mereka budak group saya

lagi sekali setelah sekian lama tak update blog. akhirnya di pagi yg penuh ceria ni saya rajinkan diri juga update blog yg terchenta ini :)
lagi sekali juga saya mau ceritakan kisah kehidupan saya di alam ijazah ni. kali ni mau cerita pasal classmate pulak. boleh?

masa mula-mula kenal tu adat lah kan masing2 buat hal sendiri je tp bila dah sebulan kenal. mereka sgt best wohhh. kelas ktrg dimonopoli oleh kaum hawa..haha. hanya 3 saja jejaka dalam kelas ktrg ni. so mmg tak boleh lebih2 lah kan drg ni. tak silap kebanyakannya budak kelas saya dr kptm..dr uitm sendiri pn ada dungun,arau,sarawak dan segamat. mostly ktrg semua duduk luar. nak buat macamana awal2 lagi dah bagitau "kemudahan kolej tidak disediakan"
maybe disebabkan masing2 duduk luar tu yg lambat sikit untuk kenal lebih mendalam lagi kan. habis je kelas masing2 buat hal sendiri. masa mula-mula tu agak bosan jugak lah kan

tp semuanya telah berubah..kebetulan 1 hari ni saya dgn geng saya yg lain nak makan kt luar. gara-gara dah sakit hati makan dekat dlm kampus. makanan semua dah habis tu skrg stok makan kat luar je. then time nak keluar tu terserempak classmate saya yg lain nak keluar jugak. kebetulan tempat makan yg ktrg nak pergi tu sama. so apa lagi pakat konvoi pergi serbu itu kedai lah..haha. kebetulan lagi kedai makan tu bawah rumah sewa saya je..dah alang2 dapat kunci rumah dr housemate yg lain. so ktrg ramai2 pakat serbu rumah saya pas makan untuk menunaikan solat zohor. skema tak ayat? haha

mmg habis kecoh lah kedai tu dgn ktrg je. mana tak nya ni 1st time kot ktrg makan ramai2 wlpn tak semua classmate yg join tp tetap happy wokkk
skrg ni budak kelas saya semua tgh menunggu hari konvokesyen. termasuklah saya sendiri..so selamat berkonvo yea korang. test jgn dilupakan..hehe






JBM 222 3D

sila like yea :D

1 comments:

YNA said...[Reply to comment]

seronoknyer zaman belajar kan? :)

rindu zaman itu :(