bersama. dapat lah lepaskan rindu kt drg ni dan dapat jugak berjumpa dgn ucop yg dah bertahun2 tak jumpa.

bbq party yg sangat best dan happening. niat nak balik agak awal tp last2 7 jam jugak melekat kat rumah cot. biasa lah dah lama tak jumpa so banyak gosip lah kan..hehe dan jugak banyak gelakkkk
aktiviti ktrg seterusnya nak pergi main layang2 sambil berkelah plak..wee^_^
hope time tu ramai lagi yg dapat join..

sila like yea :D

2 hari lagi




eh ini aturcara apa ni??
haa kalau nak tau tunggu lah hari sabtu ini yea. wuu tak sabar rasanya ^_^

sila like yea :D

eh eh siapa ni? [2]


apakah motif gambar ini??

1) wah sedapnya pop-corn masuk angin itu?
2) eee~ tyn laparnya kau?
atau
3) saya kelihatan sangat comel dgn aksi itu?


yeahhh sudah tentu jawapan yg ketiga kan? hahaha tau dah..wee

saya nak kenalkan je 2 org yg berada disebelah saya tu..pija dan teha mereka ni lah teman study saya sepanjang semester lepas. choiii baru je 2 hari habis exam dah nak semester lepas sangat kan..haha

sem depan kita belajar sama2 lagi keyh. terima kasih sudi teman aku pergi library. akhirnya tercapai lah jugak aku nak study kat library spt dulu-kala..

tiba2 teringat kat hani,echa,nana,ama,jibah dgn cah..rindu nak study dgn drg. tp utk nana,jibah dgn cah walaupun jarak membatasi ktrg tp saya tetap kacau drg..haha. tanya apa yg saya tak faham untuk dapatkan kepastian. belajar melalui fon je yg mampu

sila like yea :D

terima kasih kawan

hidup ibarat roda..
kadang kala kita berada di atas..
kadang kala kita berada di bawah..


saat saya berada di bawah, hadir seseorang dalam hidup saya..

saat saya sedang bersedih, hadir seseorang "tyn, jangan lah menangis" (sambil usap kepala saya)
saat saya sedang menahan kesakitan, hadir seseorang "tyn, nak aku tolong sapukan ubat?"
saat saya sedang buntu memikirkan jawapan bg sesuatu soalan, hadir seseorang "tyn, boleh buat tak? meh sini aku ajar kau"
saat saya sedang kemurungan tanpa memikirkan soal diri, hadir seseorang "tyn, ko jangan lupa makan tau. nanti sakit"
saat saya sedang hilang semangat, hadir seseorang "tyn, good luck"
saat saya sedang buntu memikirkan masalah, hadir seseorang "tyn, dah lah tu tak payah fikir sangat. ingat kita datang sini sebab nak belajar je"
saat saya sedang menghadapi pelbagai masalah, hadir seseorang yg cuba membantu walaupun dirinya juga sedang menghadapi dugaan yg lebih hebat dr saya


siapa dan bagaimana saya boleh rapat dgn 'seseorang' tu?
semuanya bermula masa program komuniti tu

saya: pija nah adik angkat kau kasi
pija: perghh budak kecik ni kenakan aku
saya: eh bukan ek? hahaha

balik dr program tu time kelas bel

hana: tyn, pija nak air coklat kau. dia haus
saya: amek jela

melihat pija penuh khusyuk minum. terus saya menegurnya..

saya: eh pija..tu air aku. aku selsema
pija: perghhh aku sayang kau tynnnn

malam tu terus pija kena selsema jugak..virus selsema saya berjaya jugak di transferkan. hahaha
dan selepas tu ktrg terus rapat lebih2 lagi masa musim study week sebelum ni. saya banyak belajar dgn dia. dia seorang guru yg garang woo. banyak kali jugak saya kena marah...haha
sesuai lah dgn gaya saya yg lambat pick up ni tp dia tetap sabar ajar saya. disebabkan best belajar dgn dia..saya banyak tidur kat rumah dia. hanya tujuan untuk belajar je. saya ni pun jenis yg kurang sikit belajar kat rumah sendiri nanti cepat tidur. lagi2 bila nampak katil..tambahan lagi bila nampak laptop dan broadband!! oh yg ni dugaan lebih hebat..haha


terima kasih pija..
terima kasih untuk segalanya..
aku sayang kau..
aku sayang persahabatan kita..
sweet tak? hehe


setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah. mungkin ini salah satu hikmahnya. Allah ingin tunjukkan pada diri saya siapa rakan,kawan,sahabat dan teman yg sebenar

sila like yea :D

itu ini begitu begini

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

pernah dengar lirik ni? ni merupakan lagu terbaru mirwana feat altimet. saya suka dengar lagu ni..lebih2 lagi saya tertarik dgn lirik yg kat atas ni.
setiap lirik dalam lagu punyai maksud tersendiri kan dan bagi saya untuk lirik yg ni pun ada maksud yg cuba disampaikan..

lumrah dalam hidup kita..setiap manusia punyai pandangan dan persepsi yg berbeza. kadang2 membuatkan perbezaan persepsi ni punca tidak kesefahaman dikalangan kita. persoalan haruskah berlaku perselisihan faham?
hurm ada baik dan buruknya perselisihan faham ni. bagi saya sendiri kalau dr segi positif kita akan dapat mengenali seseorang tu dgn lebih dalam lagi. kita cuba terima pandangan dia walaupun ia sangat bertentangan dgn pandangan kita dan kita cuba berfikiran positif. mengapa dia berkata begitu?
andai kita dapat menerimanya dgn hati yg terbuka..insyaAllah tidak akan berlaku pertengkaran diantara kita tp jika kita berfikiran yg negatif. ingin menyatakan "ah betul apa aku cakap"
sifat yg terlalu yakin ini lah punca keegoan diri dan berlakunya perselisihan faham.

alamak kawan tak perlu lah macam ni..
adatlah setiap orang berbeza caranya. kalau kita ikhlas dgn seseorang tu..kita akan cuba terima cara seseorang tu dan andai kita tidak senang dgn cara seseorang tu cuba tegur dia dgn cara yg baik. tidak semua orang sempurnakan. Allah ciptakan manusia dgn pelbagai ragam. jadi apa salahnya kalau kita saling melengkapi, bantu-membantu, nasihat-menasihati..
bukan dgn cara mencari kelemahan seseorang itu je..

sekadar pengajaran yg dapat saya pelajari atas apa yg berlaku terhadap diri saya..

sila like yea :D

berakhir sudah

fuhhh Alhamdulillah berakhir sudah final exam untuk semester ni. bagaimana exam?
oh tidak tolong jangan tanya. ianya sangat tak okay. dgn study last minit, otak dah overload dan pelbagai masalah yg berlaku..ia sangat mendukacitakan.

ah dah nak ulas pasal exam. skrg fikir masa untuk enjoy. melepaskan segala tekanan dijiwa dan fikiran. habis je exam td terus pakat makan ramai2 dgn classmate semua. akhirnya dapat jugak makan dgn mira ahmad and the gang...wee~
org tu dah ada kereta. lepas ni boleh lah kita konvoi sama2 kan. nasi ayam jangan lupa tau mira..hehe;)


dan malam ni ingin luangkan masa bersama rakan saya yg lain
maka tutuplah sudah buku lama



p/s: tak semua apa yg berlaku pd saya..saya akan cerita di litarkehidupan ini. tidak bermaksud saya menghargai atau tidak menghargai apa yg berlaku terhadap diri saya

sila like yea :D

serik

pelik,

salahkah aku berbuat baik?

salahkah aku mengutamakan org yg berada disekeliling aku?

salahkah aku berpegang pada kata-kata aku?



apa itu kawan? apa itu persahabatan?

kalau nak diikutkan terlalu sukar untuk mentafsirkan erti persahabatan sebenar. setiap manusia punyai pandangan yg berbeza mengenainya. termasuk jugak dgn saya..
saya telah melakukan satu kesilapan terhadap diri sendiri.."tu la tyn lain kali jgn cepat percayakan orang"

skrg saya sudah pelajari kesilapan saya itu. keikhlasan yg selama ini saya cuba pertahankan terpaksa dikikis sedikit demi sedikit. mungkin ini cara terbaik. selama ini saya tidak pernah mengungkit keikhlasan saya terhadap seseorang. cukup satu ketika dulu keikhlasan saya dipermainkan. Demi Allah saya terimanya keranaNya

kepercayaan yg selama ini yg cuba saya tanamkan dan berfikiran positif terhadap orang yg berada disekeliling saya telah dirobek oleh mereka sendiri

dan kini saya terpaksa lupakan semua itu. selama ini tiada langsung istilah 'penat' dalam mengenali orang2 yg berada disekeliling saya tp istilah itu telah menguasai diri saya. saya tidak mengharap langsung balasan drpd orang disekeliling saya atas apa yg saya telah lakukan tp saya dituduh seolah2 sangat mengharap balasan. membuatkan keikhlasan saya dipertikaikan..


mulai hari ini, saya akan lebih utamakan diri saya sendiri dan
tidak akan lagi lakukan semua itu


sila like yea :D

menjadi diriku












maaf, andai diri ni tidak lagi spt yg kamu kenali dulu
maaf, andai perubahan diri ini membuat dirimu terasa
maaf, andai diri terlalu banyak kekurangan yg tidak dapat kamu terima

sila like yea :D

3 hanya untuk 2


menunggu hampir 3 jam hanya untuk dapatkan 2 jenis ubat ini!


gara-gara tidak dapat menahan kesakitan yg ditanggung terpaksa juga gagahkan diri untuk berjumpa dgn yg lebih arif dalam ilmu perubatan ni. terpaksa lah tunggu hampir 3 jam..



"ingat tyn, hanya bila perlu je ko makan ubat ni. jangan ketagih macam dulu!"



p/s: thanks kpd yg sudi menemani. maaf curi masa study kamu

sila like yea :D

walau ia...



walau terdapat kecalaran









namun









ia tetap 'kacak' spt dulu ^_^


tetap bagiku tiada perbezaan





en.raif: kenapa ada calar tu?
saya: langgar moto kawan..hehe
en.raif: hurm agak dah anak abah ni

sila like yea :D

sedih hati ini

ya Allah berat sungguh ujian dariMU ini..
aku tidak menyangka sampai ini tahapnya..
demi Allah aku tidak berniat untuk melakukan itu..
demi Allah aku tidak berniat untuk melupakan sesiapa..
demi Allah mereka sentiasa di ingatan aku..

sedih hati ini bila menggenangkannya..
aku tidak berada di situasi mereka dan mereka tidak berada di situasi aku..
mungkin itu salah aku dan aku tidak menyalahkan mereka..

ya Allah
hanya Engkau saja yg memahami apa yg tersirat dihatiku..
hanya Engkau saja yg mengerti setiap tindak-tanduk yg aku lakukan..
hanya Engkau saja yg mengetahui apa yg bermain di fikiranku..

aku tersepit diantara mereka..
aku cuba lakukan yg terbaik untuk mereka..
tp aku tidak mampu memuaskan hati semua pihak..
kerna aku hanya insan biasa..
andai itu salahku..
maafkan aku..

ya Allah,
aku mohon padaMU titipkanlah kasih sayang diantara kami agar kami lalui perjuangan ini bersama-sama dan sentiasa didalam redhaMU..
kekalkan lah persahabatan kami hingga ke syurgaMU


sila like yea :D

bukan semua orang

bukan semua orang boleh terima kita seadanya
bukan semua orang boleh terima cara kita
bukan semua orang boleh terima kebaikan kita
bukan semua orang boleh terima keburukan kita
bukan semua orang boleh terima keikhlasan kita


walau banyak mana pun 'bukan semua' tu saya tetap dgn cara saya. saya sayangkan mereka. saya tak pernah minta untuk dibalas apa yg saya lakukan.
saya lebih suka menjadi 'sahabat' kepada mereka walaupun diri ini sedar diri ini banyak kekurangan

bohonglah kalau saya katakan saya tidak pernah terasa hati dgn mereka tp ianya perkara biasa dalam persahabatan. saya lebih banyak berdiam jika ada sesuatu yg menyentuh atau melukakan hati saya kerana saya ingin menjaga persahabatan ini sebaiknya. saya sayangkan mereka

biarpun diri ini sering diketepikan. biarpun ia menyakitkan hati tp saya tetap "krg dah makan?"
ya! menggambil berat tentang mereka
saya rela merendahkan keegoan saya demi menjaga hadiah persahabatan ini kerana saya sayangkan mereka


tak perlu mempertikaikan keikhlasan saya dan tak perlu menuduh yg sebarang tentang diri saya..


tp apakan daya saya "mulut orang bukan kita boleh jaga"

sila like yea :D