transformer superb awesome lah!

setelah kecewa hari rabu tiket dah full. semangat nak tengok transformer terus kecundang. terpaksa lah beli tiket untuk semalam punya. yeahh dapat jugak seat yg agak belakanglah jugak. just tengok yg biasa punya je..3D tak mampu dan seat pun amek yg biasa. dulu penah amek seat couple tp tak ada beza sangat pun. dah agak happy dpt tiket..so jalan2 lah kat wangsa walk tu. pergi main game. macam ntah apa je main game tembak. tak nampak langsung penjahat. asek failed je..benci lah tak nak main dah pasni. haha..
tp main game motor saya menang tu. berjaya kalahkan laki. sebelum ni kalau main game asek kalah je. sebab tu lah saya tak suka main game. orang lain main game boleh release tensen tp saya bertambah tensen..haha





dan akhirnya semalam jam 3.10 pm dapat jugak tengok transformer. wuhuuu~ giler happy lah. banyak babak aksi dan memeningkan saya..haha. korang patut tengok transformer ni. tak rugi uh. ada babak sedih bila bee nak kena tembak..ok saya mengaku keluar gak lah air mata ni..wa3



p/s: terima kasih sudi teman,bawak dan belanja saya

sila like yea :D

kfc sedap hingga menjilat jari



apa komen anda?

sila like yea :D

misi mencari pengedar perfume

salam..hai semua. sihat? harap semua sihat lah yea.

post kali ni saya nak berniaga sikit plak..boleh tak? hehe. sebenarnya saya dah start agak lama lah jugak jual perfume ni. Alhamdulillah business perfume saya ni laku jugak. kawan saya, hanisah azwar banyak tolong saya jual perfume ni kat kolej dia. sambutan agak memberangsangkan. keuntungan yg dia dapat pun memuaskan. boleh lah jugak support perbelanjaan dia.
Alhamdulillah hasil yg saya dapat pun cukup untuk buat belanja. dapatlah jugak duit sampingan drpd tak ada langsung kan?


perfume ni mampu bertahan sehingga hampir 8 jam (bergantung pd cara pemakaian dan aktiviti). setakat saya pakai ni mmg tahan lama. pakai pagi boleh tahan sampai petang. perfume ni jugak dibotolkan menggunakan botol berkualiti tinggi dgn rekabentuk menarik dan lebih kecil sebab tu lah harga pun lebih murah. sesuai dgn harga untuk student. saiz yg kecil senang untuk bawa ke mana-mana.

skrg ni saya nak cari pengedar yg lain..kalau ada sesiapa yg berminat bolehlah contact saya.

emel: atyn_239@yahoo.com


harga untuk pengedar

3ml : RM 8
8ml: RM15

minimum jumlah yg diorder:

3ml sebanyak 24 botol (2 kotak) : RM190
8ml sebanyak 10 botol (1 kotak) : RM150
harga pos akan diberitahu kemudian*

harga yg korang nak jual ikut suka lah. kalau saya ni jual

3ml : RM10
8ml : RM18

so untung untuk 1 botol 3ml rm2..8ml pulak rm3. tak ke masyuk tu? hehe
ni senarai bau untuk perfume:


happy heart
rush 2 type
amore
aroma soft
ocean
overnight
miracle (w)
apple blossom
hugo (w)
ck one
escape
escada
cool water (w)
pleasure (w)
polo sport
polo black
dunhill desire
blue desire
blue jeans
hugo (m)
escape (m)
eternity (m)
cool water (m)





sila like yea :D

semua monorail punya pasal

disebabkan monorail, ktrg tak dapat shopping kat ts
disebabkan monorail, ktrg terpaksa amek celcom postpaid percuma

disebabkan monorail, ktrg kena tukar plan pergi mid

disebabkan monorail, ktrg kena naik teksi untuk ke mid
disebabkan monorail, ktrg berjalan mencari kedai makan kosong

disebabkan monorail, ktrg makan subway je

disebabkan monorail, ktrg pakai main order je (kes semua baru 1st time..hehe)

disebabkan monorail, ktrg makan sebelah kedai arak (bukan salah ktrg subway tu yg dok sebelah kedai arak)

disebabkan monorail, ktrg tak ada hala tuju kat mid



tp



disebabkan monorail lah, ada j card day kat jusco mid valley

disebabkan monorail lah, ada sales kat F.O.S

disebabkan monorail lah, amalina hasut saya
(1 rm35 2 rm56 rugi woo tak beli 2)
disebabkan monorail lah, saya balun 2 kemeja..hehe habis rm56



ini semua gara-gara monorail rosak!!!!

sila like yea :D

sila puji je jangan banyak komen

yeah mood blogging datang kembali. sangat bosan pada ketika dan saat ini. ok lagi sekali saya tertarik dgn status si khai. ah kenapa perlu mamat ni lagi? tak ada orang lain ke saya nak mention kan...haha. nak buat macamana khai ni sekali update status habis gempar fb. status2 dia plak kebanyakkannya boleh masuk akal lah jugak dan ada betulnya.


"perempuan ni,paling pantang kalau orang tegur pakaian dia. lepas ni kalau kau keluar dengan mana mana perempuan,dia pakai baju besar ke,tudung lilit lilit ke,kaler tak sesuai ke,kau puji je cantik. paling takpon kau senyap je,takyah komen apa apa. nanti dia mula tak selesa dengan kau. perempuan ni akan rasa konfiden dengan kau bila dia selesa dengan apa yang dia pakai,faham?"-pesan member guwa satu ketika dulu


atas ni contoh status terbaru khai ni. sokong jugak lah sebab memang betul pun. perempuan mana yg tak suka bila dipuji oleh laki lagi-lagi bf dia. saya kan perempuan tau lah..hehe
saya pernahlah keluar dgn seorang laki ni. saya pakai simple je..tersangat2 lah simple. seluar jeans,tshirt,cardigan dan sandal. dah lah sandal jenis ala2 laki punya..haha sempoi tak?
dah namanya pun keluar area rumah saya je so malas lah nak berlawa-lawa sangat lagipun tu memang style saya. bagi saya penampilan saya tu memang tak lawa pun..dengan tak bermake-up just pakai bedak je.

saya ada cakap kat laki tu "sorrylah tak lawa pun" yela mana lah tau dia malu ke nak berjalan dengan orang tak lawa macam saya ni..tp dia tetap puji saya "comel apa sweet lagi tu" walaupun saya dah tau saya memang comel sejak azali..haha boleh tak macam tu?
tp sweet tu tak tau lah tang mana..haha. terus senyum lebar je tau saya bila ada laki puji saya. dah lah tak lawa macam perempuan lain yg pandai berfesyen2 ni walaupun tak tau lah kan kenyataannya macamana. saja nak jaga hati ke tp yg penting "wah aku dipuji" haha tu yg utama



p/s: untuk khai


khai, kalau kita jadi jumpa nanti..aku pakai macam ni tp bertudung lah, ko dgn sabri tak puji aku "wah atyn sgt cantik lah"..aku sekeh korang. ada faham? hahaha

sila like yea :D

akhirnya

fuhhhhhhhh


fuhhhhhhhhhhhhh


tiup debu2 di blog ni. aiyaa agak sudah lama lah jugak kan saya tak update blog. sebelum ni asek tak ada mood je nak update2 ni. kemalasan yg amat sangat..haha. banyak je cerita nak dikongsikan tp tu la malas nak taip so pendam dalam hati jela. banyak yg berlaku kat saya sebelum ni..bermacam2 masalah terpaksa saya hadapi. maybe sebab masalah2 tu lah kadang2 buat saya mudah terasa hati.

entri lepas saya ada bagitau surat yg tunggu2 tu kan..skrg sudah sampai. akhirnya penantianku berakhir.



bila baca surat ni rasa "wah aku dah ada sijil diploma lah" dah boleh mohon kerja..hehe
tp tak boleh cari lagi kena sambung ijazah plak. sabar tyn 2 tahun je lagi okeyh?!
akhirnya transkrip yg saya nanti2 kan dapat jugak tp plan saya tu tak jadi.
bila saya tanya pendapat kat kawan2 saya semua beri galakan. parent saya pun sokong dgn cadangan tu tp saya rasa saya tak mampu nak handle semua tu. yela nak fokus kat study lagi dalam masa 2 tahun ni..banyak cabaran uh

kalau saya teruskan plan ni mmg banyak rezeki datang kpd saya sekelip mata. belum start apa2 lagi dah ada yg offer tender kat ktrg. kalau laksanakan ni fuhhh lumayan beb wa cakap lu. sebulan boleh cecah 5 angka uh untung..amacam best tak?
walaupun benda tu sedap je dengar..yela siapa tak nak hidup senang kan. saya pasti semua orang nak jadi kaya termasuklah saya tp tak apa lah saya lepaskan dulu rezeki ni. insyAllah akan datang ada rezeki yg lain. betul tak? hehe

so simpan dulu lah transkrip saya ni..mana tau boleh guna untuk benda lain ke kan?

apa2 pun saya ada terima 1 tawaran dr kawan saya..amalina misron
boleh tumpu dekat tawaran tu je..so buat masa ni kumpulkan dulu ilmu dan pengalaman untuk laksanakan apa yg ktrg rancang. hehe



psttt~ saya ada terima 1 job ni dan job tu akan bermula januari depan. saya kena in charge bahagian marketing tp saya amek finance..macamana tu? saya cuba lah beranikan diri terima job tu. cabaran belajar sambil kerja ni kena pandai2 lah bahagikan masa. demi mencari duit poket lah kata kan. harap keputusan saya ni terbaik buat saya. apa2 pun doakan saya ek ^_^

sila like yea :D

setiap saat aku menantimu!




detik demi detik

masa kian berlalu













hari demi hari

aku menunggumu











minggu demi minggu

aku harap kau hadir di rumahku












aku menunggumu dengan penuh kesabaran













tiap kali kedengaran bunyi enjin motor di depan rumahku

aku harapkan ia akan memberikan aku senyuman














tapi sayang itu bukan kau














aku hampa dan terus hampa














betul-betul punya hampa














bila uitm nak pos minitranskrip ni?!! penatlah tunggu. bila tepon asyik jawab "dalam proses" je

sila like yea :D

selamat pengantin baru kawan!

4 jun 2011 yg lepas..selamat sudah kenduri salah seorang kawan baik saya ni. macam tak percaya pulak..budak laki yg selalu menyakitkan hati saya..tak habis2 ada je benda yg nak digaduhnya dah jadi suami orang. plan punya plan..dari arah gombak ni konvoi 2 kereta 1 motor. ingat nak pergi pukul 11.30..akhirnya 12 lebih jugak ktrg gerak. tunggu hazwan settle urusan dia. tak tau pulak dia ada program tapi ok jugak gerak time tu sebab pengantin ada kat dewan pukul 1. tak ada lah lama nak tunggu kan

tahniah kantong!
semoga bahagia ke anak cucu













habis je terus gerak pergi rumah yan pulak. ada kenduri kesyukuran dan tahlil. disebabkan ktrg sampai terlalu 'awal sangat' so makanan sudah habis tp tak kesah sangat..ktrg pun baru lepas makan kan. just menghabiskan air kat rumah yan jela..haha. tujuan utama pergi rumah yan pun sebenarnya nak bergosip..haha adat lah kan perempuan! tp tak sempat nak habiskan gosip..sudah ada orang datang menjemput mau hantar saya pulang. ala bukan gosip apa2 pun sekadar meluahkan perasaan tu je..tak apa kan? haha. luah pasal apa..hanya kawan2 saya je yg tau..peace ^_^v


p/s: terima kasih kpd yg menjemput

sila like yea :D

langsung tak hormat ko lah!

maghrib macam ni lah ada orang buat aku sakit hati. memang aku tak akan maafkan lah. bajet ko budak mesir..ko bagus sangat!!

asal haa budak2 agama ni ramai yg berlagak? lagi2 budak mesir ni. kawan aku yg belajar kat mesir yg amek medic semua ok je. tak ada nak berlagak pun. maaf lah der aku langsung tak hormat ko sbg ustaz. yela keluaran al-azhar kos agama pulak tu..dah tentu ustaz kan tp ustaz apa ko ni. nak nasihat orang konon..dengan kata2 macam tu?
ko buat lah ceramah mana pun orang tak akan dengar kata2 ko tu..

nak kata aku lebih rapat dgn yg lain? sorry la der. ada je dikalangan kawan kita aku tak rapat dgn dia dan aku dendam dgn dia sejak dari f1 lagi tp bila dia pergi mesir ni dia banyak berubah. dulu kata2 dia memang menyakitkan hati tp skrg senang hati je aku nak accept nasihat dia dan senang hati jugak aku maafkan dia wlpn dia langsung tak pernah pun mintak maaf dgn aku. so tak payah nak guna alasan tu ok?!!

kalau dah selalu tanya soalan "ko tau tak aku kat mana skrg?" tak nama berlagak macam tu. nak tunjuk sangatlah kan ko belajar kat ovc. yela aku mana mampu nak belajar kat negara orang ni. tak layak pun. paling jauh pun aku boleh pergi kat kelantan tu je. mana hebat macam ko sampai mesir.

ni yang aku tak jadi nak suruh adik aku sambung belajar kat mesir ni. tak nak ah adik aku jadi berlagak macam ko. kalau belajar hanya untuk membangga "weh aku budak azhar...ko ada?" baik tak payah!!!



p/s: sorry tersangat marah skrg ni. memang dah tak boleh tahan lagi. dari dulu lagi saya pendam ni. lantaklah orang nak kata apa.

sila like yea :D

kalau dulu tp sekarang?!

kalau dulu








asal ayah saya bising je "ish budak-budak ni" saya dah tau mmg kompem marah kat 4 org anak dia yg nakal2 ni..






tp skrg







saya jadi musykil bila ayah saya bising "ish budak-budak ni" saya tak tau ayah saya marah kat siapa skrg ni





kami 4 org adik beradik?




atau




2 ekor ni??




tp bila dengar "ish budak-budak ni berak merata-rata"
haa kompem2 kat budak 2 ekor ni..oit2 ktrg adik-beradik dah besar okay!! reti pergi jamban sendiri. hahaha
serius sangat nakal budak 2 ekor ni..tomei dan kelabu. kadang2 saya rasa nak je buat korban 2 ekor ni. sebab 2 ekor ni lah saya selalu kena marah dgn mak saya. yela dah bagi makan pastu mak saya balik kerja mengedix kat mak saya plak. bising kononnya lapar. dah tak pasal2 saya kena marah sbb tak bagi drg makan. ngrrr~ geram seh
drg ni kalau boleh 24 jam kelubuq..nak makan je kerja pastu berak merata-rata.


boleh stress saya layan karenah 2 ekor ni..haha

sila like yea :D