mata sering menipu kita!

dikala saya tengah termenung sorang2 depan laptop sambil tu usha fb kawan2 tiba-tiba saya tertarik dgn status sorang mat bunga ni khai.. ok saya sengaja tak nak gelapkan nama khai tu. so sesiapa yg berminat nak berkenalan dgn mat bunga ni silalah add dia..haha tp kalau dia tak approve jangan salahkan saya ek. dia hanya terima orang2 gedix spt saya je...hahaha. so gedix2 kan lah diri korang untuk berkawan dgn dia..hehe

balik pada topik sebenar.


saya sangat setuju dgn statement khai tu. kali ni statement dia boleh dipercayai gak lah..mmg tak kelentong orang dah. saya rasa rata2 akan setuju jugak kan. macam si kakak tudung hitam tu cakap
"apa yg dapat kita lihat pada mata kasar itu yg selalu menipu kita" ok saya bagi 1 situasi yg sering kali benda ni akan menipu kita semua..

situasi 1 (luaran)


gadis A
: seorang yg cun habis lah. berkulit putih, tinggi lampai, body yg shape ala2 model, mata bersinar2, senyuman manis, up to date dgn dunia berfesyen, mudah menyesuaikan diri dgn orang ramai lebih2 lagi lelaki


gadis B
: seorang yg biasa je. berkulit hitam manis, tinggi lah jugak, shape body tu ok lah ada jugak bentuk tp tak seperti model, bercermin mata, senyuman manis, tak update dgn dunia fesyen, mengambil masa utk menyesuaikan diri dgn lelaki (malu)


rata2 lelaki semua akan terpikat dgn gadis A kan? jangan nak tipu lah wahai lelaki sekalian. tau sangat dah lelaki ni pantang tengok perempuan cantik terus nak tackle perempuan tu. ala siapa tak bangga kan ada awek cun?? huh tahu dah!
ok kita sambung balik situasi tadi

situasi 1 (dalaman)


gadis A:
mempunyai ramai kenalan lelaki sebab itu lah mudah menyesuaikan diri dgn lelaki. suka mempermainkan perasaan lelaki kerana sering kali bertukar2 pasangan, sering keluar bersama lelaki samada bf atau kenalan lelaki yg lain, agak bersosial


gadis B:
tidak mempunyai ramai kenalan lelaki sebab itu lah agak malu berdepan dgn lelaki, jarang keluar rumah kerana ibubapa dia terlalu menjaga tingkah laku anaknya, tidak bersosial sangat


so mana yg akan korang pilih?? ala dan dan je korang pilih B kan. tipulah wahai lelaki sekalian saya tau korang akan tetap terpikat dgn gadis A jugak.
"eh mana ada aku tak tengok lah luaran ni aku tengok dalaman baru boleh buat bini"

lagi sekali jangan nak tipu..
kita selalu akan ditipu dgn apa yg ada diluar. yela tak akan lah masa mula2 berkawan korang terus nak soal siasat perempuan tu "awak selalu mainkan perasaan laki tak?" haa test lah tanya soalan ni. kena cepuk dgn perempuan tu jangan nak salahkan saya pulak.


bila mata kita dah dikaburi dgn keindahan yg dapat kita nikmati..automatik keburukan yg ada didalamnya kita tolak ketepi. lumrah kehidupan ni kita akan amek keindahan je betul tak? baru lah sedap mata memandang..betul tak? betul tak?


"eh tak apa lah aku dapatkan dulu gadis A wlpn dia macam tu nanti aku bimbinglah dia betul2"
wah mulianya hati anda..bagus2. saya puji sangat ketulusan kamu ni tp yakin ke boleh bimbing dia? sedangkan diri sendiri pun boleh tentu boleh dibimbing..

kita selalu dengar kan "dari mata jatuh ke hati". boleh tak nak cakap statement ini lah selalu buat kita tertipu dgn pandangan mata kita sendiri. bila kita tengok seseorang hanya dgn mata..kemungkinan kita hanya dapat terima kelebihan diri dia je. keburukan dia langsung kita tak boleh terima. sebab tu lah bila gaduh je tuduh macam2 "ah ko ni harap muka je cantik tp perangai busuk". hurm..dah dari awal2 lagi kita tertipu dgn mata kita. so jangan nak salahkan orang lain pulak. betul tak?


berbanding kalau kita lihat seseorang tu dgn hati kita. (jangan nak tanya soalan BIJAK "hati ada mata ke?" saya cepuk baru tau) maksud saya kita lihat dia dgn keikhlasan hati kita. bila kita lihat dgn hati ni kita akan lebih terima sifat dalaman dia. tak kiralah buruk atau baik..kita tetap akan terima dia seadanya. so kalau gaduh pun..kemungkinan kedua-duanya akan salahkan diri sendiri "tak apalah saya ni je berperangai setan tak layak untuk awak..awak terlalu baik" "eh mana ada saya yg banyak kekurangan..saya yg tak layak utk awak" haa kan bagus tak ada tuduh-menuduh. so tak ada lah dendam2 ni kan..


so kesimpulannya nak menerima seseorang tu dalam hidup kita biarlah ikhlas. jangan hanya nafsu semata-mata. terima baik buruk pasangan kita tu. kalau ada kekurangan pada dia..perbetulkan kekurangan tu dgn kelebihan yg ada pada kita. bukan ke Tuhan ciptakan lelaki dan perempuan utk saling menglengkapi antara satu sama lain. jangan asek dok tengok luaran dia je..sampaikan kita buta dgn apa didalamnya. kepada lelaki sekalian kalau ada awek atau kawan perempuan korang tak berapa cun tp berhati mulia..hargailah dia. macam tu jugak sebaliknya. ok peace no war ^_^v



p/s: pstt~ laki jangan lah terlalu memilih sgt. nak perempuan muka cun je ek.

sila like yea :D

4 comments:

zacky ~786~ said...[Reply to comment]

hang betoii .~

JIJI YU said...[Reply to comment]

celik mata hati dulu..otometik celik mata zahir

Anonymous said...[Reply to comment]

pandangan mata selalu menipu~~
pandangan hati selalu tersalah~~
pandangan nafsu selalu melulu~~
pandangan kabur selalu tertukar~~
hohoho,,tringat lagu nasyid dulu2

Miecyber said...[Reply to comment]

Gadis B terbaek...


Faktor menyebabkan tanah runtuh menimpa Rumah Anak Yatim & Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat