sekadar peringatan

entri kali ni sekadar untuk peringatan diri saya dan sesiapa jela yg baca


baik atau buruk, cantik atau hodoh diri kita..kita perlu mensyukuri nikmat yg telah dikurniakan oleh Allah. bersyukurlah tiada apa2 kecacatan pada diri kita. kita dikurniakan sepasang mata untuk melihat keadaan yg berada disekeliling kita. kita dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan tp sayangnya kita sukar melihat diri kita sendiri. dengan bantuan cermin lah baru kita dapat lihat bagaimana rupa diri kita..

macam tu jugak lah kita sering melihat kesalahan orang lain berbanding kesalahan yg dilakukan oleh diri kita sendiri. kita sering menyalahkan benda yg berada disekeliling kita tanpa melihat mungkin kesalahan itu berpunca dari kita sendiri. sbg contoh..

A niat untuk bergurau dgn B tp B terguris dgn gurauan yg dilakukan oleh A. B masih bersabar dan ada menyatakan yg dia tak suka dgn gurauan tu tp A tetap terus menyakiti hati B dgn gurauannya lagi. B tidak dapat lagi menahan kemarahannya itu lalu dia mengeluarkan kata yg tidak sepatutnya pd A. akan tetapi A mula tidak puas hati dgn tindakan B "ah yg ko nak emo sgt ni apasal?" "jaga ckit bahasa tu" "tak elok keluarkn perkataan yg tidak sepatutnya tu"


cuba kita berfikir sejenak..apakah punca yg membuatkan B terlalu marah?
"ouh sebab aku ke B marah sgt ni?" "ouh sebab aku ke B keluarkn kata kesat tu?" "ouh sebab aku ke B hilang kesabaran?"


tp manusia seringkali bersikap egois "ah betul apa aku cakap B yg salah nak emo tak tentu pasal"
itulah manusia tiada sikit pun perasaan bersalah dan terus menyalahkan orang lain. sedangkan ia berpunca dr kita sendiri. ni kerana kita tidak dapat melihat kesalahan yg kita sendiri lakukan. andai ada cermin sekalipun kita tetap jugak tidak dapat melihat. kita hanya dapat lihat dlm cermin tu.."ah tu diri aku" ni membuatkan kita terus membangga diri dan menyatakan diri kita betul..

andai ada kawan kita yg cuba menjadi cermin untuk kita menegur kesilapan yg kita lakukan pun kita tetap tidak dapat melihat dgn jelas kesilapan itu. "ah ko nak pertahankan dia plak..dah terang2 dia yg salah buat aku plak yg kena mintak maaf" egois sungguh manusia ni kan..


itu lah manusia..siapa manusia? dah tentu saya,dia,kamu dan mereka


sila like yea :D

0 comments: