inilah permulaan baruku

seperti kebiasaan asal bukak je internet mesti akan bukak fb dgn email. tiba2 dapat email dr syoknya blogging "kami rindukan anda"..haha ada jugak yg rindukan saya. terharu kejap..hehe
mmg lama jugak lah saya tak update blog. ada je cerita yg nak dikongsikan tapi malas untuk update. rasa nak menyepikan diri buat seketika..

sejak mula alam baru ni..menempuhi alam kematangan yg seterusnya iaitu alam ijazah banyak betul komitmen yg perlu dilaksanakan. baru je mula study dah banyak giler assignment dapat. paling stress tarikh test 1 dgn test 2 semua tarikh yg sama. mmg giler lah berderet plak tu test. lecturer langsung tak nak ubah tarikh tu. ah macamana lah nak tempuhi nanti. dah lah time test 1 tu minggu konvo. mood dah tentu masih mood konvo lagi. ok itu hanya alasan saya semata2.

hurm..maaflah untuk post kali ni hanya ringkas saja. pelbagai perasaan sedang bermain skrg. yg pasti saya HARUS lupakan apa yg terbuku dihati saya ni. lebih baik saya hilangkannya sikit demi sikit..untuk kebaikan diri saya dan juga sesiapa. saya paham apa yg dialaminya dan saya hormati. saya tak ingin memberi harapan kosong kpd sesiapa lagi kerana tak nak kecewakan sesiapa. saya pernah alami kekecewaan kpd harapan yg palsu. saya paham bagaimana sukarnya untuk menghadapi kekecewaan itu dan hanya satu2nya harapan yg perlu saya kotakan ialah harapan ibubapa saya melihat kejayaan saya. inilah permulaan saya bagi memulakan alam baru..permulaan yg hanya membawa diri sendiri kearah apa yg saya kejarkan.



p/s: siapa yg tak paham jgn buat sebarang andaian yg tidak munasabah. saya ok skrg?? tentulah tidak!

sila like yea :D