ibarat ranting kayu

erghhh penatnya pagi ni. pagi2 lagi saya dah kena kuatkan segala kudrat saya untuk melakukan sesuatu yg saya tidak rancang. terpaksa korbankan masa rehat saya untuk laksanakannya tp demi untuk menjaga kepuasan orang lain saya kena jugak kuatkan diri ni wlpn saya tau apa yg akan terjadi nanti dan skrg biarlah saya alaminya seorang diri. tiada siapa yg mampu membantu kerana ianya kuasa dr Tuhan. hanya pada Dia saja yg saya mampu mengadu dan minta untuk memulihkan keadaan saya


ingat lagi sewaktu modul time diploma dulu. fasi ada bertanya "fikirkan suatu benda atau objek yg menggambarkan diri kamu"
dan saya ibaratkan diri saya umpama ranting kayu.

kayu pada dasarnya bersifat sesuatu yg keras dan tahan lasak tp hakikatnya ranting kayu ia mudah untuk dipatahkan.
begitu juga dgn saya..
pada luaran mungkin orang lihat saya seorang yg kuat. kuat hadapi dugaan. kuat menahan sesuatu perasaan tp hanya diri ini saja yg tahu apa kelemahan yg tersembunyi dalam diri saya.
saya bukan kuat spt yg orang sangkakan. saya cuba sembunyikan betapa lemahnya saya dihadapan orang ramai..
dan banyak lagi perkara yg cuba saya sembunyikan sebab saya tak nak menyusahkan sesiapa atau merisaukan sesiapa

sebab itulah ada sebab mengapa saya melakukan atau tidak melakukan sesuatu






p/s: untuk perasaan 'itu' saya harus lupakannya. maaf..

sila like yea :D

0 comments: