sayang bukan rahsia!

Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....

Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!

Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!

Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..

Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.

Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.

Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.

Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin, tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.

Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.

"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"

Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.

"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"

Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.

"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."

Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.

"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."

E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.

"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"

"Salam. Isteri?"

"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"

Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?

"Hello?"

"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"

Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.

"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"

Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.

Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.


copy dr facebook je :D


sila like yea :D

yepiee~ dah habis diploma

tanggal 28/4/2011...tamat sudah diploma saya..wee~ harap semua paper lepas lah tak ada sangkut2 ni. Alhamdulillah last paper ni boleh jawab..tersenyum tgk soalan2 dia. harap2 lah boleh cover balik carry mark yg rendah tu..hukhuk
Alhamdulillah jugak semua paper boleh jawab cuma paper ENT je lah agak tak berapa nak ok sangat..huhu tawakal je kan.

yeah~ sudah 3 tahun saya kat kelantan ni. banyak benda yg saya belajar disini. dapat jugak lah kenal budaya kelantan macam mana. belajar kecek demo...hehe tak ada lah pandai sangat pun kecek. segan lah asek sebutan salah je...haha
borang alumni pun dah isi..wah tak sangka makin muda saya ni...haha. lepas ni degree plak 2 tahun..fuhh harap2 dapat kat shah alam plak. tak larat nak naik bas berjam2 dah..

bila dah habis diploma ni bermula lah satu perpisahan..pasti akan merindui mereka semua


rasa tak sabar pulak nak tunggu parent dtg amek..tp sebelum tu mau pergi bukit keluang dulu esok mau lepaskan semua tension..hehe tak sabar plak nak tunggu ada orang dtg jemput esok..

sila like yea :D

betul ke orang yg cintakan kita buat macam ni?!

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau uturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.





11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



just copy paste dr facebook je..macam menarik plak nak share kat sini. tp betul ke semua ni??
kalau lah semua kat atas ni bf/gf korang buat...betul lah kot dia cintakan korang. orang tak ada bf macam saya ni mana lah nak tahu kan..hehe
sila lah percaya yea..penat dah jawab asek orang tanya je siapa bf saya..perli saya ke apa soalan tu...
dah jawab jujur tak nak percaya plak..kang menipu berdosa plak...haha

sila like yea :D

diserbu polis!

korang ada ke kena kenangan kena serbu dgn polis? tak ada kan? tak ada kan??
selalu tak korang tgk berita ke 999 ke polis serbu kelab malam?
mesti pernah kan..korang boleh bayangkan saya dgn geng uma sewa kena serbu dgn polis lebih kurang macam kat tv tu?
haha mmg terbaik punya kenangan lah...tak sangka plak saya akan alami pengalaman macam ni tp tak ada lah sampai kena tahan kat balai polis

tengah syok2 ktrg karok tiba2 je ada seorang laki masuk tunjuk kad...then dia kata dia polis..
ingat tipu..yela muka macam budak2 kdg2 mana boleh percaya sgt kan takut polis palsu ke..
ok rupanya mmg sah dia polis..
tp tak ada apa2 pun..drg just nak tengok ic je..then drg suruh sambung karok balik..haha
bapak sempoi lah abe polis tp huh mengatai giler..biasa lah kan polis muda jumpa plak perempuan cun2+comel2 macam ktrg mula lah naik miangnya tu. dorang just nak buat pemeriksaan je takut ada pendatang tanpa izin ke..premis tak berlesen ke..premis tutup lewat sangat ke..
haa tu jela..nasib baik ktrg tak bawak dak laki. kalau tak lagi lah parah jawabnya...

sila like yea :D

nikmatnya weh!


fuh yepieee~
lega giler weh hari yg penuh perit sudah berlalu...rasa heaven giler lah dah lepas 2 paper. rasa macam dah habis exam je. giler best dapat keluarkan semua apa yg belajar selama ni..paling best bila apa yg saya baca tu keluar..walaupun banyak gak merapu..haha

ok malam ni mau pegi karok dgn geng uma sewa saya..mau lepaskan segala tensen sebelum start baca subjek lain plak..
tinggal lagi 2 paper je lagi...chaiyokkk atyn!!

sila like yea :D

saya busy study!



study week kini bermula. ini bermakna saya kena gunakan masa sebaiknya utk ulangkaji pelajaran.
so beberapa strategi saya harus lakukan..

1. kurangkan tidur

2. kurangkan online


3. kurangkan blogging


4. tidur awal,bangun awal


5. rajin pegi library


6. rajin buat past year


7. siapkan nota2



kalau korang nampak saya online sila marah saya ok!!

siapa yg msg saya..maaf lah ek saya tak akan balas. nak tanya khabar ke nanti2 lah dulu..
saya sibuk study..nanti bulan 5 baru boleh tanya khabar...haha
lagi pun saya malas giler nak topup..so jangan nak tacing2 dgn saya haa tak balas msg korang tu..


sila like yea :D

mampukah?!

terharu saya dibuatnya bila ayah saya msg saya secara tiba2..jarang sekali ayah saya amek tau pasal study saya. ok bukan tak amek tau langsung cuma biasa lah ego seorang ayah lah kata kan konon2nya tak berapa nak tau sangat hal anak tp dalam diam dia punya lah memikirkan pasal anak.

semalam tiba2 je ayah saya msg..

"tq kerana akak dapat anugerah dekan X kali. utk ke X mesti lebih baik tau"

terus saya baca msg tu rasa terharu sgt. nages jap..hehe
yela tak pernah2 ayah saya msg macam ni. saya exam bila pun ayah saya tak pernah tanya. selalu ibu je. korang pun mesti sama gak kan...ibu korang yg selalu msg or call tanya perkembangan study kita. kalau ayah saya ni just amek tau bila result exam kuar je..hehe
bajet nak diam je pasal tarikh result tp dia lagi up-to-date pasal ni..
mesti dia tanya kazen saya sbb kazen saya pun uitm gak..adoi tak dapat nak rahsiakan..haha

terus saya rasa bersemangat balik bila dapat msg ayah saya ni. segala masalah dan kesedihan yg saya pendam selama ni terus hilang. tak pikir kan dah...dalam fikiran saya "aku kena dptkn dekan jugak sem ni"

terus azam saya nak dekat exam ni nak tidur awal bangun awal...kena jugak laksanakan. tp kali ni dah kena bangun sendiri2..kena jugak lawan nafsu tidur tu..fuhhh pegi jauh2 sifat malas ni. jangan halang saya!!!!!

tp mampukah saya??
dengan result test yg teruk...boleh ke saya capai target saya utk kali terakhir ni???
risaunya...

sila like yea :D

perginya seorang sahabat!

baru lepas berapa minit saya post ttg kawan baik saya..saya dikejutkan dgn 1 berita mengenai salah seorang kawan sekolah menengah saya..



terpaku! tergamam! tersentap!
apabila dengar berita mengenai kawan saya...po'lee telah tinggalkan dunia ni buat selamanya. wlpn saya dgn arwah tak rapat..tak pernah langsung bertegur kat sekolah dulu tp selepas spm ktrg bercontact di ms..
masa tu jumpa balik kawan2 sekolah menengah yg pindah ke sekolah lain..salah seorang drpdnya adalah po'lee..
masa mula contact dgn arwah agak janggal..yela tak pernah bertegur kan. kenal macam tu je..
tp masa ktrg borak2 tu macam pernah rapat je sebelum ni..arwah banyak bagi nasihat & kata2 semangat kat saya..paling selalu dia pesan "jangan mudah percaya dgn laki"
time tu saya baru je dikecewakan..so dia selalu jugak lah suruh saya tabah semua.




ingat lagi arwah main gitar sambil nyanyi masa reunion tahun lepas..
tak sangka tu lah kali pertama ktrg berjumpa selepas berapa tahun berpisah...tak sangka tu lah jugak kali terakhir..

al-Fatihah buat arwah..semoga roh arwah dirahmati dan tergolong dalam golongan yg beriman
"toyak rider" itu lah nama yg saya save di phone saya

sila like yea :D

kawan terbaik [amira izzatie]!

fuhhh leganya semua presentation,test n quiz saya sudah settle...dah boleh rest sikit skrg. dah boleh fokus pada final exam plak nanti. dah lah 1st day exam ada 2 paper..so kena study awal2 ni. sem ni penentu bg saya untuk capai impian saya masa grad nanti. doakan saya ek..

ikutkan petang2 macam ni saya nak tidur jap..nak qada' balik tidur lewat sebelum2 ni tp tak boleh nak tidur plak. teringat pesan seseorang tak bagi saya tidur petang2...siapakah orang tu?? tettt~ rahsia yea...hehe

disebabkan tak boleh nak tidur ni saja jela usha balik gambar2 dinner pre-graduate yg lepas. tertengok saya bergambar dgn seorang kawan baik saya. tiba2 rasa nak update pasal dia jap..boleh?



dia ni lah member kamcing saya..
dia ni lah member saya sejak dari form 1 lagi..
dia ni lah member sebelah katil saya masa form 2..
dia ni lah member pegi kelas sama..
dia ni lah member pegi makan sama2..
dia ni lah member mandi saya....erk mandi?? ok sila jgn otak biru yea...haha
dia ni lah member gaduh saya satu ketika dulu..
dia ni lah member dorm saya paling gedix..haha


gaduh2 ni mmg dah sebati dlm hidup ktrg...haha adatlah dlm persahabatan kan ada perselisihan faham tp dari perselisihan tu lah lagi merapatkan ktrg. mana tak nya..saya dapat matrik melaka dia pun dapat gak. ni saya dapat uitm machang..dia pun sebok nak dapat gak...haha tp bagus lah ada jugak geng kat sini..hehe

bila ingat balik kisah ktrg dulu..adoi lawaknya. serius uh cakap ktrg ni selalu sgt gaduh sampaikn kakak dorm dgn kawan ktrg yg lain pun dah penat nak tolong settle kan...haha
tp gaduh2 ktrg pun..pegi kelas, pegi makan, pegi surau, pegi mandi, pegi prep still sama2 gak wlpn time tu ktrg tgh gaduh...hahaha
sengalkan?
kdg2 tu saya sendiri tak tau yg ktrg ni rupanya tgh gaduh..haha yela bangun pagi2 subuh tu saya kejut dia ajak pegi mandi...pas mandi muka masam..tak bertegur tp time nak pegi kelas dia tunggu saya tak pun saya tunggu dia sebab nak pegi sama2. pastu kat sekolah muka masam balik..pas solat zohor ok balik pegi makan sama2..then kat prep muka masam tegur pun masing2 buat dek je..tp bila petang dia tolong copkan tempat mandi untuk saya...hahaha
adoi sgt sengal zaman budak2 dulu..

masa form 4 dia pindah sekolah..masa mula2 dia pindah tu ada lah jugak contact2 tp lama2 tu terus lost contact. penat gak uh saya cari no dia..dah macam2 no saya try call & msg tp tak dapat jugak contact dia. mmg dia menyepikan diri lah..hampir 2 taun tak dengar khabar dia..
tp saya tak putus semangat still jugak cari..dan akhirnya saya jumpa ms dia..
so sejak tu ktrg contact balik..
gitu lah kisahnya..

wlpn kolej ktrg lain2 dulu..ktrg cuba jugak untuk dating kat foodcourt 2 minggu sekali tp kalau masing2 busy..sebulan sekali pun jadilah..
saja nak bergosip..nak cerita masalah semua. kalau saya mintak bantuan dari dia pun..dia tak pernah katakn 'tidak'..
sedaya upaya dia akan tolong saya...kalau dia cerita pasal laki then saya tak setuju dia dgn laki tu pun..dia pun ikut je cakap saya...hahaha saya siap ugut tau "kalau ko kawen dgn dia aku tak nak dtg kenduri ko"
haha giler jahat kan saya?
bukan apa laki yg dimaksud kan tu saya tak suka...pernah gaduh dgn si mamat tu..kalau kawan2 sekolah saya baca ni mesti drg paham siapa laki tu...haha

paling terharu masa saya sem 3 ke sem 4 dulu..masa tu saya demam teruk. doktor nasihatkan saya rest kat rumah. masa tu plak kecoh h1n1..so saya amek keputusan untuk balik kl. yang ada tiket malam time tu. mira ni lah yg tolong antarkan saya ke stesen bas..
ktrg ni dah lah dok kolej..jauh tinggi atas bukit kolej ktrg tp dia sanggup turun bawah malam2..mintak permission felo untuk kuar malam jap (pstt~ peraturan kolej ktrg sgt tak best pompuan kena masuk sebelum pukul 7..bosan kan?) amek kete sewa.
then naik kolej balik amek saya..kalau korang sanggup tak nak buat? mesti akan malas kan..
tp dia sanggup demi saya..bukan saya nak menyusahkan dia cuma dah tak ada siapa lagi yg saya nak mintak tolong..
bila saya mintak maaf kat dia sbb yusahkan dia semua..dia hanya balas "rilex lah kita kan dah lama berkawan"

sebab tu saya sayang gilerrrr dia..
dia mmg kawan terbaik saya..mmg saya tak akan lupa peristiwa tu..



psttt~ mira! aku sayang ko..(malu ni aku nak ngaku) haha..agak2 degree nanti kita still dapat tempat yg sama lagi tak?

sila like yea :D

menggila dgn mek yah!

semalam baru je lepas event pre-graduate night uitm saya..tp malas lah nak update dulu pasal tu. gambar tak habis copy dari kawan2 lagi..tak best lah kan update tanpa gambar2 cun ktrg..hehe
so korang layan dulu gambar "menggila" saya dgn tyahsaghu masa dinner semalam..


kami comel!





erk tiada motif!





gigi kami cantek!





saya nak marah ni..
lebih baik korang komen cepat post saya!!! haha

sila like yea :D

cinta si pengkid?!

best pulak topik kat wanita hari ini "cinta si pengkid". bila tengok isu pengkid ni makin heboh rasa nak tergelak je..haha bukan apa teringat balik kisah saya dulu. caya tak dulu saya tomboy orangnya. housemate saya ada tanya apa beza tomboy dgn pengkid ni?
bagi saya..tomboy ni just kelakuan je macam laki tp naluri dia still macam perempuan. perlukan laki dalam life dia...
kalau pengkid mmg dah ada langsung naluri seorang perempuan.



ok lah tak nak cerita pasal perbezaan ni. nak cerita kisah saya dulu. siapa tak nak baca pegi main jauh2..sebelum tu tinggalkan jejak korang ek.
kalau dulu fuh saya ni ganas jugak orangnya. semua laki minat tu lah yg saya minat. kira apa yg ayah saya beli utk abg saya..haa macam tu jugak lah ayah saya kena belikan utk saya...hehe.
kalau tang nak beli tshirt..bahagian laki jugak lah saya akan pegi. tak heran orang lain nak kata apa pun. kalau dulu tak suka betul design tshirt perempuan ni. girly giler..

serabut je tengok. pernah jugak lah ayah saya belikan skirt utk saya. time tu zaman budak2 lagi. hehe langsung tak pakai skirt tu..

hanya kat tadika je saya terpaksa jugak pakai skirt..benci uh. lagi2 tang konsert kat tadika dulu tu. bukan takat pakai skirt je..subang pun kena pakai.
dapat plak subang besar giler...benciiiiii betul..
dari segi pemakaian tak payah cakap lah...ingat lagi dulu zaman trend pakai tshirt kat dalam kemeja kat luar. suka giler fesyen macam tu time tu. pegi tusyen pun pakai baju macam tu tau..
then pakai cap...time tu zaman free hair lagi. potongan rambut korang paham jela kan..hehe
ada banyak lagi barang perempuan yg ayah saya beli utk saya tp macam biasa tak pernah guna pun sampai skrg..hanya perhiasan semata2..hehe tak kena dgn jiwa lah..



biasanya budak2 perempuan ni akan suka main mak2 kan...tak pun kawen2..masak2. saya ada jugak lah main kdg2 tp tak selalu sgt lah..
sbb saya selalu join jiran2 saya main. jiran2 saya plak majoriti laki. sah2 lah kan main permainan laki. bola sepak..hoki..ping pong..badminton..takraw..semua permainan laki saya pernah main. jangan main2 saya pernah tau buat lipat dulu...haha hebat tak? jiran saya yg ajar..haha tp kan kalau main bola sepak je mesti saya selalu jadi mangsa jadi keeper. giler kejam letak saya posisi tu..pastu bila bola lari jauh..
saya jugak lah yg kena pegi amek..bapak buli saya uh..haha

bab race basikal pun saya lah juara...haha bukan nak berlagak tp mmg kenyataan tau. tercabar jiran saya..tak puas hati punya pasal drg ejek saya lari lembab..
ceh tau lah tu kelemahan saya tp sejak saya pernah kena kejar dgn anjing..haa amek ketinggalan ko kt blkg...hehe
mmg tak boleh lah dak laki ejek2 kelemahan saya ni..rasa tercabar betul...hehe

kat sekolah rendah plak saya aktif olahraga. paham2 jela kan budak2 olahraga biasanya macamana. mmg dulu saya tak berapa suka kawan dgn perempuan. bagi saya leceh betul.
sikit2 nak merajuk..tu saya lebih rapat dgn laki. tp rapat2 pun saya pantang laki dok dekat2 dgn saya. ingat jugak lah saya pernah tumbuk sorang laki ni gara2 dia diri sebelah saya..
haha jahat tak saya tak ada motif pun nak tumbuk dia..hahaha


tp tu semua dulu...skrg saya dah berubah giler. bila masuk sekolah agama tu..kawan2 semua lembut2 je..ayu..tak ada dah geng ganas2 ni. lama2 tu saya pun terikut dgn cara dorang.
masa form 5 masuk plak group nasyid. pakai jubah dgn tudung bidang 60. habis je event tu ktrg dak asrama boleh balik rumah. macam biasa malas nak naik bas suruh ayah saya amek.
masuk je kereta terus kena dgn ayah saya
"eh betul ke ni anak abah..pakai jubah dah skrg" giler ngajing uh..x payah cakap mmg malu gak lah.
sampai rumah ibu saya plak buat2 terkejut. teragak2 nak sambut salam saya..ingat salah anak kot...haha

rasanya ada lagi kot sisa2 perangai tomboy tu dalam diri saya ni cuma dah tak ganas macam dulut tu je sbb tu ada kawan saya kata..

"tyn bila ko pakai baju kurung ni nampak jugak lah fatin tp bila pakai tshirt hilang dah fatin tu..mmg sesuai lah ko ada nama laki ni" haha



bagi saya lah kan isu cinta si pengkid ni terjadi mula dari kawan biasa dulu..pastu kawan rapat..then kapel lah mereka..

mmg tak dinafikan golongan pengkid ni mmg jenis memahami..dari segi persahabatan plak mmg dorang akan jaga giler..bila dapat tau kawan dia ada gaduh dgn sape2 dia akan protect habis-habisan kawan dia tu..tak kira lah kawan dia bersalah atau tak mmg dia akan menangkan kawan dia je..even kawan dia tu baru je kenal..

bila kawan dia tengah sedih...dia akan cuba gembirakan balik dgn cara dia sendiri. dah namanya berperangai spt laki...for sure lah kan seorang pengkid ni akan buat apa yg laki buat..pegi lepak2. so dia pun bawak lah sekali kawan dia tu kuar lepak jugak..kdg2 tu tak ada niat nak mengorat pun tp dah dia ni layan kawan dia macam laki tu rasa best je..then timbul lah perasaan nak kapel tu..
"konon2nya pengkid ni lebih memahami dia"

tu sbb bila orang dok cakap pasal pengkid ni saya just terima je tanggapan orang. majoriti akan salahkan pengkid. ok bukan saya nak bela pengkid ni tp kena tengok gak si pasangan pengkid tu.
pengkid ni kebiasaanya lah akan ikut je apa kehendak kawan dia tu. bila di ajak berkapel pun..dia x kesah. layan je demi utk kawan dia...tp ada jugak kot jenis yg bajet macam laki nak mengorat2 awek ni..tang ni saya tak tau lah sbb tak pernah bergaul dgn jenis macam ni lagi dan tak nak pernah sbb takut saya jadi macam dulu...haha
saya dah gembira jadi diri saya skrg..hehe


tp macamana pun kalau dah perempuan mmg perempuan lah jawabnya.

tak payah lah nak jadi tomboy or pengkid ni. dah Tuhan ciptakan kita sbg perempuan..syukur lah..

ada sejuta kelebihan yg Tuhan ciptakan utk kita sbg perempuan ni..tak perlu lah nak ubah diri tu jadi jantina lain..

pendapat tadi pun hanya pendapat saya sendiri...tomboy dgn pengkid ni ada kait jugak..jadi saya paham lah sikit kot situasi dorang macamana..

paling saya respect giler bab persahabatan ni...serius mmg dorang jaga giler2. jahat mana pun dorang...bila kawan sendiri ada masalah mmg akan sedaya upaya utk tolong..
tang ni jela kot point yg boleh diambil dari sikap pengkid ni..

sila like yea :D

mungkin hanya itu?!




mungkin rindu aku ini hanya sbg seorang teman bg dia
mungkin sayang aku ini hanya sbg seorang teman bg dia
mungkin risau aku ini hanya sbg seorang teman bg dia
mungkin perasaan aku ini hanya sbg seorang teman bg dia..



mungkinkah hanya itu saja????!

sila like yea :D

oh perempuan gedik!

bila baca post khai pasal semua perempuan gedik ni rasa macam best lah pulak. nak buat jugak lah post pasal gedik ni.. sifat gedik ni mmg tak lari dr perempuan. cuma ada tahap2nya. ada yg giler2 punya gedik. ada yg biasa2 je. macam2 lah andaian orang terhadap gedik ni.
ada yg kata gedik itu manja. ada kata gedik itu memualkan. ada kata gedik itu comel.




rata2 semua laki tak suka kan perempuan gedik ni. siapa tak rimas kalau awek asek buat hal je. sikit2 nak merajuk kalau tak memenuhi permintaan dia tp sayang punya pasal terpaksa lah kan jadi gentle utk pujuk si awek tu. tp kan rata2 jugak perempuan itu sendiri tak mengaku yg dia gedik orangnya.

kenapa ek dorang tak nak mengaku? dan sebok dok mengata kawan dia atau perempuan lain tu gedik??


sbg seorang perempuan meh saya jawab..ok sifat gedik ni sebenarnya sifat yg semulajadi. kadang2 ktrg sendiri pun tak sedar "oh aku tgh gedik rupanya" haha boleh tak camtu?
ok be serius ek tyn!!

percaya atau tak perempuan ni bila depan laki je automatik perangai dorang akan berubah lebih2 lagi bf. tak percaya cuba lah tanya macamana perangai awek korang kat kawan2 dia.
pastu tengok pulak perangai dia depan korang pulak. sama atau tak? kompem akan lain punya lah. lagi2 tang nada suara. bila cakap dgn kawan punya lah kasar, gelak pun bagaikan 1 dunia boleh dengar tp bila depan bf terus jadi ayu je suara.
bukan nak buat2 gedik tp tak boleh nak control tp kalau depan kawan laki yg dah rapat dgn kita mmg tak akan segan2 nak serlahkan kekasaran kita. nak bergurau tu pun selamba je cakap lepas..hehe
hah lagi satu tang kalau makan pun sama jugak dok cover2 ayu tp bila makan sorang2 huh hilang keayuan tu..
haha betul uh..tak tipu punya sbb saya pun macam tu...haha segan kot nak tunjuk gaya makan yg sebenarnya depan laki. kang habis dorang x jadi nak ngorat saya...haha
lagi2 time tengah lapar giler...hak3 saya kan gedik!! ada saya kesah?!
siapa jadi suami saya nanti harap bersabar lah yea dgn perangai saya ni...haha

kalau tang bergambar pun sama. perasaan tak kebanyakkan pose perempuan mesti ada gaya gedik2..ala2 cute gitu. kenyitkan sebelah mata..then sambil tu peace. ada setengah tu mmg sengaja dibuat tp lah kan bagi saya pose tu mmg automatik akan buat sebab mmg dah naluri seorang perempuan suka benda2 yg cute miut ni wlpn dalam hati dorang tak bermaksud pun nak mengedik depan kamera.


tp sesama perempuan pun kdg2 menyampah gak dgn perangai gedik kawan2 dorang atau perempuan lain. bagi saya lah kan penilaian laki dgn perempuan pasal gedik ni lain2.
lagi2 kalau gedik tu mmg sengaja dibuat..
kdg2 tu gedik yg dibuat2 ni dtg disebabkan perempuan ni rasa tercabar dgn kecantikkan seseorang. contoh lah kan..ktrg lima sekawan pegi ke cafe. salah seorang member ktrg tu mmg cantik orangnya. for sure lah kan dlm ktrg ramai2 ni dia yg akan menyerlah. so semua orang akan memerhatikan dia. then ada pulak sorang member rasa tercabar...nak jugak dapat perhatian dr orang ramai. so dia apa lagi buat lah aksi2 manja yg memualkan tu. kononnya diri pun sgt cantik orangnya. tambah pulak tiba2 ada kucing dtg kt bawah kaki dia.
mula lah terjerit2 konon2nya geli. mungkin dalam hati dia dgn harapan ada laki tampan dtg tolong halaukan kucing tu.
sbb tu lah kalau ada kawan2 perempuan korang asek bising je
"gedik giler perempuan tu" tu bermakna perempuan yg dimaksudkan tu dah tersangat lah over gedik dia. senang cerita tak suka lah perangai perempuan tu.
mana tak nya..kdg2 tu sampaikan aksi ala2 manja dia boleh memalukan kawan sendiri tau. yela tak pasal yg bersalah pun akan dianggap gedik jugak. kesian dorang. ada jugak kes sesama
perempuan pun dok mengada2 buat manja. meluat giler tang gedik macam ni. rasa nak lempang je kan..

kalau ada kawan perempuan korang kata dia tak gedik tu bermakna mungkin gedik dia kurang sikit kot. apa2 pun saya memang gedik orangnya..sebab saya kan COMEL!!! haha



tp kalau korang tengok artis korea dok nari2 seksi tu tak pulak kan kata dorang gedik?? aiyoo tak paham laki ni

sila like yea :D

Gegar 1 ribu blog april bermula!


mau join jugak! dah lama rasanya tak join segmen dr ben ashaari ni..hehe
sila ke sini yea

sila like yea :D

jom cuba cara utk hilangkan stress

stress! stress! stress! tak penat ke asek nak stress je..tak cool lah beb macam ni



tp memang stress kan jadi student akhir tahun ni..dapat plak sem pendek macam sem skrg ni..adoi~ semua lecturer sebok nak settlekan silibus..semua sebok nak settlekan test2 yg tertangguh..semua sebok nak settlekan report...
weh tinggal lagi 2 minggu je kot sebelum final...waa~ stressnya minggu depan semua test & quiz nak buat..
minggu depan lah nak kena hantar segala report kecuali report ent..oh sayang sir ismail baik hati menangguhkan tarikh hantar business plan tu..
yg paling stressnya..time nak pra-graduate lah segala test tu muncul...menci tau!

disebabkan dah seharian saya belajar utk test minggu depan..malam ni masa utk melepaskan stress ni! saya tak ada mood tau nak makan sbb stress...haha

so cara saya utk melepaskan stress adalah seperti berikut:
meh lah cuba sekali cara2 ni pasti berhasil..hehe


1) menyemakkan wall post fb org
sebagai contoh seperti gambar dibawah ini (sila click gambar utk tumbesaran)


2) merengkan rakan anda




alamak tak kemas plak saya crop gambar..hehe. ok agak2 kawan korang dah sakit hati nak layan korang itu bermakna anda berjaya mentransferkan stress korang tu kat kawan korang...haha


selamat mencuba ^_^

sila like yea :D

hater!

hi hater2 saya yg sekalian!! erk ada ke yg benci saya?? ok kalau ada pun ada aku kesah!! haha


adat hidup beramai2 ada je yg kita tak puas hati dgn seseorang termasuklah orang lain pada kita jugak..ahh dia tu bajet bagus! ah dia tu buruk betul perangai!
gumpat sana sini dah jadi lumrah dlm kehidupan kita ni..ada saja yg tak senang dgn cara kita. mungkin dorang tak pernah berada ditempat kita..jadi dorang tak paham dgn jiwa kita..
so tak boleh lah nak salah dorang sbb tak paham diri kita..setiap ibubapa lain cara didik anak2 dorang..mungkin family seseorang tu mengikut aturan islam..mungkin ada yg cara kemodenan sikit..jadi tak perlu nak salahkan sesiapa. kalau ada yg bertegur ttg tingkah laku kita just accept je walaupun kita rasa ah menyebok lah ko ni jangan nak masuk campur life aku..
uit tak boleh lah kan camtu..mungkin orang tu tegur utk kebaikan kita jugak..terima lah dgn open-minded..tak rock lah weh nak marah2 ni...haha




ramai yg suruh cakap cermin diri tu sebelum nak burukkan orang tp kdg2 kita sendiri pun tak cerminkan diri kita..
bukan nak perli mana2 pihak tp sekadar nasihat utk diri sendiri jugak..


pstt~

saya tau je ada yg tak suka saya sbb saya COMEL..
saya tau je ada yg giler benci saya sbb saya COMEL..
tp saya tau je ada yg sayang saya sbb saya COMEL..
so kesimpulannya saya tetap COMEL walau apa2 keadaan sekalipun...haha


wekk~ ada aku kesah korang benci pose gedix ni?!!

sila like yea :D

jom bakar hidung!

coitt tak ada lah kan nak buat kerja giler ni..haha
korang pernah tak buat rawatan lilin resdung ni..alaa jangan lah buat2 tak tau plak. siapa yg tak tau tu sila lah google sendiri..malas plak nak masukkan kat sini..
saya sgt malas skrg..haha yg saya tau kaedah ni bakar hama resdung kat sekitar hidung dgn dahi tp saya buat satu muka..ngee
nak kata saya ada resdung ni entah lah saya sendiri pun x tau...haha maybe ada sikit kot sbb salu gak hidung ni asek gatal2 je. kdg2 tu rasa gak susah nak nafas..
bila tengok housemate buat lilin resdung ni rasa nak join gak..nasib baik housemate ada belikan lebih utk saya..thanks tyahsaghu^_^



tengok banyak kan debu2 kuning tu? siapa yg geli nak tengok gambar atas ni sila lah 'x' kan cepat2 blog saya ni..tp sebelum tu tglkn jejak korang dlu kat shoutbox saya tu senang saya nak serbu blog korang balik..haha
lega weh hilang lah sikit gatal2 kat muka ni..rasa cm ringan je muka..



terasa diri ni bertambah lagi COMEL..oh yeahhh~ hehe

sila like yea :D