tahukah anda?

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian


sumber: akustressgiler

sila like yea :D

hati-hati pulang ke kampung



PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras


erk? operasi ni start bila ek? semalam terspeed kt MRR2 la..hee

sila like yea :D

majlis berbuka di smkyl



Alhamdulillah 18hb yg lepas berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama adik2 kem insan rabbani smkyl. Alhamdulillah jugak hubungan ktrg fasi2 dgn peserta still tak putus lagi. serius tak pernah saya pergi kem hubungan fasi dgn peserta macam ni. abes kem abes lah..tak ada nk contact2 ni tp drg ni lain. majlis berbuka ni pun drg yg semangat nak buat..nak jumpa balik ktrg. terharu sgt..ingat drg ni main2 je nak buat sekali betul. kali ni drg pulak jd urusetia ktrg jd peserta..haha.

walaupun fasi ramai yg tak dapat datang atas sebab2 tertentu..so hanya berapa kerat je yg dapat hadir. fasi perempuan hanya 3 org je..erk? mampukah ktrg layan adik2 semua?
Alhamdulillah majlis berjalan dgn baik walaupun ktrg berbuka dlm gelap. haha korang ada ke berbuka dlm gelap ni? hehe

tengok jela gambar kat bawah ni. dah boleh jelaskan betapa gembiranya ktrg ni. serius mmg seronok sangat malam tu. akhirnya saya berjaya tak jadi pemalu untuk malam tu..haha. abes ramai kena sakat..begini lah dik perangai akk sebenarnya. masa kat kem dulu tu akk malu2 lagi..tu diam je. hehe comel kan perangai akk? haha



















p/s: terima kasih akk ucapkan krn sudi buat majlis berbuka ni untuk fasi2. kalau ada rezeki boleh lah kita jumpa lagi. andai kata bukan kami lagi yg jadi fasi untuk kem tahun depan maaf yea..
jangan sampai boikot tak pergi kem pulak. mungkin fasi akan datang lebih terbaik dr kami..
apa2 pun semoga ukhwah yg terjalin ni berkekalan selama2nya dan diberkati oleh Allah..


sila like yea :D

hitam putih

hari ni sangat bosan..
hari ni tiba2 terajin bukak myspace balik..
hari ni tgk balik album gambar kat myspace..
hari ni teringat balik gambar silat ni..
hari ni saya dah tak ingat sem berapa ntah saya masuk silat..hehe

hanya 1 sem je saya join silat lepas tu terpaksa batalkan niat untuk teruskan atas sebab2 tertentu..kesihatan tidak mengizinkanlah..
masa ni ktrg ada persembahan kat kampus kota bharu sempena hari k0 kat sana. kenangan uh..rindu plak kat dorang ni. tyka jela boleh jumpa lagi sem depan..yg lain semua kena campak kampus lain. uitm ni suka campak student dia..haha







sila like yea :D

sekadar peringatan

entri kali ni sekadar untuk peringatan diri saya dan sesiapa jela yg baca


baik atau buruk, cantik atau hodoh diri kita..kita perlu mensyukuri nikmat yg telah dikurniakan oleh Allah. bersyukurlah tiada apa2 kecacatan pada diri kita. kita dikurniakan sepasang mata untuk melihat keadaan yg berada disekeliling kita. kita dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan tp sayangnya kita sukar melihat diri kita sendiri. dengan bantuan cermin lah baru kita dapat lihat bagaimana rupa diri kita..

macam tu jugak lah kita sering melihat kesalahan orang lain berbanding kesalahan yg dilakukan oleh diri kita sendiri. kita sering menyalahkan benda yg berada disekeliling kita tanpa melihat mungkin kesalahan itu berpunca dari kita sendiri. sbg contoh..

A niat untuk bergurau dgn B tp B terguris dgn gurauan yg dilakukan oleh A. B masih bersabar dan ada menyatakan yg dia tak suka dgn gurauan tu tp A tetap terus menyakiti hati B dgn gurauannya lagi. B tidak dapat lagi menahan kemarahannya itu lalu dia mengeluarkan kata yg tidak sepatutnya pd A. akan tetapi A mula tidak puas hati dgn tindakan B "ah yg ko nak emo sgt ni apasal?" "jaga ckit bahasa tu" "tak elok keluarkn perkataan yg tidak sepatutnya tu"


cuba kita berfikir sejenak..apakah punca yg membuatkan B terlalu marah?
"ouh sebab aku ke B marah sgt ni?" "ouh sebab aku ke B keluarkn kata kesat tu?" "ouh sebab aku ke B hilang kesabaran?"


tp manusia seringkali bersikap egois "ah betul apa aku cakap B yg salah nak emo tak tentu pasal"
itulah manusia tiada sikit pun perasaan bersalah dan terus menyalahkan orang lain. sedangkan ia berpunca dr kita sendiri. ni kerana kita tidak dapat melihat kesalahan yg kita sendiri lakukan. andai ada cermin sekalipun kita tetap jugak tidak dapat melihat. kita hanya dapat lihat dlm cermin tu.."ah tu diri aku" ni membuatkan kita terus membangga diri dan menyatakan diri kita betul..

andai ada kawan kita yg cuba menjadi cermin untuk kita menegur kesilapan yg kita lakukan pun kita tetap tidak dapat melihat dgn jelas kesilapan itu. "ah ko nak pertahankan dia plak..dah terang2 dia yg salah buat aku plak yg kena mintak maaf" egois sungguh manusia ni kan..


itu lah manusia..siapa manusia? dah tentu saya,dia,kamu dan mereka


sila like yea :D

akhirnya kesabaran berada dipuncaknya

hari ni semalaman tak dapat tidur. pada awalnya dah ngantuk giler dah tp sesuatu telah buat perasaan mengantuk tu berubah kpd perasaan marah. malam td memang tahap kesabaran saya dah memuncak. memang meletup abes lah..

semua ni bermula bila ada seseorang nak bergurau dgn saya. ok fine nak bergurau pun beragak lah kan. tak perlu lah kot sampai nak ajuk balik post saya. kenal dia pun tak sangat . suka-suki nak berlawak kurang ajar dgn saya. saya langsung tak heran kalau kawan lama saya bergurau camtu. dah kenal lama dah tau org tu suka sakat macamana. ko siapa nak perli2 aku? dah berapa abad aku kenal ko? dah berapa juta kali aku borak dgn ko? huh takat kenal nama ko je ada lah

apa perasaan korang bila ada org ajuk balik apa korang cakap dan ia menjadi bahan lawak? tentu marah+malu kan? macam tu jugak lah perasaan saya bila mula2 baca post si mamat ni. saya dah komen pun post dia tu..nampak yg saya ni marah dgn post dia tp boleh plak kemarahan saya ni dilawakkan lagi. memang bertambah angin lah kan. dah lah tak pernah borak dgn dia tiba2 plak nak cari nahas. memang terus meletup lah saya. dah terkeluar perkataan yg 'elok'. ni kalau tahap saya sebut perkataan tu memang betul2 marah lah

dah begang sgt terus saya delete dia dr list friends. buat menyemak je. ni kira baik lagi saya ni takat unfriend je. kalau tahap kejam saya block je dia terus. huh pandai plak si mamat ni bg nasihat. opss mesti lah kan. dia kan seorang yg baik akhlaknya. kira memang laki contoh lah....erk sumpah baik lah kan.

harap lepas ni dah tak ada lagi yg cuba nak bangkitkan kemarahan saya. abes kurang pahala puasa saya marah2 ni


p/s: saya memang tak suka mamat tu dr awal lagi saya kenal dia. harus lah kan saya begang yg teramat bila dia cari pasal dgn saya

sila like yea :D

selamat malam

ni lah kerja saya bila tengah bosan kat uma..mengacau kucing2 saya tengah tidur. dulu saya selalu ganggu gemok je tp sejak gemok dah tak ada..aktiviti saya tergendala plak. skrg ni kacau kelabu plak. sebijik cam gemok si kelabu ni..kacau lah camne pun tetap tak bising. seolah2 meredhakan diri je untuk dikacau..haha oh lupa dah namanya anak gemok mesti lah dr genetik yg sama..haha




bestnya tidur peluk bear..selamat malam semua ^_^


sila like yea :D

kalau lah dulu macam ni kan bagus

assalamualaikum semua. macamana puasa? ada ting tong puasa lagi tak? hehe. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah sampai puasa ke-12 dah kita. dah masuk fasa ke-2 dlm bulan ramadhan ni. tak lama lagi berakhirlah bulan yg penuh barakah ni.

semalam buat pertama kali saya pergi bazar dkt uma saya ni..haha tahniah untuk saya akhirnya jejak jugak kaki kat bazar tu. nampak sgt pemalas saya ni..hehe. fuh mmg macam2 lah terasa nak beli..nasib baik saya tak terhidu bau laksa. kang tak pasal2 pergi bedal sekali. selamat nafsu saya tak tercabar dgn bau laksa tu.

kalau dulu asal juadah buka puasa je mesti masing2 ada menu sendiri dikalangan family saya ni. contoh macam saya sendiri..buka laksa je memanjang. dah fanatik laksa nak buat macamana kn. abg saya plak bihun sup..adik bawah saya suka makanan dia bedal dan adik kecik saya ni plak nasi ayam. so mmg banyak benda lah kena beli kan. sekali berbuka tu dah macam2 menu ada atas meja..

tp tu semua dulu skrg juadah buka puasa ktrg lauk-pauk plak. untuk juadah bulan puasa kali ni lauk ikan je memanjang. nak buat macamana anak2 angkat kesayangan mak saya bersepah kat uma ni. "haa ikan tu bagi kucing nnt"
ok ayat ni lah yg selalu mak saya pesan bila dah abes makan tu. kena tinggalkan ikan untuk drg. peti sejuk ni pun penuh dgn stok ikan je. skrg dah jd favourite ktrg 1 family makan ikan goreng je. saya yg dulunya tak suka makan ikan terus jd suka. lagi2 ikan goreng yg garing..perghhh mmg terbaik lah.

kalau lah dr dulu lagi saya suka makan ikan kang bagus. tak ada lah kemetot je..huhu
agak2 skrg ni kalau saya banyak makan ikan boleh tinggi lagi tak? haha angan-angan jela. tumbesaran dah berhenti skrg. kemetot jela ko sampai ada anak nanti =.='

wlpn saya kemetot macam ni ada jugak yg selalu PUJI saya tinggi tau dan orang tu satu2nya kawan saya yg pandai jaga hati saya bab ketinggian saya ni. siapa lagi kalau bukan nasrullah ezanee

nas: tyn mana ko? (sambil mendongak ke atas)
saya: yea nas. aku kt sini lah. tak nampak ke? (sambil tunduk ke bawah)
nas: mana? ko tinggi sgt lah
saya: apsal ko pendek sgt?



tak ke PUJI namanya tu???

sila like yea :D

cara mudah mencari m/s dlm Quran

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkankan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya

sila like yea :D

ada apa saya dgn shahir?



ok saja je nak besarkan gambar shahir ni. apa motifnya saya letak gambar shahir kt blog ni?
nak kata saya peminat shahir? tak ada lah sangat kan. kdg2 je layan lagu dia..
nak kata ada hubungan persaudaraan? saudara seislam jela kot..

motifnya..dah agak ramai jugak lah yg tegur "eh ko bergambar dgn shahir ke tyn?" "bila ko jumpa shahir ni?" "shahir ke dlm gambar tu?"
tergelak je dengar teguran drg ni..geli hati pun ada. dah try cari apa persamaan mereka ni tp tak tau lah apa yg sama. saya cuba lah cari gambar shahir yg muka cover macho gitu sbb dia ni kalau bergambar susah ckit nk senyum. kena suruh baru senyum tp tak jumpa plak banyak gambar shahir senyum je. tak boleh nak tengok..adakah ada persamaan muka macho mereka berdua ni? hehe

tp shahir yg mereka tegur ni bukan penyanyi lah. saya tak pernah dengar dia nyanyi lagi. lepas ni boleh lah kan saya nak request nyanyi kan lagu khas untuk saya..wah so sweet lah! haha


sila like yea :D

kecoh betullah!

oit budak laki asal bikin kecoh sgt haa. bila time bulan puasa je sebok nak tanya perempuan

"puasa tak hari ni? hehe"

"boleh terawih tak ni? hehe"


boleh matang ckit tak? tak perlu kot childish sgt. tanya soalan entah apa tu. kalau ktrg ni tak puasa sekalipun apa kau bikin kecoh haa. tak perlu nak tau sgt perempuan ni puasa ke tak. tengok diri kau tu sendiri cukup ke tak puasa sebulan? cukup ke terawih 30 hari?



bosan betul 2 soalan ni

sila like yea :D

mengimbau kenangan silam

3 Dinamik 1999 (SKWM)

berdiri belakang (dr kiri): syed, raja, hafiz, akmal, sallehuddin, syazrul, hifzul, ezad, hatta, (x), faiz
berdiri tengah (dr kiri): (x), (x), (x), (x), khairunnisa' (kot), zarith, aisyah, nadzirah, hajar (kot), fyqa, (x), (x), fazreen, (x), (x)
duduk (dr kiri): saya, (x), rozaimi, amirul, fakhrul, cikgu shamsul, amir, haniff, (x), (x), (x)

tak ada dlm gambar lyla, hakym dgn ahmed
(x)* tak kenalpasti lagi identiti mereka..hehe dah lupa lah


seronok bila dapat mengimbau balik kenangan budak2 dulu..lagi seronok dapat jumpa balik dgn kawan2 lama dulu. wlpn kat fb je pun..huhu

semua ni bermula apabila zarith tanya saya "ingat lagi tak amir budiman 3D dulu?" terus saya mintak fb amir kat zarith. bila dah accept tu erk terkejut giler amir masih ingat saya..haha
paling tak tahan ayat dia "ni fatin 3D kan? amek pts kan dulu?"
hebat betul ingatan dia..saya amek pts dulu pn ingat lagi. saya sendiri pun hampir lupa dah semua tu. mesti amir ni selalu usha saya kat kelas ni...suka saya lah tu. hahaha tak ada gurau je..hehe
mmg hepi giler bila ada orang masih ingat kita lagi wlpn dah bertahun2 tak jumpa. lagi hepi time jumpa fb amir tu hari jadi saya. wah kira ni hadiah bermakna jugak lah kan. time birthday dapat jumpa kawan lama..hehe


amir ni lah yg send gambar kelas ni. masih simpan lagi gambar ni..hebat2. saya punya entah kemana hilang tak tau lah. tambah lagi hebat si amir ni dia ingat budak2 kelas. "rozaimi anak askar kan, haniff budak amek kelas arab kan, syed main yoyo n byk lagi lah"
weh amir ko makan apa haa sampai boleh ingatan ko kuat macam ni..jeles aku. haha
bila lah boleh jumpa kawan2 sekolah dulu? rindu plak kat dorang ni..

sila like yea :D

teruja giler dapat surat


teruja giler semalam dapat surat. asek abah dgn ibu dapat surat..akhirnya ada jugak surat untuk saya. excited giler bila dapat surat ni. lagi2 surat tu pasal konvo..haha lagi teruja lah kan.
terus perasaan nk konvo ni rasa dah tak sabar giler..
sebelum ni asek jeles je tengok gambar orang lain berkonvo. aishh bilalah uitm nak buat ni???

penuh excitednya saya bukak surat ni sbb nak tau bila tarikh konvo tp alangkah sedihnya. rupanya nak bagitau suruh kemaskini maklumat kt laman web uitm..
cis mendukacitakan hati saya je surat ni..orang dah kemaskini baru nak sampai surat ni..

uitm cepatlah buat konvokesyen! saya tak sabar ni..baju pun dah ada. haha semangat giler kan..baju raya tak ada lagi tp baju konvo dah ada. hehe
agak2 nnt ada orang nak bagi saya bunga yg ada bear tak time konvokesyen saya?
ah harapan jela nk tapau kt bf..bf pun tak ada. oh sedihnya ayat..ok tak perlu buat ayat tacing yea atyn! hehe

sila like yea :D

syukur tertunai jugak akhirnya


lepas borak dgn si penceroboh tu terus saya masuk tidur. agak awal jugak saya tidur malam semalam wlpn tak ada lah awal sgt pun 11 lebih tp kira awal lah tu. sebelum ni asek tidur kol 2 je..hehe.
malam td pun paksa diri jugak tidur awal sbb kol 3 nnt dah kena bangun. ayah saya ajak 1 family pergi qiamullail kat masjid. lagipun ada sediakan sahur..free plak tu. hehe jgn dilepaskn peluang itu..



Alhamdulillah diberi peluang untuk bernafas lagi untuk hari ni. bangun kol 3 tu terus siap2 untuk ke masjid. ramai jugak yg hadir untuk sama2 qiamullail ni. masing2 tak nak lepaskan peluang. lebih2 lagi di bulan ramadhan yg penuh barakah ni. apa yg lagi saya bersemangat nk pergi qiam ni..imam untuk pagi ni merupakan bekas pelajar sekolah saya dulu..sekolah agama menengah rawang. ustaz hasnil abu bakar namanya..tak tau lah batch tahun berapa. rasa bangga pun ada tak sangka imam yg mengetuai qiam pagi ni bekas pelajar samer. lagi rasa bangga bila abes je qiam saya terdengar ada di kalangan makcik2 ni borak antara mereka dan ada menyebut 1 perkataan yg sgt membuat saya tersenyum dlm hati "samer"

barangkali makcik2 ni borak pasal ustaz ni kot


Alhamdulillah akhirnya hasrat saya nk tunaikn solat sunat tasbih berjaya dilaksanakan jugak. yup ni lah 1st time saya buat sebelum ni tak ada peluang lagi or erti kata lain 'malas'..hehe
solat tasbih ni buat sekali seumur hidup pun dah ok tp lebih elok buat sebanyak yg termampu. sambil bersolat kita bertasbih kpd Allah. bertambah lagi pahala kita ^_^

sila like yea :D

penceroboh sudah dikenalpasti

semalam fb saya di ceroboh masuk oleh seseorang budak. cis berani dia curi2 masuk saya. dah nk marah dah. ada post yg bukan saya antar terpaksa buat konon2nya saya yg antar. tgh dok begang tu tiba2 seorang budak ni tegur "oi"
ok dah tau siapa yg ceroboh masuk tu. hei budak ni mmg nak kena betul. boleh plak dia send forgot pass kt emel saya then cek emel saya tu. tak guna betul..bijak jugak budak ni. saya ni pun satu. guna lagi pass yg sama kt fb dgn emel..kan dah kena.


x: oi
saya: ko ek yg masuk fb aku?
x: hahahahaha
saya: agak dah mesti keje ko. nak balas dendam ke apa ni..hahaha
x: mestilah...hahaha
saya: cis
x: amacam dah rasa penyegat? bagaimana rasanya? hahahaha
saya: oit tiru ayat aku. patutlah tiba2 ada post tu kt status aku..
x: hahaha macam kenal kn ayat tu. aku nk mintak maaf ni buat jahat dgn ko dulu. malu kot member aku semua bahan aku. ko lah ni
saya: siapa suruh cari nahas..hahaha. ala tu baru ckit. ko kenakan aku lagi teruk kot. abes ramai tuduh aku bukan. statement palsu ko punya pasal la ni
x: hahaha yela kak oi aku mintak maaf. aku dah rasa perasaan ko tu..
saya: eh org tu panggil aku 'kakak' la terharu jap...kan bagus macam tu. hahaha
x: aku dah baik skrg ni tak macam dulu lagi dah
saya: bagus lah tu. jgn nak buat dajal kt orang lagi.
x: siapa suruh tak sign out fb..hahaha
saya: hei senyap lah.aku dah tukar pn pass fb dgn emel. ko tak boleh masuk lagi dah. tenteram ckit aku ni..haha



perbualan yg telah diringkaskan antara saya dan juga si penceroboh ni. adoi cam kelakar pun ada pergi melayan budak ni. dulu masa dia ceroboh masuk ada ke patut dia bagitau siapa diri dia. budak2 kan biasa lah tu..haha
disebabkan rasa tak puas hati dgn budak ni..saya mintak bantuan awek dia dapatkn pass fb budak ni. bila dah dapat tu apa lagi..turn saya plak kenakan budak ni..hahaha perangai tak matang dah datang tp tu semua cerita lama punya. dah lama tak dengar khabar budak ni. fb lama pun dah tak guna so tak tau lah apa cerita dia. tiba2 boleh muncul balik..rindu saya lah tu! haha
nampak jugak lah perubahan budak ni. kalau dulu ayat nk kasi lempang je tp skrg dah ok ckit. siap panggil saya 'kakak' lagi tu..terkejut jap. dulu stok 'aku ko' je..bagus2 ada perubahan. maybe sbb terkena penangan saya tu kot. tgk dia dgn kawan2 dia asek mencarut je..tiba2 saya balas kata2 yg baik punya..tazkirah pendek terus budak ni kena bahan dgn member2 dia.

hadui kelakar plak bila ingat balik gaduh dgn budak bawah umur time tu..dah lama tak nakal macam tu..hehe

sila like yea :D

apakah ini?

saya pasti mesti ramai lepasan matrik,stpm,stam dan diploma yg lain dok tertunggu borang permohonan biasiswa jpa dibukakan. saya lah salah seorang drpd ramai tu..hehe. ada kata pukul 11 pagi td bukak..ada yg kata pukul 5. cari link tak jumpa tp saya tak putus asa try jugak cari. sampailah terjumpa 1 blog ni bagitau pasal biasiswa jpa ni.

ok saya pun dgn semangatnya bukak lah link yg diberikan then keluar box merah ni



erk apakah beza antara 2 line merah tu?
aiyoo bila nak bukak ni..dah semangat mau mohon ni wlpn tak berapa pasti boleh dapat ke tak. ah dapat atau tak lain kira janji kita try dulu. ada rezeki boleh lah dapat (ayat masih mengharap lagi ni) haha

sila like yea :D