serius dah tak nak!

ini kisah semalam punya cerita tp baru hari ni nak update.ah tak kisah walaupun dah agak expired punya cerita tp mau ceritakan jugak.

dalam pukul 1 lebih tengahari semalam. selesai je makan tengahari. dah basuh pinggan semua terus saya ke ruang tamu. tiba-tiba..


saya: eh nadia, ko nak pergi skrg ke?

nadia: yela, dah semangat ni
saya: ko biar betul. panas ni
nadia: payung kan ada

saya: ko pergi sorang2 ke ni?
nadia: yela, ko nak ikut tak?

saya: jalan kaki?

nadia: yela, aku nak berjalan


gila lah housemate saya sorang ni. ingatkan dia main2 je nak jalan kaki pergi petronas. dia ni kadang2 bukannya betul sangat pun. bukan saya je yg terkejut tengok dia tiba2 dah bersiap pakai tudung sambil bawak payung dia tu. housemate yg lain pun terkejut..

saya: ko tunggu jap. aku ikut

beberapa minit kemudian..bermula lah kisah kami. berjalan kaki ke petronas yg terletak berhampiran dgn rumah sewa ktrg ni. erk nak kata agak jauh pun boleh tahan jauh jugak..


saya: ko ni gila betul la nadia. kalau petang boleh tahan lagi. ni tengahari. panas tau tak

nadia: panas ke? kejap bukak payung
saya: eh tak payah. malu lah weh

nadia: hahaha
saya: ko serius ke ni nak jalan kaki? kereta kan ada

nadia: betul lah. aku nak berjalan. nanti aku tak berjalan tak boleh study

saya: jauh ni petronas

nadia: mana ada jauh dekat je. tu dah nampak petronas..hahaha



uishh entah berapa kali ktrg kena hon dgn kereta2,moto2 dan lori2 pun tak tau lah. boleh dikatakan tiap kali kereta,moto or lori lalu mesti drg hon kat ktrg punya lah. tau lah ktrg ni cun dan comel tak perlulah kan nak hon2..haha boleh tak camtu?

tp tiba-tiba ada satu kereta ni lalu..



saya: weh yg ko pergi bye2 kereta tu kenapa?

nadia: dah dia hon. aku bye2 lah..

saya: sengal. dah lah pakcik tua. kalau muda tak apa lagi..

nadia: pakcik tua ke? aku main bye2 je tak nampak muka
..hahaha
saya: eee ko ni memalukan aku jela..hahaha

nadia: hahaha. dah jom lintas tak ada kereta ni..

saya: cis lalu je lintas. kalau tak..

nadia: diam! hahaha (kes penakut nk lintas jalan) tak ada lah jauh mana kan petronas
saya: banyak lah ko tak jauh

nadia: hahaha..eee apa tu? anjing mati lah

saya: mana?

nadia: tu kat sana. sini selalu tau anjing mati.

saya: yeke? tak pernah nampak pun

nadia: hari tu kat situ...eee gelinya tengok dia
saya: erk ok besar jugak anjing tu



maka lintas lah ktrg di hadapan bangkai anjing itu..



saya: uishhh busuk giler bau dia
nadia: waaa busuknya..buwekkkk

saya: weh ko jangan nak muntah kat tepi jalan ni. malu aku

nadia: huuu busuk. tak tahan

saya: tau tak apa. kuat giler bau dia. ni semua ko punya pasal. aku dah tak nak ikut ko jalan kaki pergi petronas dah

nadia: yg ko ikut kenapa

saya: tak kan aku nak biarkan ko pergi sorang2 kena culik kang

nadia: hahaha..ni semua idea jojo. jojo tipu. dia kata best jalan kaki pergi petronas

saya: bila nak sampai petronas ni
? tak tahan..waaa
nadia: waaa..jauhnya petronas
saya: ah ko time ni lah baru nak kata jauh



oleh kerana tak tahan bau yg seharum semerbak kasturi tu. terus saya keluarkn fon dan..



saya: atieeeeeeeeeee...amek ktrg kat petronassssss. waaaa aku menyesal ikut nadiaaaaa

atie: hahaha..haa ok2 aku pergi amek skrg. hahahaha



saya: menyesal aku ikut ko nadia. dah lepas ni tak nak ikut kerja giler ko ni dah

nadia: hahaha...waa suruh atie amek cepat. aku tak sanggup nak jalan kaki dah. orang gelap tu sebok nak hai2 lak

saya: hahaha..abang petronas tu tengok je kita dr jauh ko tau
nadia: hahaha..dah lah pergi petronas semata2 nak beli aiskrim
saya: tak tau apa. buat malu je. dgn payung ko lagi. dah2 cepat sikit jalan tu. malu ni. buat macam biasa macam tak ada apa2 berlaku..hahaha

nadia: hahaha



serius ni lah kali pertama dan terakhir saya jalan kaki pergi petronas. lepas ni dah tak nak! dah lah pergi semata-mata nak beli aiskrim je. aishh tak dapat bayangkan kalau atie tak amek ktrg. nak meredah bangkai anjing tu lagi sekali. orang gelap yg dok kacau ktrg. yg hon2 tu tak payah cakap lah kan..
abg petronas tu pun dok pandang je time ktrg nak balik tu. pelik kot tengok ktrg. yela dtg jalan kaki...balik naik kereta. hahaha


Align Center
hana, atyn, nadia, jojo

sila like yea :D