member kesekataan saya


post kali ni saya nak bercerita pasal salah seorang housemate saya ni. dari dulu asek suruh saya update pasal dia je. siap suruh bold kn nama dia plak tu..demand giler budak ni.

ok budak sebelah saya tu nama dia NUR NADIRA BINTI ABDUL RAHIM. dia seangkatan macam saya jugak...keciketot. tengok gambar pun dah boleh tau kesekataan ktrg kan? hahaha..
disebabkan tu lah ktrg ni banyak persamaan. sebenarnya ktrg ni dah lama kenal. sejak dari sem 2 diploma kat machang dulu tp just kenal macam tu jela. bila jumpa sengeh je memanjang..haha comel kan ktrg? kenal dia pun melalui ina..budak depan bilik saya kat kolej dulu sbb drg ni 1 kos. mmg ingat lagi lah time mula kenal dulu..bila si nad ni tau saya sekolah kat rawang terus je "ko samer ek? wahdah kn?"
rupanya sekolah ktrg ni adik-beradik je under jais. patut lah laju je si nad tau je. apa2 pun terima kasih lah kat kumpulan nasyid sekolah saya dulu. disebabkan drg saya dikenali kat machang dulu..haha wlpn tak ramai. ahh tak kisah lah janji ada orang tau ok apa..hehe

macam saya bagitau td yg ktrg ni banyak persamaan. lagi2 bab ketinggian lah kan..haha tu mmg tak boleh dibangkang lagi dah ternyata lagi bersuluh ktrg ni ketot a.k.a comel tp saya lagi comel lah dr nad ni..hahaha.
favourite ktrg pn hampir sama jugak tak sah makan kalau tak ada kicap. air pun sama2 suka teh o ais. kalau makan kat luar dah boleh tau apa yg ktrg nak makan. boleh dikatakan perangai ktrg ni pun hampir sama jugak lah. paling penting dia suka cari gaduh uh dgn saya. sampaikan housemate yg lain gelarkan ktrg ni adik-beradik. dimana ada saya disitulah ada dia..macam tu jugak lah sebaliknya.
si nad ni dah lah suka cari gaduh dgn saya tp bila tang nak kena teman dia pergi dapur saya jugak yg jadi mangsa. redha saja lah ada kawan yg 'berani' macam ni. padahal kalau dr ruang makan dah boleh nampak orang kat dapur..aishh pelik betul macamana lah dia boleh jadi komander ni. hahaha susah je saya nak bayangkan dia masuk hutan malam2 macamana

apa2 pun kekurangan dia..saya terima jela wlpn kena terconggok sebelah dia gara2 teman dia basuh pinggan malam2 sbb dia pun selalu tunggu saya nak makan sama2.
ok lah setakat ni jela saya nak bercerita pasal budak ni kang lebih2 dia perasan lak. tak pasal2 nak terharu bagai dgn saya. hahaha
kesimpulannya ktrg ni mmg sekepala lah..haa lagi satu boleh dikatakan hampir tiap hari lah 6.30 saya kena kejut dia bangun. set jam je lebih budak ni tp bangunnya tak...isk3

sila like yea :D

4 comments:

~SukEMakAn~ said...[Reply to comment]

da besar pon kawan takot nak g toilet lg?
ish2.
hehe
^^

eiey farisya said...[Reply to comment]

hahaha ngek la nad ni. ;D

atyn said...[Reply to comment]

@~SukEMakAn~tu la..terima jela de kawan camtu. hehe;P

atyn said...[Reply to comment]

@eiey farisyatau xpe..penat seyh melayan dy. kalau gaduh tu lagi la..adoi