entah!


entah! tak tahu apa yg ingin disampaikan. lebih baik diam dr berkata-kata
hanya mampu pendamkan apa yg dirasa..andai luahkan sekalipun tiada siapa yg memahami melainkan Dia..
mungkin belum tiba masanya berbicara tentang ini..mungkin juga sudah bersedia tapi tidak pasti bagaimana untuk tempuhinya.

sila like yea :D

kem insan rabbani II

Alhamdulillah selesai sudah kem insan rabbani yg berlangsung 22-24 julai lepas. walaupun banyak rintangan yg terpaksa ktrg lalui akhirnya kem ni berjalan dgn lancar. masalah ketara yg ktrg hadapi ialah kekurangan urusetia dan fasilitator. ada sebahagian tak dapat hadir sbb ada urusan yg lebih penting tp macamana pun masalah ni dapat ktrg atasi dgn bantuan oleh pelajar f4 dan f5 sekolah tu sendiri.

terima kasih sangat3 kat dorang ni lebih2 lagi masa minta bantuan dorang tolong ktrg jaga slot 'nightwalk' tu. sanggup tidur lambat untuk bantu ktrg tp rasanya tu la kot masa yg drg tunggu2 kan. mana tak nya ganggu adik2 kem ni siapa tak suka kan..hehe. mmg terbaiklah drg ni..
ada jugak yg tolong jaga PA sistem..bahagian makanan. so sedikit sebanyak pertolongan drg ni dapat membantu ktrg melancarkan lagi perjalanan kem.

masa majlis penutup tu rasa risau pun ada. takut2 peserta kem komen kem ni tak best ke kan tp Alhamdulillah feedback peserta kem semua positif. kebanyakannya suruh tambah lagi masa tidur..hehe tak boleh buat apa. mmg adat kem kurang masa tidur..betul tak?
sampai skrg ni pun peserta kem dgn fasi2 still contact lagi dgn wujudnya group "insan rabbani smkyl"
penat jugak nak melayan karenah adik2 kem ni tp best pun ada. dah rasa macam drg ni junior sekolah saya je. mana tak nya masuk kem ni je dah 3 kali saya join kem under sekolah yaacob latif ni.
tp sedih plan saya nak suruh peserta kem buat persembahan tak jadi sbb kesuntukan masa untuk berlatih..sob~ tak apa lah next time lah buat sketsa tu

ok lah tak nak cakap banyak lagi..layan jela video kat bawah ni. nak letak gambar terlalu banyak pulak..




ramai peserta kem nak lagi kem ni tahun depan nak fasi yg sama pulak tu..tak jemu ke adik2 jumpa muka ktrg lagi? hehe
apa2 pun semoga kita berjumpa lagi..

sila like yea :D

kem lagi sekali




spt yg dinyatakan kat banner ni. lagi sekali saya terlibat untuk kem insan rabbani II SMKYL.
tapi kali ni saya mintak jawatan lain selain biro multimedia. dari dulu jawatan tu je rasa bosan plak kan. saja nak try jawatan lain. Alhamdulillah amalina kasi saya biro perhubungan luar. tugas utama yg saya kena buat cari dana dan penceramah.

banyak rintangan ktrg terpaksa hadapi sampaikan satu tahap ktrg dah rasa down sgt sbb duit tak ada. tarikh pun dah 2 kali tunda. dah banyak tempat ktrg try minta sumbangan tp tiada feedback dan akhirnya segala masalah hampir selesai. Alhamdulillah Yayasan Pelajaran Malaysia memberi sumbangan kpd ktrg. buku,fail dgn pen pun YPM sponsor. jimat dah kos kat situ. syukur sgt3.

tp kali ni agak berat sikit kot untuk saya hadapi kem ni. kenapa? biarlah saya sendiri yg tau. harap dapat berikan yg terbaik untuk kem ni. rasa tak sabar pun ada nak jumpa balik adik2 smkyl ni. masa last meeting kat sekolah tu rasa terharu sgt bila ada peserta kem tegur saya "hai,kak fatin" "eh kak fatin"
lagi2 masa lalu kat dewan terbuka tu..saya tak tau siapa yg panggil saya. ramai orang kat situ. saya mampu senyum je. bukan nak sombong tp malu!
nak buat macamana dah mmg pemalu saya ni. kat kem sebelum ni pun saya senyap je..just senyum je mampu. hee mengekalkan kecomelan diri kot..hehe

sila like yea :D

eksperimen cinta



situasi:
diberi satu keadaan dimana anda menyukai seseorang. anda gembira bersamanya, si dia pandai mengambil hati anda, si dia selalu buat lawak bodoh sampai anda ketawa terbahak-bahak, si dia pandai, si dia sering memberi kata-kata semangat pada anda, si dia sayang pada anda tapi sampai skrg tiada declare antara korang. si dia tidak pernah berbicara tentang cinta tapi si dia sayang dan suka pada anda. anda juga menyayangi dan menyukai si dia tapi sampai satu tahap anda tidak tahan dan ingin mengetahui si dia menganggap anda sbg kawan rapat ataupun lebih dari seorang kawan.



hipotesis:

semakin anda mengharap, semakin anda 'sakit'



pembolehubah:


manipulasi: hati dan perasaan anda dan si dia

dimalarkan: status anda dan si dia
bergerak balas: perasaan si dia



keputusan:
si dia hanya menganggap anda sbg kawan. ada perasaan sayang tapi tidak sepenuhnya. si dia menyukai orang lain tapi tidak terucap. si dia selesa berkawan dengan anda.


kesimpulan:
jangan terlalu mengharap
!!


sumber: google

sila like yea :D

interview lagi?

"you are selected. sila datang ke temuduga untuk jawatan sementara sbg ....... dalam program ....... sila bawa dokumen berkaitan untuk sesi temuduga dan taklimat di .................pada 13 julai 2011 jam 5 petang"


cuti ni banyak betul pengalaman pergi interview kerja ni. termasuk yg ni dah 3 kali..banyak lah tu kan lebih dari 2..haha
interview kali ni rasa cuak plak. kerja under kerajaan ni. apa lah soalan yg dorang nk tanya nanti. harap2 dapat jawab dgn baik. sebagai langkah persediaan, saya pun baca lah artikel mengenai program tersebut. adeh~
panjang lebar plak penerangan pasal program ni. dah rasa macam nak exam je ingat point2 penting..hehe

doakn saya untuk esok. harap kali ni boleh lah dapat...jangan jadi macam kes lepas sudah lah. kena tarik balik setelah memberi jawapan "kamu diterima,datang ofis start kerja terus" kepada saya. kecewa tau tak..dah semangat giler nak datang kerja 1st day lah katakan tp tengok2 kena interview balik sbb ada orang lain apply kerja tu jugak dan budak tu terus dapat job tu dan saya pulak diketepikan. agak sedih lah jugak wlpn saya paham kenapa company tu terima budak dan tarik balik penerimaan saya.

sila like yea :D

untung jugak kan berniaga ni

td dah rasa mengantuk yg amat sangat tp tak boleh nak tidur pulak. entah apa lah yg saya fikirkan. skrg dah pukul 3 pagi. esok bajet nak pergi jogging. harapan je lah tyn ko nak pergi jogging esok. jogging atas katil je lah nampaknya.

bila dah tak dapat tidur ni..dah tak tau nak buat apa. bukak lah 1 buku catatan saya psl jualan perfume saya ni. kira punya kira wow tak sangka. laku jugak rupanya perfume ni. keuntungan yg saya dapat secara kasar dah nak hampir 1 ribu jugak lah. saya start dlm bulan 1 awal tahun ni sampai lah hujung bulan jun ni..boleh cecah sampai tahap tu dah. ni baru jual secara kecil-kecilan. kalau besar-besaran agaknya boleh lebih dr tu kan..hehe

kesempatan ni saya nak ucap terima kasih banyak3 kat nicot,mira zatie dan jugak alyn (junior samer) mereka bertiga ni lah banyak membantu saya jual perfume ni dan diatas bantuan drg ni saya bagi lah komisen sikit untuk drg tp mira zatie tetap tak nak amek komisen tu. saya punya lah nak tlg dia dpt duit sampingan sbb dah tolong saya tp tak nak amek plak dia ni. superb gedix uh...hehe. disebabkan dia tak nak amek saya belanja lah dia mcd. time birthday dia pulak saya hadiahkan something untuk dia.

buat business ni memang cepat untung kan. tak kesah lah secara kecil-kecilan atau sebaliknya. sebelum ni saya tak pernah terfikir nak jual2 ni tp saya belajar dr pengalaman saya kat kelantan dulu. orang kelantan kan ekonomi drg based on business. saya pun amek kos business..so try lah jual2 ni. Alhamdulillah pulangannya memberangsangkan. untung yg saya dapat tu mmg saya tak tipu tp tu just secara kasar lah..detail punya tak boleh bagitau berapa jumlah yg tepat..hehe

korang tak nak cuba ke berbusiness ni? sekali korang dah dapat keuntungan rasa happy je. kalau korang berminat lah nak jual perfume yg saya jual ni kat kawan2 or kolej korang..just contact saya.
nak maklumat lebih bukak link pengedar perfume
drpd hasil ni boleh lah saya buat simpanan sbg modal untuk business yg sebenarnya satu hari nanti

sila like yea :D

itu takdir dariNya


result untuk degree sudah keluar 1 july yg lepas. adeh lambat pulak nak update pasal ni dan inilah suratanNya..saya dapat uitm segamat. aishh dari machang terus kena campak kat segamat. terbaiklah uitm. suka bagi saya travel jauh2.
syukur jela dapat jugak sambung ijazah dan yg pastinya kos yg mohon memang dapat. yup kebiasaannya uitm akan bg 1st choice.

agak cuak jugak nak amek finance ni. dah lah masa belajar dulu agak terpinga-pinga sikit tp gedix nak mohon jugak. ni pun selepas bincang dgn ibu saya dan ibu saya lebih galakkan amek finance sbb bidang dia jugak. anak mak lah katakan..ikut jejak langkah mak lah..ngee~

nasib baik lah segamat tu tak jauh sangat dalam 3 jam macam tu je dr kl ni. yg paling bestnya.."yahuuu abah kasi bawak kereta"
so agak boleh diterima lah dapat segamat tu tp kan saya baru je mintak untuk tukar kampus ke shah alam..hee guna kabel lah apa lagi
tp entah dapat atau tidak saya berserah je sbb tak kesah lah shah alam ke melaka ke segamat ke semua dah ada geng yg amek finance jugak. skrg ni tunggu saja samada dapat tukar atau tidak. lagipun just 2 tahun je degree ni tak ada lah lama sangat dan harap sangat saya dapat perform lebih baik untuk degree ni. mau fahamkan betul2 finance ni sbb habis je belajar..saya dgn beberapa kawan yg lain akan memulakan perancangan ktrg dan saya diamanahkan untuk menjaga bahagian kewangan. fuhh cabaran ni..

kpd kawan2 uitm yg lain tahniah dapat sambung study. mana yg kena campak jauh2 macam saya ni sabar banyak2 keyh. walau kat mana pun korang study "uitm tetap dihati" wa3
syukur sgt3 yuran tak ada lah mahal sgt tp tak aci ada yg dapat lebih murah..diskriminasi betul uitm ni. dah lah campak saya jauh2..cuba lah kasi yuran murah sikit..hehe



p/s: esok saya dah start kerja baru sbg pembantu penyelia. rasa gementar pulak..huhu doakan saya yea

sila like yea :D