malam yg hening itu....

di satu malam yg hening..saya dan juga ditemani oleh seorang housemate saya (nad) bawak seorang lagi housemate saya (jojo) yg sakit pergi hospital. maka pergilah ktrg bertiga pada tgh2 malam ke hospital segamat yg agak jauh sikit lah dr uma sewa ktrg ni..

Alhamdulillah tak ramai orang time tu jadi cepat je giliran jojo. tak macam saya hari tu..lama giler nak tunggu nama dipanggil tp kali ni berbeza sikit dgn ko. walaupun nama saya dipanggil lambat tpkuar dr bilik doc tak ada lah lama sangat tp jojo???

maka bermulalah perbualan antara saya dan juga nad. (perbualan yg telah diubah suai sikit tp tak lari yg asal punya)


saya: eh mana jojo ni tak kuar2 lagi?
nad: weh jangan lah cuakkan aku. aku risau ni. menyesal aku kuar td
saya: tu lah ko..yg ko pergi kuar kenapa dok jela dalam tu teman jojo
nad: aku mana tau boleh tunggu kat dalam. kang tak pasal2 nurse tu cakap "dik, tunggu kat luar yea" wuu malu aku nanti. baik aku kuar dulu
saya: boleh jela tunggu kat dalam. atie hari tu diri je sebelah aku.
nad: mana aku tauuu
saya: tengok kan dah susah nak tau apa jd kat jojo..
nad: alaaa ko jangan lah cakap. aku risau ni
saya: tak apa lah kita tunggu je


hampir setengah jam menunggu...giliran pesakit untuk berjumpa dgn doc tu dah bersaling ganti tp jojo??


saya: tak boleh ke kita tanya nurse tu ek? tp nak tanya macamana
nad: tu lah pasal tak kan nak tanya "mana kawan saya?" malu wehhhh
saya: dah tu kenapa ko kuar gedix kuar
nad: orang sebelum jojo td kena tahan kat dalam tu. mak dia kuar bagitau anak dia kena masuk air. aku risau ni jojo tak kuar2 lagi
saya: weh lama ke kena masuk air ni? aku tak pernah kena
nad: aku pun. kejap aku tanya nazirah. dia pernah masuk air..(terus call nazirah) weh nazirah kata memang lama masuk air ni
saya: jojo pun kena masuk air jugak ke ni
nad: wei aku tak tahu
saya: nurse ni tak nak panggil waris jojo ke. senyap je...
nad: ko jangan lah ke hulu-hilir. bertambah risau aku..
saya: sakit bontot lah dok lama2
nad: ko tengok lah tv tu
saya: bosan lah cerita merah putih ni. entah apa2 je. weh ko tak sejuk ke
nad: sejuk je
saya: boleh tak aku nak tutup kipas ni?
nad: tutup je


dah bermacam2 pesakit ktrg jumpa. ada yg patah kaki..ada yg macam eksiden kot. game kat hanset jojo pun dah puas main. dah bermacam2 broad saya usha..pasal rokok,etika hospital dan segala broad yg ada lah sementara nak tunggu jojo kuar tp sejam telah berlalu. jojo masih belum kuar lagi dr bilik doc


saya: weh tinggal kita berdua je ni. td ada lah jugak orang
nad: wuu aku tak tau. risau...weh jojo ni kena tahan wad ke?
saya: entah lah. yela kot. kalau jojo kena tahan siapa nak teman. kita mmg tak boleh lah esok ada present bel.
nad: anis jela
saya: nurse ni pun bukan nak bagitau kita apa2. nak msg jojo hanset dia kat kita
nad: menyesal aku kuar td
saya: tau tak apa. ko dok dalam boleh lah msg aku apa yg terjadi kt dalam tu. aku rasa macam nak masuk je


beberapa minit kemudian


saya: hah tu pun jojo. jom!
nad: weh ko buat apa kat dalam tu
jojo: aku tak sedar pun jam pukul berapa. tau2 je orang tu kejut "dik bangun"
saya: ceh ko boleh tidur kat dalam. ktrg kat luar dah bermacam2 andaian ko tau
nad: entah. dah macam2 pikir pasal ko. kena tahan lah. ko boleh tidur kat dalam tu



kesimpulannya: berfikiran jauh mmg bagus untuk maju ke hadapan tp janganlah keterlaluan..HAHA
buat penat saya je buat macam2 andaian. siap dah pikir apa patut buat lepas ni untuk jojo tp oh housemateku buat lawak malam itu



tp keesokkannya..
sedang saya masuk bilik anis untuk pinjam gunting untuk potong salonpas tampal kat dahi gara2 peningku yg makin melarat tiba2 anis bersuara

anis: eh tyn ko demam ni sbb bawak jojo pergi hospital ke?
saya: bukanlah!! aku kena hujan panas lah!

ceh apa jenis punya soalan lah housemate saya yg seorang ni..
erk ok sebenarnya balik je dr hospital tu saya dah mula rasa tak sedap badan. lagi2 pada bahagian tekak. kepala pun dah mula rasa pening dan esoknya saya DEMAM!!
tp boleh pulak si anis ni buat lawak tanya soalan SPM tu. tak ada kaitan langsung punca demam saya ni dgn pergi hospital semalam..haha

sila like yea :D

1 comments:

jojo | tka said...[Reply to comment]

amboi anis..maknenye aku la penyebab ko demam..haha..

thanks sbb snggup tunggu ak 1 jam kt lua tu..ak kt dlm pn cuak jgk weh..nk je ak lari kua dr wad tu..menakutkan..:D