tolonglah tyn!

fuh akhirnya lega 4 test yg menguji ketahanan otak berakhir juga. entah macamana result nanti tak tau lah. mmg betul2 study last minit. petang test..pagi baru nak start study. yeahh jangan salah sesiapa..salah diri aku sendiri. malas nak study..haha nasib lah terima lah ko tyn result teruk!

aku jangkakan lepas habis test ni dapatlah kurangkan tension sikit. kononnya nak makan kat tempat sedap2 tp makin stress plak dibuatnya.
yeahh hari ni kesabaran dah berada hampir di tahap maksima. hari ni mmg aku sgt marah+begang+stress. belum lagi stress test berkurang..keadaan sekeliling yg menambahkan kestressan aku ni.

ahh tolonglah tyn buat benda2 ni boleh?!

1) tingkatkan kesabaran ko
2) kawal diri ko drpd stress ni
3) jangan buat kerja gila time ko marah
4) jangan drive laju2 time ko marah
5) paling penting "JANGAN BERDENDAM"!!!



hurmm aku boleh buat semua tu tp tolong jangan bg aku stress boleh tak!!!!!

sila like yea :D

tersarung juga akhirnya

sebelum terlupa saya nak jawab dulu persoalan entry yg lepas pasal jubah konvo saya ni. hee ada yg bertanya lah. oleh krn dek badan saya yg kecikemetot ni..so saya pun terpaksa jahit jubah ni kasi pendek ckit. hee nasib baik orang yg jaga konvo tu tak tegur. kalau kantoi mampus seyh kena marah depan orang ramai. malukan diri sendiri je nanti..

*************************

Alhamdulillah semalam selesai juga majlis konvokesyen saya dgn jayanya. maka berakhirlah kisah diploma saya selama 3 tahun sebelum ni. Alhamdulillah dgn rezeki Tuhan..harapan saya sewaktu mula melangkahkan kaki ke uitm berjaya saya dapatkan. saya ingat lagi masa mula2 dapat tahu yg saya ditawarkan ke uitm. saya terbaca paper mengenai konvo uitm ni. ada lah cerita pasal penerima anugerah naib canselor. saya tanya ibu saya apa itu anugerah naib canselor. ibu saya pun terangkan lah nak dapat anugerah ni kena dekan setiap sem. masa tu memang saya blur lah. dekan tu pun saya tak tahu apa benda...hehe.

terus saya set dalam mind saya.."grad nanti aku kena jugak pakai selempang pink tu" sejak tu saya pegang dgn kata-kata saya ni.




dan akhirnya dapat jugak sarungkan warna pink itu..hehe ^_^
hadiah yg paling bermakna untuk saya ialah menghadiahkan kejayaan saya ni pada ibubapa saya. terima kasih untuk segala doa dan kata-kata yg mereka berikan pada saya. sayang abah dgn ibu lebih..hehe
tak lupa juga terima kasih pd lecturer2 yg ajar saya selama ni. tak henti2 curahkan ilmu dan pd kawan2 saya yg lain. tak jemu nak ajar saya yg tersangat lambat pick up ni. lebih2 lagi pd najibah,cah,hani,echa,nana,ama..dorang ni lah yg paling selalu ajar saya. terima kasih untuk semuanya


tp untuk degree ni saya sendiri tak yakin dapat sarungkan warna pink tu lagi atau tak. ahh tolonglah kembalikan semangat saya yg kian jatuh ni!!!

sila like yea :D

sudah bersedia


yeahhh sudah bersedia untuk esok hari.

selamat berkonvo atyn!! ^_^


err~ nampak tak apa yg lain pd jubah tu?? nak tau jawapannya tunggu next entry yea..hehe

sila like yea :D

mereka budak group saya

lagi sekali setelah sekian lama tak update blog. akhirnya di pagi yg penuh ceria ni saya rajinkan diri juga update blog yg terchenta ini :)
lagi sekali juga saya mau ceritakan kisah kehidupan saya di alam ijazah ni. kali ni mau cerita pasal classmate pulak. boleh?

masa mula-mula kenal tu adat lah kan masing2 buat hal sendiri je tp bila dah sebulan kenal. mereka sgt best wohhh. kelas ktrg dimonopoli oleh kaum hawa..haha. hanya 3 saja jejaka dalam kelas ktrg ni. so mmg tak boleh lebih2 lah kan drg ni. tak silap kebanyakannya budak kelas saya dr kptm..dr uitm sendiri pn ada dungun,arau,sarawak dan segamat. mostly ktrg semua duduk luar. nak buat macamana awal2 lagi dah bagitau "kemudahan kolej tidak disediakan"
maybe disebabkan masing2 duduk luar tu yg lambat sikit untuk kenal lebih mendalam lagi kan. habis je kelas masing2 buat hal sendiri. masa mula-mula tu agak bosan jugak lah kan

tp semuanya telah berubah..kebetulan 1 hari ni saya dgn geng saya yg lain nak makan kt luar. gara-gara dah sakit hati makan dekat dlm kampus. makanan semua dah habis tu skrg stok makan kat luar je. then time nak keluar tu terserempak classmate saya yg lain nak keluar jugak. kebetulan tempat makan yg ktrg nak pergi tu sama. so apa lagi pakat konvoi pergi serbu itu kedai lah..haha. kebetulan lagi kedai makan tu bawah rumah sewa saya je..dah alang2 dapat kunci rumah dr housemate yg lain. so ktrg ramai2 pakat serbu rumah saya pas makan untuk menunaikan solat zohor. skema tak ayat? haha

mmg habis kecoh lah kedai tu dgn ktrg je. mana tak nya ni 1st time kot ktrg makan ramai2 wlpn tak semua classmate yg join tp tetap happy wokkk
skrg ni budak kelas saya semua tgh menunggu hari konvokesyen. termasuklah saya sendiri..so selamat berkonvo yea korang. test jgn dilupakan..hehe






JBM 222 3D

sila like yea :D

kacak sudah sweetheart saya

ahh dah tak boleh tahan tengok kesakaian sweetheart saya ni. malu je bila orang tengok sweetheart saya dalam keadaan tak terjaga ni..
keluar je pagi tadi tengok keadaan makin kronik saya makin tak tenteram. perlu ubah imej dia yg tak terjaga tu. makin pedih bila tengok ada kesan2 tapak kaki kucing. cis ingatkan dah tak kena tapak kaki kucing ni lagi. kalau kat kl dulu tak payah cakap...'adik angkat' terlalu ramai. mmg sah ada je lakaran halus dr drg kat sweetheart saya ni. semua bajet nak tunjuk kekreatifan drg. sabar jekk tp kat segamat ni pun ada jugak nak tunjukkan bakat terpendam lakaran halus drg...aishhh

nampak tak lakaran halus tu? serius real punya sgt kronik keadaannya

haaa yg ni betapa ganasnya housemate2 saya duduk. habis alas kaki semua ke depan.
dah ditarik elok2 esoknya ke depan balik...sopan tak sopan drg ni duduk. hahaha




dan disebabkan itu saya buat keputusan pergi cuci sweetheart saya ni kasi kacak balik. habis terpaksa laburkan rm10 untuk sesi kekacakan ni..adeh.





tadaa sudah kacak sweetheart saya ni. lepas ni saya akan tegaskn beberapa peraturan...boleh? haha

1) sebelum masuk kereta ketuk dulu selipar kasi buang segala pasir yg ada.
2) tarik balik alas kaki yg dah ke depan tu

ok 2 ni je peraturan yg buat je pun..hahaha


gambar diatas ni telah dipaksa oleh member kesekataan saya suruh masukkan gambar dia. penuhi jela permintaan tu tanda penghargaan menemani saya pergi hantar cuci kereta saya ni..haha

sila like yea :D

muka suci bakal dean list


atyn akmal

suraya sufian

nazirah

atie

hana


silalah akui yg kami ni sgt rajin orangnya..

sila like yea :D

member kesekataan saya


post kali ni saya nak bercerita pasal salah seorang housemate saya ni. dari dulu asek suruh saya update pasal dia je. siap suruh bold kn nama dia plak tu..demand giler budak ni.

ok budak sebelah saya tu nama dia NUR NADIRA BINTI ABDUL RAHIM. dia seangkatan macam saya jugak...keciketot. tengok gambar pun dah boleh tau kesekataan ktrg kan? hahaha..
disebabkan tu lah ktrg ni banyak persamaan. sebenarnya ktrg ni dah lama kenal. sejak dari sem 2 diploma kat machang dulu tp just kenal macam tu jela. bila jumpa sengeh je memanjang..haha comel kan ktrg? kenal dia pun melalui ina..budak depan bilik saya kat kolej dulu sbb drg ni 1 kos. mmg ingat lagi lah time mula kenal dulu..bila si nad ni tau saya sekolah kat rawang terus je "ko samer ek? wahdah kn?"
rupanya sekolah ktrg ni adik-beradik je under jais. patut lah laju je si nad tau je. apa2 pun terima kasih lah kat kumpulan nasyid sekolah saya dulu. disebabkan drg saya dikenali kat machang dulu..haha wlpn tak ramai. ahh tak kisah lah janji ada orang tau ok apa..hehe

macam saya bagitau td yg ktrg ni banyak persamaan. lagi2 bab ketinggian lah kan..haha tu mmg tak boleh dibangkang lagi dah ternyata lagi bersuluh ktrg ni ketot a.k.a comel tp saya lagi comel lah dr nad ni..hahaha.
favourite ktrg pn hampir sama jugak tak sah makan kalau tak ada kicap. air pun sama2 suka teh o ais. kalau makan kat luar dah boleh tau apa yg ktrg nak makan. boleh dikatakan perangai ktrg ni pun hampir sama jugak lah. paling penting dia suka cari gaduh uh dgn saya. sampaikan housemate yg lain gelarkan ktrg ni adik-beradik. dimana ada saya disitulah ada dia..macam tu jugak lah sebaliknya.
si nad ni dah lah suka cari gaduh dgn saya tp bila tang nak kena teman dia pergi dapur saya jugak yg jadi mangsa. redha saja lah ada kawan yg 'berani' macam ni. padahal kalau dr ruang makan dah boleh nampak orang kat dapur..aishh pelik betul macamana lah dia boleh jadi komander ni. hahaha susah je saya nak bayangkan dia masuk hutan malam2 macamana

apa2 pun kekurangan dia..saya terima jela wlpn kena terconggok sebelah dia gara2 teman dia basuh pinggan malam2 sbb dia pun selalu tunggu saya nak makan sama2.
ok lah setakat ni jela saya nak bercerita pasal budak ni kang lebih2 dia perasan lak. tak pasal2 nak terharu bagai dgn saya. hahaha
kesimpulannya ktrg ni mmg sekepala lah..haa lagi satu boleh dikatakan hampir tiap hari lah 6.30 saya kena kejut dia bangun. set jam je lebih budak ni tp bangunnya tak...isk3

sila like yea :D

menanti dan terus menanti



setiap hari saya menanti kamu hadir dalam hidup saya tp kamu tidak muncul. kamu terus berdiam tanpa sebarang khabar berita.
saya rindu kamu tau tak???

sila like yea :D

sepetang makan kerang di senggarang



oleh kerana nak balik kl tak dapat hujung minggu ni. encik raif tak bagi balik so saya decide lah nak balik uma penjaga saya masa saya kecik2 dulu dekat area senggarang. kebetulan nyai tinggal sorang2 jadi apa salahnya kan saya teman dia. lagipun saya mmg suka pergi uma dia. kalau balik kg johor kira wajib lah kena singgah uma nyai. kalau tak saya akan merajuk dgn family...saya gedix?? ada kisahhhh...haha


nasib baiklah saya ada kawan yg study dekat uthm ni, amir. disebabkan 1st time saya lalu ayer hitam so agak sesat lah jugak..lagi2 time tu dah malam. lagi lah kurang penglihatan sikit..haha
encik raif dah risau tu sbb anak dara dia tak sampai uma nyai lagi. mujur lah amir ada dekat johor. dia sudi nak tolong saya tunjuk jalan ke uma nyai. Alhamdulillah selamat juga sampai.
nak dipendekkan cerita..petang semalam saya bawak housemate saya jalan2 gi pantai. amir pun ada ajak pergi makan kerang kat senggarang tu. fuhhhh makan kerang tepi pantai beb..nikmat giler lah..dapat lah jugak kurangkan tension saya ni

terima kasih kpd amir dan juga kawan2 dia yg lain sbb sudi tolong saya malam tu. dapat lah jugak berkenalan dgn kawan2 amir. maaflah banyak diam..ktrg ni tak biasa sgt dgn laki. lagi2 baru kenal..maaf yea. apa2 pun seronok dpt berkenalan dgn korang. terima kasih jugak kat amir sudi belanja makan kerang ni..hehe






ada rezeki kita jumpa lagi :)
terima kasih juga kpd photographer, awi untuk gambar yg superb ni

sila like yea :D