kem insan rabbani II

Alhamdulillah selesai sudah kem insan rabbani yg berlangsung 22-24 julai lepas. walaupun banyak rintangan yg terpaksa ktrg lalui akhirnya kem ni berjalan dgn lancar. masalah ketara yg ktrg hadapi ialah kekurangan urusetia dan fasilitator. ada sebahagian tak dapat hadir sbb ada urusan yg lebih penting tp macamana pun masalah ni dapat ktrg atasi dgn bantuan oleh pelajar f4 dan f5 sekolah tu sendiri.

terima kasih sangat3 kat dorang ni lebih2 lagi masa minta bantuan dorang tolong ktrg jaga slot 'nightwalk' tu. sanggup tidur lambat untuk bantu ktrg tp rasanya tu la kot masa yg drg tunggu2 kan. mana tak nya ganggu adik2 kem ni siapa tak suka kan..hehe. mmg terbaiklah drg ni..
ada jugak yg tolong jaga PA sistem..bahagian makanan. so sedikit sebanyak pertolongan drg ni dapat membantu ktrg melancarkan lagi perjalanan kem.

masa majlis penutup tu rasa risau pun ada. takut2 peserta kem komen kem ni tak best ke kan tp Alhamdulillah feedback peserta kem semua positif. kebanyakannya suruh tambah lagi masa tidur..hehe tak boleh buat apa. mmg adat kem kurang masa tidur..betul tak?
sampai skrg ni pun peserta kem dgn fasi2 still contact lagi dgn wujudnya group "insan rabbani smkyl"
penat jugak nak melayan karenah adik2 kem ni tp best pun ada. dah rasa macam drg ni junior sekolah saya je. mana tak nya masuk kem ni je dah 3 kali saya join kem under sekolah yaacob latif ni.
tp sedih plan saya nak suruh peserta kem buat persembahan tak jadi sbb kesuntukan masa untuk berlatih..sob~ tak apa lah next time lah buat sketsa tu

ok lah tak nak cakap banyak lagi..layan jela video kat bawah ni. nak letak gambar terlalu banyak pulak..




ramai peserta kem nak lagi kem ni tahun depan nak fasi yg sama pulak tu..tak jemu ke adik2 jumpa muka ktrg lagi? hehe
apa2 pun semoga kita berjumpa lagi..

sila like yea :D