bila dah terlalu bosan

sedih betul bila hari minggu je mesti bosan padahal tu lah yg ditunggukan selama seminggu penat pergi kelas. nak balik uma tp encik raif tak bagi. so dok jela kat segamat diam2...waaaa
disebabkan dah terlalu bosan saya dan housemate yg lain pakat nak kaut buah mangga kt depan uma sewa ktrg ni. dah alang2 tu bolehlah saya lap kereta saya yg dah kotor tu. nak basuh tp sabun tak ada plak. nak antar car wash kt bawah uma ni aishh duit plak jd masalah..
minggu ni banyak guna duit uh..habis beli buku je. buku dah lah sume stok nak 50 ke atas. sengkek giler lah minggu ni..

pagi td pun Alhamdulillah rezeki ktrg ada seorang pakcik yg ktrg tak kenal bayarkan makanan ktrg dalam diam. perasan lah jugak ada pakcik kat sebelah meja ktrg ni tp tak tengok plak muka dia sbb dia pun buat hal dia sendiri. tengah2 makan tiba2 mamak dtg kt meja amek resit ktrg..kata "sudah bayar"
saya ingat kan dia soal rupanya nak bagitau pasal pakcik tu dah bayarkan. baik hati sungguh pakcik tu buat amal pd hari jumaat ni. moga pakcik tu dimurahkan rezeki selalu.
macam tau2 je yg ktrg ni semua tgh sengkek..huhu. kalau tau ada org nak belanja ni baik order yg sedap2 ckit...hehe

ok lah tak nak bebel panjang layan jela gambar ktrg kaut buah td. hahaha
lawak giler layan karenah housemate saya ni..penat seyh asek gelak je dok dgn drg. mmg best giler lah dpt dok 1 uma dgn drg



aktiviti menggaut bermula

giliran saya plak mencuba. yela org pendek HARUS lah kn panjat kerusi..haha

lastly anis jugak berjaya jatuhkan mangga tu. ok kain batik tu tak ada guna pun. bajet nak sambut mangga lah konon bila jatuh tp pegang je lebih kat tanah jugak mangga tu jatuh..haha

kutip anis kutip mangga tu..haha boleh plak golek ke bawah tu


3 biji mangga mewakili 3 biji kepala..boleh camtu? haha

aktiviti lap kereta plak. baru best drive kereta bersih ni

hanya permandangan car wash tu yg mampu ktrg tatap. nak permandangan belakang rumah semua tak berani. kenapa? ok nanti next post saya tunjuk ek bagaimana permandangan belakang uma ktrg..hahaha


ok ni hasil kerja anak dara..haha ada kami kesah??


mmg seronok lah petang td. kalau musim buah ni mesti lagi best. penuh je buah2 depan uma ktrg. owner pun dah benarkan ktrg amek je buah2 tu nanti..

kpd atie,nazirah dgn nadia jgn lah jeles ek ktrg sapu dulu mangga ni. ktrg ada tinggalkan untuk krg tp yg tak berapa nak masak sangat lah...yg agak manis ktrg dah bedal dulu. hahaha

sila like yea :D

2 comments:

zaty yusob said...[Reply to comment]

hamboi hamboi.. kemain sakan lagi korang ea. takpe takpe. aku kat sini kenyang perut dengan open house bertalu talu :DD

*best oh

eiey farisya said...[Reply to comment]

perghh bukan main korg eh. amik buah tu mintak izin tak??hehe

lorhh ko duduk serumah dengan nad ke?