"saya tak minat laki lah kak"

fuh best betul td. akhirnya dapat jugak kumpul 1 family..abah belanja pizza. wewitt~ dah lama tak macam ni.
yela ramai tak ada kat rumah..saya belajar kat kelantan, adik bawah saya ni dok asrama dan abg plak kerja. shift tak menentu.
rasa seronok jugak..hehe

balik je dr makan kat luar..macam biasa terus online. apa lagi kan bukak fb dgn youtube lah. oit2 jangan pikir bukan2 haa..saya nak tengok maharaja lawak je.
tengah khusyuk layan maharaja lawak tiba2 ym saya ada org tegur. saya sangkakan tu jiran saya..rupanya salah org daa. agak malu lah gak..haha
budak ni asek tanya saya je..siapa bf? kenapa tak cari bf lagi? kisah silam saya pun dia ada tanya.
aii pelik2 org tak kenal tiba2 tanya ni kan. agak tak suka jugak tp kawal dulu. saya pun sakat2 lah dia plak..
tiba2 je..

"saya tak minat laki lah kak"

gurlppp~ mengucap panjang saya..

saya: kenapa boleh macam tu plak?

x: banyak hal laki buat kat saya

saya: contohnya?

x: akk pernah kapel tak?

saya: sebelum ni pernah lah..kenapa?

x: tak kan tak pernah buat apa2

saya: tak..awak pernah tu ke?

x: akk rasa?

saya: erm tak apa lah. benda dah lepaskan..lupakan je. doa banyak2 supaya Allah ampunkan dosa tu. so sekarang ni macam mana? masih belajar lagi?

x: tak sekolah dah..malas lah

saya: awak tak nak sambung belajar sebab kes tu ke?

x: tak lah pindah sabah..duduk pedalaman. malas nak pergi sekolah.

saya: eh mana boleh macam tu..ilmu tu penting tau dr situ lah diri kita ada pendirian hidup

x: tq kak. kenapa akk tak cari bf?

saya: tunggulah masa yg sesuai nanti. kalau bercinta tanpa ada perasaan ikhlas tak guna jugak kan

x: last akk kena mainkan

saya: aah tp akk dah lupakn dah semua tu

x: kalau kena main hati ok lagi kalau kena main ni lagi susah kak

saya: sebab tu akk kata ilmu tu penting. lagi2 ilmu agama..dgn ilmu ni lah boleh teguhkan lagi hati kita. kita boleh berfikir mana baik mana buruk. lepas ni jangan buat lagi tau. jangan mudah percaya dgn laki ni.
skrg ni mmg susah nak jumpa laki yg betul2 baik..

x: sebab tu lah adik cari girl. boleh main confirm tak pregnant kan

saya: eh mana boleh macam tu dik..dosa besar tau. nabi tak mengaku umat nanti. skrg ni adik buat biasa2 je.
jangan ada perasaan macam tu. buang jauh2 tau..insyAllah 1 hari nanti adik akan jumpa laki yg betul2 baik dgn adik dan tak akan abaikan adik.

x: ada ke kak?

saya: ada..setiap org ada pasangan masing2. Allah dah tentukan semua tu cuma kita je yg tak tau siapa pasangan kita tu..

x: ok..terima kasih kak. akk baik sangat. ok lah kak abg adik dah balik. dia tengah mabuk..adik kena masuk bilik cepat ni takut abg pukul.
tq kak..


perbualan ni dah edit sikit sebab ada benda tak boleh publickan..kisah silam budak ni pun saya tak boleh cerita kat sini.
tak nak lah aibkn dia wlpn saya tak mentionkn orgnya. ouh sebelum tu..jangan nak buat2 muntah dgn ayat poyo saya tu ek. korang tak tau berdebar giler saya nak nasihatkan budak ni.
hampir kering idea jugak tau. saya hanya cuba yg terbaik wlpn diri ni banyak lagi yg perlu dibetulkan. tak salah kan?
serius kecian betul dekat budak ni. mmg nampaklah dia perlukan seseorang utk bimbing dia..family??? hurm..family dia bermasalah. korang boleh agak sendiri kan drpd perbualan ktrg tu. sedih sgt2 bila budak tu luahkan perasaan dia. dia rindukan mak dia. tak apa lah saya cuba lah sebaik mungkin untuk bantu budak ni kembali ke pangkal jalan.

target saya skrg...saya nak dia buang jauh2 perasaan 'les' ni. nak betulkan balik fikiran dia. korang doakan saya ek untuk ubah budak ni..
doakn yg terbaik untuk saya dan jugak budak ni ek..thanks korang

sila like yea :D

6 comments:

jojo | tka said...[Reply to comment]

hehe..
gud2..
at least fatin cuba sedarkan dy..
semoga adik tu cpt2 sedar n kembali ke jalan yg benar..
=)

Dee Chicuita said...[Reply to comment]

akak sokong bulat-bulat tindakan awak tu tin! chaiyok2 :)

aliarosli said...[Reply to comment]

yaALLAH, boleh pulak sampai macam tue?

ish, tapi dia tetap sama je, nak gak buat ngan pompan

ish, ape la

semoga dia berubah

Journey of Youth said...[Reply to comment]

salam...
bagus tindakan awk nasihat adik tue.moga banyak lagi org mcm awk nie supaya org kita fhm agama islam nie dgn baik...

Khairil said...[Reply to comment]

syabas kpd atynakmal atas nasihat kepada girl tu....

Anonymous said...[Reply to comment]

adelah lbh baik dia mai klate n jd pmbantu rumah,,atleast dia dpt bina hidup baru n xpelu bgantung pd fmly