wewitt impian tercapai!

maaf post kali ni guna 'aku' jap..hehe

ya Allah syukur Alhamdulillah..^_^
apa yg aku idam2 kan 3 tahun sebelum ni tercapai jugak. penat lelah..hasil usaha aku berjaya jugak. kerana terlalu gembira..aku masuk bilik parent kejutkan parent saya..haha tanpa perasaan bersalah

"ibu, akk dpt ANC"

ibu terus bangun..ucapkan tahniah pada aku. jelas kelihatan kegembiraan ibu aku. yea ibu aku still menangis tp kali ni bukan lagi menangis kerana kecewa result aku yg teruk. yup ibu menangis kerana gembira melihat anaknya berjaya. akhirnya aku mampu buat ibu gembira dgn kejayaan aku setelah aku kecewakan hati dia spm dulu.

terima kasih ya Allah Engkau kabulkan hajat aku ini..syukur sgt3



yeayyy diploma lulus sebaiknya. gembira tengok kawan2 yg lain dpt result gempak2. tahniah korang..dan paling tahniah atiyyah anoar..wewittt caya lah mu.

"weh aku tak sabar nak konvo dgn korang sume lah..jumpa hari konvokesyen kita nanti. pakai cun2 jubah tu tau korang"

sila like yea :D

taktik yg sering digunakan oleh lelaki!


1) salam. boleh saya berkenalan dgn awak? saya tertarik dgn perwatakan awak. dah lama saya perhatikan awak. awak cantik lah. saya suka tengok awak. harap awak sudi berkenalan dgn saya.

2) terima kasih sudi berkawan dgn saya. gembira hati saya awak terima saya. saya akan cuba sedaya upaya utk jaga awak. saya tau saya bukan baik tp saya cuba yg terbaik ok?


3) ingat tau jaga diri elok2. keluar dgn kawan2 tau jangan sorang. bahaya. balik nanti contact saya yea. saya doakan awak selalu


4) kenapa awak tak contact saya? saya risau awak keluar lama2. ok saya tau saya tak ada hak pun. saya tau saya percayakan awak tp saya tak tau lah nak kata macamana. kita selalu nampak dari jauh je tapi saya rasa awak macam dekat je dgn saya. mungkin ini lah kot orang kata cinta. awak cinta saya tak? tak nak bagitau. ok tak apa saya tau awak cinta saya kan. awak pun dah malu nak jalan kat tempat saya lepak..hehe. tq..i love you too


5) siapa saya dalam hati awak? betul ke awak sayang saya? hehe saja nak dapatkan kepastian lagi. tq awak..sayang awak ketat2


6) awak sejak kita berkenalan kita just panggil saya awak je macam tak special pulak diri saya untuk awak. saya teringin jugak macam member2 saya dgn awek2 dorang. panggil sayang boleh? awak panggil saya b? tak salahkan just panggilan je. thanks sayang..love you


7) sayang, kdg2 b tengok sayang macam tak percaya b je. sayang masih ragu dgn b ke?


8) sayang, b nak sayang tau. sayanglah segalanya untuk b. sayang lah pemberi semangat untuk b. sayang, b harap b dgn sayang tak ada rahsia lagi ek. inikan membuktikan b caring. so jangan risau. b janji akan jaga rahsia kita elok2. love you..muahhh


9) sayang, dah lama kita msg boleh tak kita keluar sama2? sayang bawak lah kawan2 sekali sbg teman..tq sayang..love you


10) o0o dah pandai yea panggil b dgn panggilan 'abg'. tq..ini tambah sayang kat ayang ni. hehe. sayang, kenapa masa kita keluar sayang bawak satu battalion nak jumpa abg? sayang tak percaya kat abg eh? abg betul ikhlas dgn sayang


11) sayang, abg rindulah. kita keluar nak? tak puas lah tengok gambar sayang je..nak jumpa betul2. rindu sgt3. sayang, pakai tudung yg abg bg tu ek. mesti sayang lawa pakai tudung tu. bukan sayang tak cantik..just makin cantik dgn tudung tu..nipis sikit. tp kali ni sayang datang sorang je boleh? bukan apa abg nak luangkan masa dgn sayang..tak nak ada gangguan. boleh yea sayang..tq love you mmmuuuahhhhh


12) sayang, abg mintak maaf dgn apa yg terjadi. abg tersentuh jari sayang td. betul jugak cakap sayang TERsentuh tak apa..hehe makin tebal la cinta abg kat sayang


13) thanks sayang sudi jumpa abg td. cantiklah sayang td. geram abg tengok..hehe. ololo abg romantik sikit pun salah ke? o0o suka abg romantik ek? hehe..love you. td da berani tenung abg ek..amboi dah pandai ek dia skrg..hehe. miss u


14) sayang, nak tanya boleh? rambut sayang panjang tak? just thinking of you at the moment..hehe. tq sayang bgtau..wow abg boleh bayangkan betapa cantiknya sayang abg ni. hehe


15) tadi terbeli tudung pendek untuk sayang. sayang pakailah bagi gambar sayang tu kat abg boleh? tq sayang, cantik sgt sayang. nak buat wallpaper kat hp abg la macam ni..hehe. sayang tak marah kan? biar kawan2 abg tgk hp abg dorang jeles sbb abg ada gf cun..hehe


16) sayang, sayang cintakan abg berapa %? sepenuh hati?? thanks sayang..love you too. abg janji abg akan jaga sayang baik2 dan tak akan tinggalkan sayang


17) sayang, dah lama kita couple kan? tak akan abg pegang tangan sikit pun nak marah. sayangkan milik abg. thanks 4 being understanding..love you


18) sayang, sayang cintakan abg sepenuh hati kan? apa bukti cinta sayang tu? sayang dtg rumah abg tunjukkan bukti cinta sayang..kalau tak kita putus. ok nanti abg jemput sayang ek..gembiranya hati abg


19) hah?!! sayang mengandung? macamana sayang tau? cuba check lagi sekali dgn doktor. tak kan sekali buat dah mengandung ke sayang ada buat dgn org lain. perempuan murahan!


20) aku nak ko gugurkan kandungan tu!! kenapa tak nak pulak? jangan nak bikin hal lah. gugurkan jelah!!


21) tak sakit lah. kenapa manja sangat ni? benda mudah macam tu pun tak boleh buat

22) sorry, aku tak boleh teman ko pergi klinik. malau lah kalau terserempak dgn family or member aku dgn perut besar ko tu


23) apa?? rm5000? ah ko mengandung ko carilah sendiri duit nak gugurkan anak tu. masalah ko bukan masalah aku. lantak ko lah keluarga ko pulaukan ko. ko tu yg bodoh. ko ingat ko tu cantik sgt? aku dah tak ingin perempuan murah macam ko

24) jangan kacau hidup aku boleh tak? aku sibuk tak ada masa nak layan ko

* perempuan tu mati akibat kegagalan proses penguguran

* si lelaki mencari mangsa baru dan kejadian terus berulang




p/s: tak semua lelaki itu baik dan kita sbg perempuan kenalah pandai2 jaga maruah diri kita. jadikan kesucian diri kita sbg hadiah paling istimewa untuk suami kita nanti..peace ^_^v

sila like yea :D

mata sering menipu kita!

dikala saya tengah termenung sorang2 depan laptop sambil tu usha fb kawan2 tiba-tiba saya tertarik dgn status sorang mat bunga ni khai.. ok saya sengaja tak nak gelapkan nama khai tu. so sesiapa yg berminat nak berkenalan dgn mat bunga ni silalah add dia..haha tp kalau dia tak approve jangan salahkan saya ek. dia hanya terima orang2 gedix spt saya je...hahaha. so gedix2 kan lah diri korang untuk berkawan dgn dia..hehe

balik pada topik sebenar.


saya sangat setuju dgn statement khai tu. kali ni statement dia boleh dipercayai gak lah..mmg tak kelentong orang dah. saya rasa rata2 akan setuju jugak kan. macam si kakak tudung hitam tu cakap
"apa yg dapat kita lihat pada mata kasar itu yg selalu menipu kita" ok saya bagi 1 situasi yg sering kali benda ni akan menipu kita semua..

situasi 1 (luaran)


gadis A
: seorang yg cun habis lah. berkulit putih, tinggi lampai, body yg shape ala2 model, mata bersinar2, senyuman manis, up to date dgn dunia berfesyen, mudah menyesuaikan diri dgn orang ramai lebih2 lagi lelaki


gadis B
: seorang yg biasa je. berkulit hitam manis, tinggi lah jugak, shape body tu ok lah ada jugak bentuk tp tak seperti model, bercermin mata, senyuman manis, tak update dgn dunia fesyen, mengambil masa utk menyesuaikan diri dgn lelaki (malu)


rata2 lelaki semua akan terpikat dgn gadis A kan? jangan nak tipu lah wahai lelaki sekalian. tau sangat dah lelaki ni pantang tengok perempuan cantik terus nak tackle perempuan tu. ala siapa tak bangga kan ada awek cun?? huh tahu dah!
ok kita sambung balik situasi tadi

situasi 1 (dalaman)


gadis A:
mempunyai ramai kenalan lelaki sebab itu lah mudah menyesuaikan diri dgn lelaki. suka mempermainkan perasaan lelaki kerana sering kali bertukar2 pasangan, sering keluar bersama lelaki samada bf atau kenalan lelaki yg lain, agak bersosial


gadis B:
tidak mempunyai ramai kenalan lelaki sebab itu lah agak malu berdepan dgn lelaki, jarang keluar rumah kerana ibubapa dia terlalu menjaga tingkah laku anaknya, tidak bersosial sangat


so mana yg akan korang pilih?? ala dan dan je korang pilih B kan. tipulah wahai lelaki sekalian saya tau korang akan tetap terpikat dgn gadis A jugak.
"eh mana ada aku tak tengok lah luaran ni aku tengok dalaman baru boleh buat bini"

lagi sekali jangan nak tipu..
kita selalu akan ditipu dgn apa yg ada diluar. yela tak akan lah masa mula2 berkawan korang terus nak soal siasat perempuan tu "awak selalu mainkan perasaan laki tak?" haa test lah tanya soalan ni. kena cepuk dgn perempuan tu jangan nak salahkan saya pulak.


bila mata kita dah dikaburi dgn keindahan yg dapat kita nikmati..automatik keburukan yg ada didalamnya kita tolak ketepi. lumrah kehidupan ni kita akan amek keindahan je betul tak? baru lah sedap mata memandang..betul tak? betul tak?


"eh tak apa lah aku dapatkan dulu gadis A wlpn dia macam tu nanti aku bimbinglah dia betul2"
wah mulianya hati anda..bagus2. saya puji sangat ketulusan kamu ni tp yakin ke boleh bimbing dia? sedangkan diri sendiri pun boleh tentu boleh dibimbing..

kita selalu dengar kan "dari mata jatuh ke hati". boleh tak nak cakap statement ini lah selalu buat kita tertipu dgn pandangan mata kita sendiri. bila kita tengok seseorang hanya dgn mata..kemungkinan kita hanya dapat terima kelebihan diri dia je. keburukan dia langsung kita tak boleh terima. sebab tu lah bila gaduh je tuduh macam2 "ah ko ni harap muka je cantik tp perangai busuk". hurm..dah dari awal2 lagi kita tertipu dgn mata kita. so jangan nak salahkan orang lain pulak. betul tak?


berbanding kalau kita lihat seseorang tu dgn hati kita. (jangan nak tanya soalan BIJAK "hati ada mata ke?" saya cepuk baru tau) maksud saya kita lihat dia dgn keikhlasan hati kita. bila kita lihat dgn hati ni kita akan lebih terima sifat dalaman dia. tak kiralah buruk atau baik..kita tetap akan terima dia seadanya. so kalau gaduh pun..kemungkinan kedua-duanya akan salahkan diri sendiri "tak apalah saya ni je berperangai setan tak layak untuk awak..awak terlalu baik" "eh mana ada saya yg banyak kekurangan..saya yg tak layak utk awak" haa kan bagus tak ada tuduh-menuduh. so tak ada lah dendam2 ni kan..


so kesimpulannya nak menerima seseorang tu dalam hidup kita biarlah ikhlas. jangan hanya nafsu semata-mata. terima baik buruk pasangan kita tu. kalau ada kekurangan pada dia..perbetulkan kekurangan tu dgn kelebihan yg ada pada kita. bukan ke Tuhan ciptakan lelaki dan perempuan utk saling menglengkapi antara satu sama lain. jangan asek dok tengok luaran dia je..sampaikan kita buta dgn apa didalamnya. kepada lelaki sekalian kalau ada awek atau kawan perempuan korang tak berapa cun tp berhati mulia..hargailah dia. macam tu jugak sebaliknya. ok peace no war ^_^v



p/s: pstt~ laki jangan lah terlalu memilih sgt. nak perempuan muka cun je ek.

sila like yea :D

just a quote!


"i sit here and wonder if you'll ever understand just how much of me belongs to you"

sila like yea :D

jika 1 hari saya jatuh cinta!



Jika 1 hari saya JATUH CINTA




saya akan buat 1 buku



saya akan ceritakan kisah percintaan saya dan dia.



mengenai impian dan kenangan kami bersama.



ROMANTIK?



tahu dah.



kalau BREAK?



kita bako je buku tu.



KEJAM?



tahu dah.




p/s: nak bercinta biar ikhlas

sila like yea :D

"saya tak minat laki lah kak"

fuh best betul td. akhirnya dapat jugak kumpul 1 family..abah belanja pizza. wewitt~ dah lama tak macam ni.
yela ramai tak ada kat rumah..saya belajar kat kelantan, adik bawah saya ni dok asrama dan abg plak kerja. shift tak menentu.
rasa seronok jugak..hehe

balik je dr makan kat luar..macam biasa terus online. apa lagi kan bukak fb dgn youtube lah. oit2 jangan pikir bukan2 haa..saya nak tengok maharaja lawak je.
tengah khusyuk layan maharaja lawak tiba2 ym saya ada org tegur. saya sangkakan tu jiran saya..rupanya salah org daa. agak malu lah gak..haha
budak ni asek tanya saya je..siapa bf? kenapa tak cari bf lagi? kisah silam saya pun dia ada tanya.
aii pelik2 org tak kenal tiba2 tanya ni kan. agak tak suka jugak tp kawal dulu. saya pun sakat2 lah dia plak..
tiba2 je..

"saya tak minat laki lah kak"

gurlppp~ mengucap panjang saya..

saya: kenapa boleh macam tu plak?

x: banyak hal laki buat kat saya

saya: contohnya?

x: akk pernah kapel tak?

saya: sebelum ni pernah lah..kenapa?

x: tak kan tak pernah buat apa2

saya: tak..awak pernah tu ke?

x: akk rasa?

saya: erm tak apa lah. benda dah lepaskan..lupakan je. doa banyak2 supaya Allah ampunkan dosa tu. so sekarang ni macam mana? masih belajar lagi?

x: tak sekolah dah..malas lah

saya: awak tak nak sambung belajar sebab kes tu ke?

x: tak lah pindah sabah..duduk pedalaman. malas nak pergi sekolah.

saya: eh mana boleh macam tu..ilmu tu penting tau dr situ lah diri kita ada pendirian hidup

x: tq kak. kenapa akk tak cari bf?

saya: tunggulah masa yg sesuai nanti. kalau bercinta tanpa ada perasaan ikhlas tak guna jugak kan

x: last akk kena mainkan

saya: aah tp akk dah lupakn dah semua tu

x: kalau kena main hati ok lagi kalau kena main ni lagi susah kak

saya: sebab tu akk kata ilmu tu penting. lagi2 ilmu agama..dgn ilmu ni lah boleh teguhkan lagi hati kita. kita boleh berfikir mana baik mana buruk. lepas ni jangan buat lagi tau. jangan mudah percaya dgn laki ni.
skrg ni mmg susah nak jumpa laki yg betul2 baik..

x: sebab tu lah adik cari girl. boleh main confirm tak pregnant kan

saya: eh mana boleh macam tu dik..dosa besar tau. nabi tak mengaku umat nanti. skrg ni adik buat biasa2 je.
jangan ada perasaan macam tu. buang jauh2 tau..insyAllah 1 hari nanti adik akan jumpa laki yg betul2 baik dgn adik dan tak akan abaikan adik.

x: ada ke kak?

saya: ada..setiap org ada pasangan masing2. Allah dah tentukan semua tu cuma kita je yg tak tau siapa pasangan kita tu..

x: ok..terima kasih kak. akk baik sangat. ok lah kak abg adik dah balik. dia tengah mabuk..adik kena masuk bilik cepat ni takut abg pukul.
tq kak..


perbualan ni dah edit sikit sebab ada benda tak boleh publickan..kisah silam budak ni pun saya tak boleh cerita kat sini.
tak nak lah aibkn dia wlpn saya tak mentionkn orgnya. ouh sebelum tu..jangan nak buat2 muntah dgn ayat poyo saya tu ek. korang tak tau berdebar giler saya nak nasihatkan budak ni.
hampir kering idea jugak tau. saya hanya cuba yg terbaik wlpn diri ni banyak lagi yg perlu dibetulkan. tak salah kan?
serius kecian betul dekat budak ni. mmg nampaklah dia perlukan seseorang utk bimbing dia..family??? hurm..family dia bermasalah. korang boleh agak sendiri kan drpd perbualan ktrg tu. sedih sgt2 bila budak tu luahkan perasaan dia. dia rindukan mak dia. tak apa lah saya cuba lah sebaik mungkin untuk bantu budak ni kembali ke pangkal jalan.

target saya skrg...saya nak dia buang jauh2 perasaan 'les' ni. nak betulkan balik fikiran dia. korang doakan saya ek untuk ubah budak ni..
doakn yg terbaik untuk saya dan jugak budak ni ek..thanks korang

sila like yea :D

i'm tired


penat tau tak??? penattttttttttttttttttttt

sila like yea :D

tahniah adikku!

sabtu lepas berlangsungnya 1 event di sekolah saya dulu. saja merajinkan diri untuk follow mak saya pergi tengok adik saya naik pentas..lagipun dah lama kot tak pergi sekolah saya dulu. sampai je sekolah tu..terus teringat kat member2 gen20 yg lain. serius rindu giler zaman budak2 sekolah dulu..

tp yang terharunya..junior2 masih ingat kat saya ni. waaa~ terharu giler..tp kan seriusly saya tak berapa ingat sangat nama dorang..maaf deh adik2 junior ku sekalian. ingat mana yg rapat jela..hehe lebih2 lagi alin. alin ni salah seorang agen perfume saya tau..haha
kelakar plak bila tengok dia terkejut nampak saya..hahaha. ramai jugak yg tegur kata muka saya dah lain..
pelik2 rasanya biasa je kot..still COMEL macam dulu tak ada berubah apa2. kalau berubah pun MAKIN comel ada lah...hahaha

persembahan choral speaking (b.arab) giler hebatlah dorang.
time ni boleh plak mak saya tanya dorang ni cakap pasal apa. erk?? maaf ibu..anak ibu ni tak pandai arab..hehe. serius tak paham pun laju giler dorang cakap.

wewittt~ itu adik saya..bravo! bravo!



family saya bersama family member baik adik saya

junior2 saya yg berjaya dapat mumtaz dan jayyid jiddan. tahniah yea adik2 ^_^

posing depan kamera merupakan asas menjaga gerai..hehe

ok saya pun nak menyelit jugak..hehe. sebahagian junior saya juga. tahniah adik2 semua dapat sambung pelajaran di ipta. jangan lepaskan peluang yg dah ada ni.
oh asna! akk tau awak baca blog akk kan. ingat pesanan akk tu tau...jangan lupa! hahaha

tahniah jugak kat mamat ni dapat mumtaz dlm SMA 90%.
hebatlah kalah kakak dia uh..hanya mampu dapat jayyid je dulu..sob~

sila like yea :D

kami bahagia jadi jangan kacau!

ini dia seorang ibu yg sgt comel bersama suami kaki panjang dan anak yg comel ikut si ibu sbb bapak dia TAK comel langsung..haha
kami sekeluarga sgt bahagia..boleh macam tu??


pegrhhh giler kontroversi kan post kali ni...hahaha. tak ada lah ni just gambar masa pergi survey tempat kem tu. alang2 pergi situ kan amek lah gambar sikit..
teyka dgn nas teman saya pergi survey tempat tu jap. itupun sbb saya kena hantar dorang balik. so kena lah jugak ikhlas hati tu teman saya..haha dah jangan nak kecoh2..ini bukan suami betul pun. saya single lagi ok..tak kawen lagi. ayah saya tak bagi saya kawen tau selagi tak ada ijazah. sob~

gambar ni sekadar suka2 je..tak ada kaitan samada yg hidup atau mati.
habis peminat nas marah kat saya nanti..haha

sebelum ktrg pergi tempat ni..macam biasa aktiviti ktrg masa cuti ni. memang tak sah kalau tak lepak dekat uma cot tp kali ni ryan dgn hana belanja ktrg makan..wee~
thanks nana & ryan ^_^
banyak betul lauk dorang beli. aku doakan korang kekal ke anak cucu ek & murah rezeki selalu...aminn. nak kawen nanti jangan lupa jemput tau..hehe
meh kita tengok pasangan yg betul2 bahagia plak

ok anak yg sama..biasalah anak pinjam lah katakan tu asek sama je..haha tp serius giler comel budak auni ni. senang je nak jaga dia..tak macam budak2 yg lain. cepat mesra dgn orang lain tu boleh asek tukar tangan je dukung dia. tak banyak songeh...

ok yg ni selitkan lah jugak gambar teyka dgn cot..kang majuk dgn saya plak kang tak masukkan gambar dorang..hehe. ok lah tak tau nak bebel apa lagi..tiba2 kering idea tengok gambar teyka dgn cot ni..mesti sentap giler dorang baca statement saya ni..haha

ok lah tata..mau dinner jap

sila like yea :D

sahabat sejati tidak mengenal rupa!




alololo~ comelnya lah..haha

benci tengok muka kucing tu..masyuk giler muka..haha
tengok kera dgn kucing pun boleh berkawan baik..siap amalkan sikap 1 malaysia lagi tu.
tanpa mengenal rupa,bangsa dan keturunan..boleh je baik2 tp manusia yg boleh berfikir dgn waras still nak gaduh2..fitnah sana fitnah sini...aishh kan elok semua ok jek
tak ada nak jatuhkan maruah orang lain..sama2 saling membantu..barulah aman malaysia ni

sila like yea :D

alahai tolong kasi support sikit kat k-pop!

apa itu k-pop?? ala jgn nak bohong lah siapa yg tak tau k-pop ni..korean pop
dah meletup2 giler dah kan
tipu lah siapa yg tak suka tu. tak kira lah laki ke perempuan pasti ada yg suka kecuali bg mereka yg mmg tak layan korea ni..
mesti korang minat giler2 drg ni kan??





atau mungkin korang minat k-pop malaysia??

buatan asli tanpa cap tiruan. ops silap2 ada cap tiruan...lopek punya barang..hahaha

siapa dorang ni? konon comel sangat lah buat gaya macam tu...eeiyekk nak termuntah weh tengok laki gaya macam ni. tak jantan betul..geli noks
maybe ada diantara korang dah kenal dorang ni kan..ni lah group 1st ever k-pop malaysia..24:7
tak tau lah apa maksud 24:7 tu..hasil dr siasatan yg saya telah lakukn (ceh bajet csi jap) ramai giler kutuk habisan2 group ni..
ada 1 blog tu tak ingat plak blog mana..dia terjemahkan maksud group dorang ni 24:7 bermaksud "jom 24 jam 7 hari kutuk dorang" hahaha terbaik punya lah...
tengok lagi satu gambar kat bawah ni pasti lagi meloyakan korang punya..hahaha

kasi boooooo sama dorang...lagi sekali boooooooooooooooo..kuat lagi BOOOOOOOOOOOOOO

haha kecian nak tiru artis korea tp badan macam lidi...bajet seksi lah tu. adoi saya tengok pun tak ada selera...hak3 muka bajet poyo je..muka macam gay pun ada.. tolong lah ada sesiapa nak meminati bakat dorang tak? kecian dorang ni..tolong lah bg support sikit kat dorang ni..kecian penat dah dorang mencuba diri utk setanding dgn korean pop tu.. hahaha

bajet badan sgt lah ketul2 macam artis u-kiss

tp perut buncit lah der..haha

semangatnya dorang ni berlatih..kasi lah support sikit..haha

tak nak kasi support tak apa, kasi lempang pun jadi lah..hak3

sila like yea :D

last gathering

ceh baru skg nak update padahal cerita lama ni. ah tak kesahlah kan saya mau update jugak..hehe
alhamdulillah selamat jgak saya sampai kat kl ni..tp masa nak tinggal kelantan tu rasa sayu je. lepas ni dah tentu susah nak jumpa kawan2 semua..
rasa syukur jugak saya masuk group D masa mula2 MMS dulu..classmate semua giler2..wlpn group saya tu dibubarkan masuk pulak group C tp rasa best je. dapat jugak kenal member2 group C yg sempoi. masa mula2 nk masuk tu risau jugak takut tak boleh nak ngam tp andaian saya meleset...hehe drg best uh

sebelum start final exam lepas..ktrg semua pakat nak buat last gathering sebelum berpisah ni. sgt syok weh..happening giler. mmg ktrg lepaskn semua tension dulu lah sebelum start exam. ni pun last minit punya planning tp alhamdulillah jadi jugak. ktrg konvoi 8 ke 9 buah kereta..
biasalah kelas ktrg ni kelas paling ramai..hehe

ok lah malas nak bebel banyak2..layan jela gambar ktrg




















p/s: sayang mereka semua

sila like yea :D