penceroboh sudah dikenalpasti

semalam fb saya di ceroboh masuk oleh seseorang budak. cis berani dia curi2 masuk saya. dah nk marah dah. ada post yg bukan saya antar terpaksa buat konon2nya saya yg antar. tgh dok begang tu tiba2 seorang budak ni tegur "oi"
ok dah tau siapa yg ceroboh masuk tu. hei budak ni mmg nak kena betul. boleh plak dia send forgot pass kt emel saya then cek emel saya tu. tak guna betul..bijak jugak budak ni. saya ni pun satu. guna lagi pass yg sama kt fb dgn emel..kan dah kena.


x: oi
saya: ko ek yg masuk fb aku?
x: hahahahaha
saya: agak dah mesti keje ko. nak balas dendam ke apa ni..hahaha
x: mestilah...hahaha
saya: cis
x: amacam dah rasa penyegat? bagaimana rasanya? hahahaha
saya: oit tiru ayat aku. patutlah tiba2 ada post tu kt status aku..
x: hahaha macam kenal kn ayat tu. aku nk mintak maaf ni buat jahat dgn ko dulu. malu kot member aku semua bahan aku. ko lah ni
saya: siapa suruh cari nahas..hahaha. ala tu baru ckit. ko kenakan aku lagi teruk kot. abes ramai tuduh aku bukan. statement palsu ko punya pasal la ni
x: hahaha yela kak oi aku mintak maaf. aku dah rasa perasaan ko tu..
saya: eh org tu panggil aku 'kakak' la terharu jap...kan bagus macam tu. hahaha
x: aku dah baik skrg ni tak macam dulu lagi dah
saya: bagus lah tu. jgn nak buat dajal kt orang lagi.
x: siapa suruh tak sign out fb..hahaha
saya: hei senyap lah.aku dah tukar pn pass fb dgn emel. ko tak boleh masuk lagi dah. tenteram ckit aku ni..haha



perbualan yg telah diringkaskan antara saya dan juga si penceroboh ni. adoi cam kelakar pun ada pergi melayan budak ni. dulu masa dia ceroboh masuk ada ke patut dia bagitau siapa diri dia. budak2 kan biasa lah tu..haha
disebabkan rasa tak puas hati dgn budak ni..saya mintak bantuan awek dia dapatkn pass fb budak ni. bila dah dapat tu apa lagi..turn saya plak kenakan budak ni..hahaha perangai tak matang dah datang tp tu semua cerita lama punya. dah lama tak dengar khabar budak ni. fb lama pun dah tak guna so tak tau lah apa cerita dia. tiba2 boleh muncul balik..rindu saya lah tu! haha
nampak jugak lah perubahan budak ni. kalau dulu ayat nk kasi lempang je tp skrg dah ok ckit. siap panggil saya 'kakak' lagi tu..terkejut jap. dulu stok 'aku ko' je..bagus2 ada perubahan. maybe sbb terkena penangan saya tu kot. tgk dia dgn kawan2 dia asek mencarut je..tiba2 saya balas kata2 yg baik punya..tazkirah pendek terus budak ni kena bahan dgn member2 dia.

hadui kelakar plak bila ingat balik gaduh dgn budak bawah umur time tu..dah lama tak nakal macam tu..hehe

sila like yea :D

0 comments: