oh perempuan gedik!

bila baca post khai pasal semua perempuan gedik ni rasa macam best lah pulak. nak buat jugak lah post pasal gedik ni.. sifat gedik ni mmg tak lari dr perempuan. cuma ada tahap2nya. ada yg giler2 punya gedik. ada yg biasa2 je. macam2 lah andaian orang terhadap gedik ni.
ada yg kata gedik itu manja. ada kata gedik itu memualkan. ada kata gedik itu comel.




rata2 semua laki tak suka kan perempuan gedik ni. siapa tak rimas kalau awek asek buat hal je. sikit2 nak merajuk kalau tak memenuhi permintaan dia tp sayang punya pasal terpaksa lah kan jadi gentle utk pujuk si awek tu. tp kan rata2 jugak perempuan itu sendiri tak mengaku yg dia gedik orangnya.

kenapa ek dorang tak nak mengaku? dan sebok dok mengata kawan dia atau perempuan lain tu gedik??


sbg seorang perempuan meh saya jawab..ok sifat gedik ni sebenarnya sifat yg semulajadi. kadang2 ktrg sendiri pun tak sedar "oh aku tgh gedik rupanya" haha boleh tak camtu?
ok be serius ek tyn!!

percaya atau tak perempuan ni bila depan laki je automatik perangai dorang akan berubah lebih2 lagi bf. tak percaya cuba lah tanya macamana perangai awek korang kat kawan2 dia.
pastu tengok pulak perangai dia depan korang pulak. sama atau tak? kompem akan lain punya lah. lagi2 tang nada suara. bila cakap dgn kawan punya lah kasar, gelak pun bagaikan 1 dunia boleh dengar tp bila depan bf terus jadi ayu je suara.
bukan nak buat2 gedik tp tak boleh nak control tp kalau depan kawan laki yg dah rapat dgn kita mmg tak akan segan2 nak serlahkan kekasaran kita. nak bergurau tu pun selamba je cakap lepas..hehe
hah lagi satu tang kalau makan pun sama jugak dok cover2 ayu tp bila makan sorang2 huh hilang keayuan tu..
haha betul uh..tak tipu punya sbb saya pun macam tu...haha segan kot nak tunjuk gaya makan yg sebenarnya depan laki. kang habis dorang x jadi nak ngorat saya...haha
lagi2 time tengah lapar giler...hak3 saya kan gedik!! ada saya kesah?!
siapa jadi suami saya nanti harap bersabar lah yea dgn perangai saya ni...haha

kalau tang bergambar pun sama. perasaan tak kebanyakkan pose perempuan mesti ada gaya gedik2..ala2 cute gitu. kenyitkan sebelah mata..then sambil tu peace. ada setengah tu mmg sengaja dibuat tp lah kan bagi saya pose tu mmg automatik akan buat sebab mmg dah naluri seorang perempuan suka benda2 yg cute miut ni wlpn dalam hati dorang tak bermaksud pun nak mengedik depan kamera.


tp sesama perempuan pun kdg2 menyampah gak dgn perangai gedik kawan2 dorang atau perempuan lain. bagi saya lah kan penilaian laki dgn perempuan pasal gedik ni lain2.
lagi2 kalau gedik tu mmg sengaja dibuat..
kdg2 tu gedik yg dibuat2 ni dtg disebabkan perempuan ni rasa tercabar dgn kecantikkan seseorang. contoh lah kan..ktrg lima sekawan pegi ke cafe. salah seorang member ktrg tu mmg cantik orangnya. for sure lah kan dlm ktrg ramai2 ni dia yg akan menyerlah. so semua orang akan memerhatikan dia. then ada pulak sorang member rasa tercabar...nak jugak dapat perhatian dr orang ramai. so dia apa lagi buat lah aksi2 manja yg memualkan tu. kononnya diri pun sgt cantik orangnya. tambah pulak tiba2 ada kucing dtg kt bawah kaki dia.
mula lah terjerit2 konon2nya geli. mungkin dalam hati dia dgn harapan ada laki tampan dtg tolong halaukan kucing tu.
sbb tu lah kalau ada kawan2 perempuan korang asek bising je
"gedik giler perempuan tu" tu bermakna perempuan yg dimaksudkan tu dah tersangat lah over gedik dia. senang cerita tak suka lah perangai perempuan tu.
mana tak nya..kdg2 tu sampaikan aksi ala2 manja dia boleh memalukan kawan sendiri tau. yela tak pasal yg bersalah pun akan dianggap gedik jugak. kesian dorang. ada jugak kes sesama
perempuan pun dok mengada2 buat manja. meluat giler tang gedik macam ni. rasa nak lempang je kan..

kalau ada kawan perempuan korang kata dia tak gedik tu bermakna mungkin gedik dia kurang sikit kot. apa2 pun saya memang gedik orangnya..sebab saya kan COMEL!!! haha



tp kalau korang tengok artis korea dok nari2 seksi tu tak pulak kan kata dorang gedik?? aiyoo tak paham laki ni

sila like yea :D

3 comments:

sarah mohamad said...[Reply to comment]

hiks. kadang2 bukan gedik tapi manja. hiks

Raji berkata said...[Reply to comment]

hohoh btol bukannya gedik just need attention jer kan ;D

farazura said...[Reply to comment]

oh aku tergedik...!!
hehe..mmg betul..kdg2 kita xperasan kita buat gedik... tp xde niat pon nak gedik.. bukan gedik sbnrnya...just manja..dh mmg sifat pompuan..