ayuh kuatkan jihad hati




ooo...burung pun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik kalbu

ooo...angin pun menari
mencari erti
adakah ini fitrah
atau perhiasan nafsu

didalam sunyi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk datang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu


lagu ni hasil suggestion dr seorang kawan saya, amalina misron, untuk saya. ktrg ni memang selalu tukar2 lagu nasyid yg best didengar. lirik lagu ni memang superb..
kenapa?
sebab ia memang kena dgn perasaan saya sekarang ni. oh memang sayang lebih lah dekat kawan saya ni. seolah2 dia memahami apa yg dialami oleh kawan dia ni..
berkat dah berkenalan 5 tahun kot..hehe

saya kena kuat hadapi semua ni. banyakkan bersabar. bak kata hana "tak apa tyn ko jihad hati namanya ni"
yeahhh fatin boleh punya... ^_^

sila like yea :D

jika aku sahabat sejati



Jika aku sahabat sejati, aku akan mengerti ketika kau berkata "aku lupa"

Jika aku sahabat sejati, aku akan menunggu ketika kau berkata "tunggu aku"

Jika aku sahabat sejati, aku akan tetap disisi ketika kau berkata "tinggalkan aku"

Jika aku sahabat sejati, aku akan tetap membuka pintu meskipun kau belum mengetuk dan berkata "bolehkah aku masuk"


Jika aku sahabat sejati, aku takkan hanya melupakan kau namun aku akan cuba memaafkan kau

Jika aku sahabat sejati, aku takkan hanya mendengar kau namun aku akan cuba mengerti kau
Jika aku sahabat sejati, aku takkan hanya melihat kau namun aku akan cuba membantu kau Jika aku sahabat sejati, aku takkan hanya melepaskan kau namun aku akan cuba mempertahankan kau

tp layakkah aku digelar sahabat sejati?
maafkan aku teman..aku masih belum sampai ke tahap itu dan sedang mencuba untuk menjadi sahabat sejati untuk kau tp diri ini sering melakukan kesilapan terhadap dirimu.
maafkan diriku wahai teman..

surah amsal, 17:17
seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran


sila like yea :D

gotong-royong beramal

Alhamdulillah 19 nov yg lepas berlangsungnya program khidmat masyarakat untuk subjek personal development. saya pasti budak degree uitm yg lain pun lagi2 budak fakulti perniagaan ni mesti kena buat jugak khidmat masyarakat sbg salah satu tugas untuk semester drg. saya pun tak terkecuali drpd program tersebut. untuk tugasan budak kelas saya dgn gabungan kelas fin 3C..ktrg kena bersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan di kg tungku tiga,segamat..

masa tarikh tu saya masih lagi dalam keadaan demam tp terpaksa jugak gagahkan diri untuk join program khidmat masyarakat tu. nak buat macamana ada markah seyh untuk kehadiran. so memang kena pergi walaupun dalam keadaan demam tp nasib baik time tu demam saya dah kebah sikit. so ada lah kekuatan sikit nak buat kerja tu tp agak terharu jugak bila classmate yg lain semua ambil berat ttg saya. keluar je kereta terus diaju pelbagai soalan

"tyn, dah ok ke ni?"
"dah sihat ke?"

"boleh buat kerja tak ni? tak boleh ko dok tepi je nanti"

"eh badan ko panas lagi lah. dah makan ubat belum?"


serius sangat terharu masa tu. syukur sangat dapat classmate macam drg..sangat prihatin.

secara ringkas ktrg ada 2 sesi..sesi pagi bersihkan kawasan kubur. tengahari dgn petang bersihkan kawasan masjid pulak. masa program ni jugak ada sebahagian drpd ktrg tolong makcik2 kg tu masak. fuh best seyh dapat makan masakan kg..lagi makan daun turi. 1st time saya makan ni..hehe.
ok lah tak nak bercerita panjang. jom tengok gambar2 ktrg sepanjang khidmat masyarakat tu. antara aktiviti ktrg..

ketibaan student uitm








senaman pagi



bersihkan kawasan kubur








bersihkan kawasan masjid

















selesai sudah kerja



Alhamdulillah AJK masjid dgn penduduk kg tungku tiga berpuas hati dgn hasil kerja ktrg. masa majlis penutup tu pun sampaikan ada makcik yg menangis sbb nak berpisah dgn ktrg. terharu seyh. apa2 pun memang seronok sangat program khidmat masyarakat ni. walaupun saya banyak kena bebel dgn classmate. siap kena cubit pun ada sbb degil nak buat kerja jugak..haha

sila like yea :D

pengorbanan yg tidak berbaloi


fuh selesai jugak minggu yg penuh kebizian ni. erk ada ke minggu yg saya tak bizi? ah tapi minggu ni saya sangat keletihan spt minggu2 sebelum ni.

tambah lagi penat bila terpaksa bersengkang mata menahan mengantuk sampai lewat malam!!
tambah penat lagi bila last minit baru tau jurnal yg ktrg cari tak berapa nak relate dgn subjek ktrg!!
tambah penat lagi bila report yg saya dah buat separuh jalan terpaksa delete balik!!

tambah penat lagi bila last minit ktrg terpaksa cari jurnal baru dan buat report yg baru!!


jam 2.30 pagi..

saya: nad nanti kejut aku tau. nak sambung buat report ni

nad: haa ok2


jam 3.30 pagi..
(oleh kerana nad tak kejut saya dgn inisiatif saya sendiri untuk membangunkan diri ni untuk sambung buat kerja yg tertunggak tu)

saya: banyak lagi ke tak siap?

nad: aku punya dah nak siap ni
saya: (hanya mengangguk dlm keadaan mamai) yg lain dah tdo ke?

nad: aah

(terus saya sambung buat kerja dan tertidur atas sofa...zZz)

jam 4 pagi..


saya: ko tak ngantuk ke?
nad: tak. ko pergi jela tidur dlm bilik tu..

saya: tak nak
nad: pergi jela tidur

saya: tak nak. aku nak teman ko

nad: aishh pergi jela..

(oleh krn tak nak dengar nad membebel terus saya tidur atas sofa tu balik..haha perit uh telinga kalau dia membebel)

jam 4.30 pagi..
(dlm keadaan yg sangat mamai)


saya: ko tak nak tidur lagi ke?

nad: kejap lagi aku tidur lah. nak tunggu subuh..kang aku dah tidur memang tak bangun aku nanti
saya: lambat lagi lah subuh. nanti aku kejut lah ko subuh. jom lah tidur..esok kat kelas ko pening kepala nanti. mata ko dah merah dah tu

nad: memang lah sbb tak tidur lagi

saya: camtu jom lah tidur

nad: ko pergi jela tidur dulu. nanti aku tidur lah

saya: tak nak. aku nak teman ko

nad: pergi lah masuk bilik tu. nak aku marah ko ke

saya: tak nak

nad: aku kata pergi tidur tu pergi jela tidur. kang aku marah ko kang

saya: tak nak..
(terus sambung tidur balik gara-gara tak nak dengar nad bebel lagi..haha)


akhirnya jam 4.45 pagi..berjaya jugak saya hasut dia tidur setelah beberapa kali gaduh dgn dia. HAHAHA
tu pun lepas saya ugut dia "ko tak nak tidur aku pun tak nak tidur jugak!!"

saya terpaksa korbankan waktu tidur saya gara-gara esok harinya ktrg kena hantar report tu dan present. sampaikan esok paginya ktrg tak pergi kelas untuk sambung saki-baki report tu. dah tak pasal2 tertinggal 2 chapter untuk subjek corporate finance yg sememangnya subjek itu amatlah 'MUDAH' untuk difahami..


tp bila kelas petangnya itu..time yg sepatutnya ktrg hantar report dgn presentation. ktrg dimaklumkan bahawasanya giliran group ktrg ditunda ke minggu depan dan ktrg terpaksa EDIT semula report ktrg tu gara-gara tajuk ktrg lebih kurang sama dgn group lain..



OH IANYA SANGAT TAK BERBALOI OKAY!!!
- tidur lambat sampai lewat malam..

- gaduh dgn nad sampai pukul 4.45 pagi..

- paling tak berbaloi terpaksa ponteng 1 kelas!



hurm dugaan~

sila like yea :D

cepatlah jatuh!!



cuba kira ada berapa bijik semuanya??? - pokok depan uma sewa

sila like yea :D

eh eh siapa ni?


ini daya salmat dan juga meeya suhairi
mereka classmate saya
mereka request suruh letak gambar mereka dlm blog saya
jadi gambar ini yg menjadi pujaan hatiku..HAHA

sila like yea :D

saya yg kena

oleh kerana post ini

l
l
l
l
v


saya yg kena. tak pasal2 adik kem saya tegur "saya pelik"

cis tak guna punya housemate saya si nur nadira abdul rahim ni. saya bagi peluang dia update blog saya ni. kononnya nak ajar dia pasal blogging..
tengok2 ciput ni je dia update...sengal betul nad

sila like yea :D

aku nak try jew

nanti x jadi delete la blek

sila like yea :D

malam yg hening itu....

di satu malam yg hening..saya dan juga ditemani oleh seorang housemate saya (nad) bawak seorang lagi housemate saya (jojo) yg sakit pergi hospital. maka pergilah ktrg bertiga pada tgh2 malam ke hospital segamat yg agak jauh sikit lah dr uma sewa ktrg ni..

Alhamdulillah tak ramai orang time tu jadi cepat je giliran jojo. tak macam saya hari tu..lama giler nak tunggu nama dipanggil tp kali ni berbeza sikit dgn ko. walaupun nama saya dipanggil lambat tpkuar dr bilik doc tak ada lah lama sangat tp jojo???

maka bermulalah perbualan antara saya dan juga nad. (perbualan yg telah diubah suai sikit tp tak lari yg asal punya)


saya: eh mana jojo ni tak kuar2 lagi?
nad: weh jangan lah cuakkan aku. aku risau ni. menyesal aku kuar td
saya: tu lah ko..yg ko pergi kuar kenapa dok jela dalam tu teman jojo
nad: aku mana tau boleh tunggu kat dalam. kang tak pasal2 nurse tu cakap "dik, tunggu kat luar yea" wuu malu aku nanti. baik aku kuar dulu
saya: boleh jela tunggu kat dalam. atie hari tu diri je sebelah aku.
nad: mana aku tauuu
saya: tengok kan dah susah nak tau apa jd kat jojo..
nad: alaaa ko jangan lah cakap. aku risau ni
saya: tak apa lah kita tunggu je


hampir setengah jam menunggu...giliran pesakit untuk berjumpa dgn doc tu dah bersaling ganti tp jojo??


saya: tak boleh ke kita tanya nurse tu ek? tp nak tanya macamana
nad: tu lah pasal tak kan nak tanya "mana kawan saya?" malu wehhhh
saya: dah tu kenapa ko kuar gedix kuar
nad: orang sebelum jojo td kena tahan kat dalam tu. mak dia kuar bagitau anak dia kena masuk air. aku risau ni jojo tak kuar2 lagi
saya: weh lama ke kena masuk air ni? aku tak pernah kena
nad: aku pun. kejap aku tanya nazirah. dia pernah masuk air..(terus call nazirah) weh nazirah kata memang lama masuk air ni
saya: jojo pun kena masuk air jugak ke ni
nad: wei aku tak tahu
saya: nurse ni tak nak panggil waris jojo ke. senyap je...
nad: ko jangan lah ke hulu-hilir. bertambah risau aku..
saya: sakit bontot lah dok lama2
nad: ko tengok lah tv tu
saya: bosan lah cerita merah putih ni. entah apa2 je. weh ko tak sejuk ke
nad: sejuk je
saya: boleh tak aku nak tutup kipas ni?
nad: tutup je


dah bermacam2 pesakit ktrg jumpa. ada yg patah kaki..ada yg macam eksiden kot. game kat hanset jojo pun dah puas main. dah bermacam2 broad saya usha..pasal rokok,etika hospital dan segala broad yg ada lah sementara nak tunggu jojo kuar tp sejam telah berlalu. jojo masih belum kuar lagi dr bilik doc


saya: weh tinggal kita berdua je ni. td ada lah jugak orang
nad: wuu aku tak tau. risau...weh jojo ni kena tahan wad ke?
saya: entah lah. yela kot. kalau jojo kena tahan siapa nak teman. kita mmg tak boleh lah esok ada present bel.
nad: anis jela
saya: nurse ni pun bukan nak bagitau kita apa2. nak msg jojo hanset dia kat kita
nad: menyesal aku kuar td
saya: tau tak apa. ko dok dalam boleh lah msg aku apa yg terjadi kt dalam tu. aku rasa macam nak masuk je


beberapa minit kemudian


saya: hah tu pun jojo. jom!
nad: weh ko buat apa kat dalam tu
jojo: aku tak sedar pun jam pukul berapa. tau2 je orang tu kejut "dik bangun"
saya: ceh ko boleh tidur kat dalam. ktrg kat luar dah bermacam2 andaian ko tau
nad: entah. dah macam2 pikir pasal ko. kena tahan lah. ko boleh tidur kat dalam tu



kesimpulannya: berfikiran jauh mmg bagus untuk maju ke hadapan tp janganlah keterlaluan..HAHA
buat penat saya je buat macam2 andaian. siap dah pikir apa patut buat lepas ni untuk jojo tp oh housemateku buat lawak malam itu



tp keesokkannya..
sedang saya masuk bilik anis untuk pinjam gunting untuk potong salonpas tampal kat dahi gara2 peningku yg makin melarat tiba2 anis bersuara

anis: eh tyn ko demam ni sbb bawak jojo pergi hospital ke?
saya: bukanlah!! aku kena hujan panas lah!

ceh apa jenis punya soalan lah housemate saya yg seorang ni..
erk ok sebenarnya balik je dr hospital tu saya dah mula rasa tak sedap badan. lagi2 pada bahagian tekak. kepala pun dah mula rasa pening dan esoknya saya DEMAM!!
tp boleh pulak si anis ni buat lawak tanya soalan SPM tu. tak ada kaitan langsung punca demam saya ni dgn pergi hospital semalam..haha

sila like yea :D

diaju pelbagai soalan

"akk ada exam ke?"




"bila akk exam?"




"assignment boleh buat tak?"




"test hari tu boleh buat tak?"




"macamana result test?"




"teruk sangat ke?"




"degree ni boleh score lagi tak?"



setiap soalan yg diajukan..setiap itu lah jawapan yg agak menghampakan saya berikan.
terasa makin cuak plak dgn soalan2 dr ibu ni.
mampukah saya untuk degree ni???


JAWAPANNYA : bergantung pada usaha saya sendiri!!
ok nak sambung siapkan saki-baki assignment saya yg menggunung tu

sila like yea :D

cuti yg stress! apakah?


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~


apa itu cuti yg stress????




cuti yg stress itu bila mana anda diberi cuti selama 7 hari!




dan setiap 1 hari itu mewakili 1 assignment!




tambah stress lagi




bila mana kesemua assignment2 itu kena hantar MINGGU DEPAN!





dan tambahan stress lagi





bila mana MINGGU DEPAN ada test!





oh saya memang robot!!!!

sila like yea :D

"aku tak nak kawan dgn ko"

eh korang ingat lagi tak masa zaman kecik2 dulu kalau gaduh dgn kawan apa yg korang buat? tentu akan ada keluar ayat macam ni kan?

"aku tak nak kawan dgn ko"

betul tak?

lepas cakap macam tu..10 minit kemudian baik balik dgn kawan tu. siap main sama2 lagi..haha. terus lupa ayat yg kita keluarkan td tu..ouh sgt comel zaman kanak2 dulu tp skg saya masih comel jugak..haha

ingatkan bila dah besar ni dah tak guna 'tak nak kawan' ni tp terjadi jugak. tp tak ada lah guna ayat yg tak matang tu kan..
ini lah buat pertama kali saya buat keputusan untuk memutuskan persahabatan dgn seorang rakan saya. nak atau tak saya kena jugak putuskan persahabatan yg sekian lama terjalin. bukan saya sengaja berbuat demikian. ada sebab2 tertentu kenapa saya lakukan benda ni. saya tau tak elok memutuskan silaturrahim ni tp saya tak ada pilihan. itu yg terbaik untuk saya..

bila difikirkan betul2 sepatutnya dr dulu lagi saya buat macam ni. tak guna jugak ada kawan macam ni. hurmm

"maaf kawan, aku terpaksa putuskan persahabatan kita. ni untuk kebaikan aku dan ko. jangan lah ko cari aku. aku pn tak akan hubungi ko lagi. buang aku jauh2 dr hidup ko dan aku pn akan lakukan perkara yg sama juga. anggaplah ko tak pernah kenal siapa itu fatin akmal"

sila like yea :D

makna raya korban tahun ini




dikesempatan ini saya pun nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua umat islam. semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t..
dulu time kecik mmg tak lepaskan lah tengok lembu2 dikorbankan tp hanya mampu tengok dr jauh jela. tengok dekat2 nanti menangis. almaklumlah hati saya ni lembut..haha

bila sebut pasal raya haji perkataan yg sinonim time raya ni adalah pengorbanan. berbagai tafsiran seseorang mengenai erti pengorbanan itu sendiri dan bagi saya erti pengorbanan itu ialah:


1) korbankan masa on9 untuk siapkan assignment!
2) korbankan masa blogging untuk siapkan assignment!
3) korbankan masa tidur untuk siapkan assignment!
4) korbankan masa mandi untuk siapkan assignment! (oit2 tak bermaksud saya tak mandi tau cuma mandi cepat2 je..haha)
5) korbankan masa tengok tv untuk siapkan assignment!
6) korbankan masa enjoy dgn kawan2 untuk siapkan assignment!
7) korbankan tenaga pergi kedai untuk siapkan assignment!
8) korbankan duit beli test pad untuk siapkan assignment! (terlupa bawak balik test pad kat rumah sewa)


yeahhh semuanya hanya untuk siapkan assignment yg bertimbun gilerrr tu. itu lah erti pengorbanan saya untuk raya tahun ni..sobb~

sila like yea :D

midsem dan melaka



yeayyy cuti midsem datang juga tp ianya bukanlah berita yg gembira. cuti ni dipenuhi dgn assignment yg berlambak gilerrr. hampir setiap subjek ada kerja..benci uh.
dalam tak suka tu nak sedapkan hati..tak nak pikir lagi pasal assignment so lebih baik saya mulakan cuti midsem saya dgn makan angin dulu..wepiee~

spt yg telah saya rancang..sebelum pulang ke kl singgah sebentar di melaka dan akhirnya pukul 10 ktrg gerak dr segamat. tak mau bercerita panjang..layan saja gambar2 ini












actually terlalu banyak gambar yg diambil tp hanya ni jela yea yg diupload..boleh tak? dah tak tau nak masukkan gambar yg mana lagi. semuanya cun2..haha
rasa seronok sangat hari ni. dapat jugak kurangkan tension saya selama ni. tambahan pulak saya dah lama tak pergi jalan2 macam ni. ada untungnya jugak kan belajar kat segamat tu boleh lah merayap ke tempat lain. en.raif pun dah yakin dgn anak daranya drive jauh2..hehe.
hopefully housemate saya pun rasa gembira jugak lah..bawak drg pergi jalan2 ni. lepas ni pergi pantai pulak..yepiee~

sila like yea :D