pengorbanan yg tidak berbaloi


fuh selesai jugak minggu yg penuh kebizian ni. erk ada ke minggu yg saya tak bizi? ah tapi minggu ni saya sangat keletihan spt minggu2 sebelum ni.

tambah lagi penat bila terpaksa bersengkang mata menahan mengantuk sampai lewat malam!!
tambah penat lagi bila last minit baru tau jurnal yg ktrg cari tak berapa nak relate dgn subjek ktrg!!
tambah penat lagi bila report yg saya dah buat separuh jalan terpaksa delete balik!!

tambah penat lagi bila last minit ktrg terpaksa cari jurnal baru dan buat report yg baru!!


jam 2.30 pagi..

saya: nad nanti kejut aku tau. nak sambung buat report ni

nad: haa ok2


jam 3.30 pagi..
(oleh kerana nad tak kejut saya dgn inisiatif saya sendiri untuk membangunkan diri ni untuk sambung buat kerja yg tertunggak tu)

saya: banyak lagi ke tak siap?

nad: aku punya dah nak siap ni
saya: (hanya mengangguk dlm keadaan mamai) yg lain dah tdo ke?

nad: aah

(terus saya sambung buat kerja dan tertidur atas sofa...zZz)

jam 4 pagi..


saya: ko tak ngantuk ke?
nad: tak. ko pergi jela tidur dlm bilik tu..

saya: tak nak
nad: pergi jela tidur

saya: tak nak. aku nak teman ko

nad: aishh pergi jela..

(oleh krn tak nak dengar nad membebel terus saya tidur atas sofa tu balik..haha perit uh telinga kalau dia membebel)

jam 4.30 pagi..
(dlm keadaan yg sangat mamai)


saya: ko tak nak tidur lagi ke?

nad: kejap lagi aku tidur lah. nak tunggu subuh..kang aku dah tidur memang tak bangun aku nanti
saya: lambat lagi lah subuh. nanti aku kejut lah ko subuh. jom lah tidur..esok kat kelas ko pening kepala nanti. mata ko dah merah dah tu

nad: memang lah sbb tak tidur lagi

saya: camtu jom lah tidur

nad: ko pergi jela tidur dulu. nanti aku tidur lah

saya: tak nak. aku nak teman ko

nad: pergi lah masuk bilik tu. nak aku marah ko ke

saya: tak nak

nad: aku kata pergi tidur tu pergi jela tidur. kang aku marah ko kang

saya: tak nak..
(terus sambung tidur balik gara-gara tak nak dengar nad bebel lagi..haha)


akhirnya jam 4.45 pagi..berjaya jugak saya hasut dia tidur setelah beberapa kali gaduh dgn dia. HAHAHA
tu pun lepas saya ugut dia "ko tak nak tidur aku pun tak nak tidur jugak!!"

saya terpaksa korbankan waktu tidur saya gara-gara esok harinya ktrg kena hantar report tu dan present. sampaikan esok paginya ktrg tak pergi kelas untuk sambung saki-baki report tu. dah tak pasal2 tertinggal 2 chapter untuk subjek corporate finance yg sememangnya subjek itu amatlah 'MUDAH' untuk difahami..


tp bila kelas petangnya itu..time yg sepatutnya ktrg hantar report dgn presentation. ktrg dimaklumkan bahawasanya giliran group ktrg ditunda ke minggu depan dan ktrg terpaksa EDIT semula report ktrg tu gara-gara tajuk ktrg lebih kurang sama dgn group lain..



OH IANYA SANGAT TAK BERBALOI OKAY!!!
- tidur lambat sampai lewat malam..

- gaduh dgn nad sampai pukul 4.45 pagi..

- paling tak berbaloi terpaksa ponteng 1 kelas!



hurm dugaan~

sila like yea :D

0 comments: