gotong-royong beramal

Alhamdulillah 19 nov yg lepas berlangsungnya program khidmat masyarakat untuk subjek personal development. saya pasti budak degree uitm yg lain pun lagi2 budak fakulti perniagaan ni mesti kena buat jugak khidmat masyarakat sbg salah satu tugas untuk semester drg. saya pun tak terkecuali drpd program tersebut. untuk tugasan budak kelas saya dgn gabungan kelas fin 3C..ktrg kena bersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan di kg tungku tiga,segamat..

masa tarikh tu saya masih lagi dalam keadaan demam tp terpaksa jugak gagahkan diri untuk join program khidmat masyarakat tu. nak buat macamana ada markah seyh untuk kehadiran. so memang kena pergi walaupun dalam keadaan demam tp nasib baik time tu demam saya dah kebah sikit. so ada lah kekuatan sikit nak buat kerja tu tp agak terharu jugak bila classmate yg lain semua ambil berat ttg saya. keluar je kereta terus diaju pelbagai soalan

"tyn, dah ok ke ni?"
"dah sihat ke?"

"boleh buat kerja tak ni? tak boleh ko dok tepi je nanti"

"eh badan ko panas lagi lah. dah makan ubat belum?"


serius sangat terharu masa tu. syukur sangat dapat classmate macam drg..sangat prihatin.

secara ringkas ktrg ada 2 sesi..sesi pagi bersihkan kawasan kubur. tengahari dgn petang bersihkan kawasan masjid pulak. masa program ni jugak ada sebahagian drpd ktrg tolong makcik2 kg tu masak. fuh best seyh dapat makan masakan kg..lagi makan daun turi. 1st time saya makan ni..hehe.
ok lah tak nak bercerita panjang. jom tengok gambar2 ktrg sepanjang khidmat masyarakat tu. antara aktiviti ktrg..

ketibaan student uitm








senaman pagi



bersihkan kawasan kubur








bersihkan kawasan masjid

















selesai sudah kerja



Alhamdulillah AJK masjid dgn penduduk kg tungku tiga berpuas hati dgn hasil kerja ktrg. masa majlis penutup tu pun sampaikan ada makcik yg menangis sbb nak berpisah dgn ktrg. terharu seyh. apa2 pun memang seronok sangat program khidmat masyarakat ni. walaupun saya banyak kena bebel dgn classmate. siap kena cubit pun ada sbb degil nak buat kerja jugak..haha

sila like yea :D

0 comments: