lawak memo kepada staff!

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah
seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.
Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama15 minit.
Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.
Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit
sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck,
pintu akan terbuka dan kamera akan menyala

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan
anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana andamempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga
penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yangterbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.





giler lah kerja kat syarikat macam ni...hahaha

sila like yea :D

14 comments:

ijam ismail said...[Reply to comment]

ngeeeeeeee
lawak2..
hehe
=)

ammboi.blogspot said...[Reply to comment]

hehehe...
komen sambil tggl jejak..
boleh kan?

atiEy_[azHa] said...[Reply to comment]

tak mau lah kerja kat sini . perh !

Ed Chan said...[Reply to comment]

ni mesti kw search polisi syarikat kan?
haha..kwn ak pena search tb2 jmpe menatang ni,haha

azharr said...[Reply to comment]

ciss gila punya bos...haha

Eazy Izzuddin said...[Reply to comment]

mari sama2 cari kerja di tempat lain :P

atyn said...[Reply to comment]

@ijam ismailhehe tu la sakit perut baca memo ni:P

atyn said...[Reply to comment]

@ammboi.blogspotboleh2 nt sy lawat blog awk plak..line tenet slow la..x sukanya

atyn said...[Reply to comment]

@atiEy_[azHa]kerja sehari pun da boleh tensen ni kerja kt syarikat camni;P

atyn said...[Reply to comment]

@Ed Chanlecturer aku de tunjuk emel yg dy dpt kt kelas..tu aku search kt google..hehe cm best plak;)

atyn said...[Reply to comment]

@azharrterbaik apa bos camtu...haha;P

Scya LollitA said...[Reply to comment]

heeee, blasah je bos mcm tuh HAHA

atyn said...[Reply to comment]

@Eazy Izzuddinjom!!! hehe

atyn said...[Reply to comment]

@Scya LollitAx payah belasah..kita je terus jd bos..hehe